Monday, July 14, 2008

wahai zulaikha...

NABI YUSUF mempunyai kecantikan yang luar biasa. Kecantikannya disertai dengan keperibadian yang mulia menambahkan kehebatannya. Dalam pada itu, tidak sedikitpun dia berbangga dengan kecantikan anugerah Allah itu.
Ujian paling yang hebat melanda hidupnya ialah ketika Zulaikha, bonda angkatnya sendiri, telah jatuh cinta kepadanya dan cuba menggodanya.
Apakah kurangnya Zulaikha, walaupun usianya jauh berbeza dari Yusuf tapi masih rupawan. Tetapi oleh kerana Nabi Yusuf sentiasa ingat akan Allah maka tertolaklah bujukan nafsu Zulaikha yang sedang bergolak. Lalu Zulaikha menyuruh suaminya Aziz memenjarakan Yusuf supaya terbalas dendamnya.
Namun begitu, Zulaikha tetap ingat dan merindui Yusuf, sehingga dirinya hilang pertimbangan. Dia menjadi separuh gila sehingga Aziz terpaksa menceraikannya. Begitu hebat penderitaannya; mulutnya sentiasa menyebut-nyebut nama Yusuf.
Setelah hampir 12 tahun Nabi Yusuf dipenjarakan, beliau akhirnya diangkat menjadi raja kerana mukjizatnya yang boleh menafsirkan mimpi.
Satu ketika, sewaktu Nabi Yusuf berjalan di padang pasir, beliau terpandangan seorang perempuan yang kelihatan tidak siuman sedang menyebut-nyebut namanya.
“Engkaukah Zulaikha?” kata Nabi Yusuf kehairanan. Zulaikha terkejut lalu menangis kerana mengenangkan dosanya kepada Nabi Yusuf.
Atas kehendak Allah yang kasih kepada makhluk-Nya, Zulaikha dipulihkan. Wajahnya kembali muda dan bertambah cantik. Akhirnya Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha.
Ternyata Zulaikha bukanlah Zulaikha dulu, yang sering merindui Yusuf. Lantaran insaf akan dosa-dosanya dan bagi memperlihatkan kesyukurannya kepada Allah, Zulaikha telah berubah menjadi wanita solehah yang sentiasa beribadah kepada Allah. Sehari-harian dia bermunajat kepada Allah.
Masanya hanya untuk Allah, bukan untuk yang lain sekalipun suaminya Yusuf. Nabi Yusuf pun menegurnya supaya kembali kepada peranannya sebagai isteri.
“Wahai Zulaikha, sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku mengahwini engkau kerana darinya engkau akan melahirkan dua orang putera dan Allah akan jadikan mereka nabi dari keturunanku.”
Dengan rendah hati, Zulaikha pun berkata, “Wahai Yusuf, kalaulah Allah perintahkan engkau kerana itu dan aku sebagai jalan perantaraannya, dan kalau dengan mengikut kata-katamu itu juga dikira sebagai taat kepada Allah, maka aku akan taat dan patuh padamu.”
Hiduplah mereka sebagai suami isteri yang aman bahagia. Begitu hebatnya pengabdian mereka. Di samping cantik tubuh lahir, juga cantik rohaniahnya sehingga meninggalkan sejarah yang indah untuk tatapan zaman.

usah tangguh untuk minta maaf...


Islam amat menuntut umatnya sentiasa mudah meminta maaf dan mudah memberi kemaafan sesama saudaranya. Firman ALLAH:
“Dan orang yang berhati sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya hal yang demikian itu adalah termasuk pekerjaan yang dilakukan dengan keteguhan hati.” (As Syura: 43)
Di pagi Syawal, isteri dituntut supaya memohon maaf dengan suami. Tapi ramai di kalangan para isteri yang segan untuk memohon ampun dengan suaminya. Inilah penyakit wanita hari ini; tengking suami tidak malu, tetapi untuk meminta maaf kepada suami, malu dan kekok sekali.
Kenapa mesti malu melakukan kerja yang mulia? Malu itu ada baik dan buruknya. Malu dalam melakukan perkara maksiat dan syubahat adalah sangat dipuji tetapi malu melakukan ketaatan kepada ALLAH sangat dikeji.
Merendahkan diri kepada suami merupakan suatu ketaatan terhadap hukum ALLAH. Kadang-kala sampai sepuluh kali mundar-mandir di bilik, di dalam hati tertanya-tanya: “Nak salam ke tidak?” Akhirnya dengan hati yang berat, pergi juga mengadap suami.
Bercucuranlah air mata kesayuan, “Bang, Yah minta maaf di atas segala kesalahan. Yah janji tak buat lagi.” Itulah janji si isteri.
Bersyukurlah jika ada isteri yang mahu meminta maaf biarpun setahun sekali. Amat malang sekali kalau seumur hidup tidak pernah berbuat langsung, tambahan pula kalau sudah tua. Mereka sedar diri mereka banyak dosa dengan suami tetapi apabila ego menguasai diri maka setiap kebenaran dipandang remeh dan dianggap bole ditangguh-tangguh. Sedangkan kalau seorang isteri itu mati tanpa keredhaan suami, Nerakalah tempatnya.
Meminta maaf dengan suami bukan di Hari Raya sahaja. Kita digalakkan memohon maaf ketika suami hendak keluar rumah, semasa sembahyang berjemaah dengannya atau semasa hendak tidur. Sekali kita memohon maaf dengannya maka bergugurlah dosa-dosa kita dan senantiasa di dalam keampunan Illahi.
Sayidatina Fatimah Az-Zahra pernah secara tak sengaja mengecilkan hati Sayidina Ali k.w. Untuk memohon maaf kepada suaminya sampai 70 kali hingga tersenyum Sayidina Ali menyaksikan kelucuan Fatimah masih belum puas hati lalu keesokan harinya beliau menceritakan kepada Rasulullah S.A.W hal itu.
Rasulullah memberitahu puterinya, seandainya Sayidina Ali tidak memaafkannya dan ditaqdirkan Siti Fatimah wafat ketika itu, nescaya baginda tidak akan memandikan jenazahnya. Begitulah tegasnya Rasulullah S.A.W dalam menegakkan hukum ALLAH. Suami mempunyai kuasa mutlak dalam rumahtangga sedangkan Rasulullah S.A.W hanya berhak memberi panduan dan nasihat sahaja.
Siti Aisyah r.ha pernah mencemburui Siti Khadijah r.ha walaupun ia telah lama wafat kerana Rasulullah S.A.W sering memuji keperibadiannya di hadapan Siti Aisyah. Tersentuh hati baginda apabila Siti Aisyah menggelarkan Siti Khadijah dengan panggilan yang tidak selayaknya. Tertitis air mata Rasulullah mengenangkan jasa-jasa Siti Khadijah yang telalu besar di atas pengorbanan jiwa, harta dan kasih sayangnya di saat orang lain memulaukan baginda. Baginda dikurniakan zuriat dengan Siti Khadijah. Akhirnya Siti Aisyah terdiam dan tidak pernah mengulangi kata-kata itu lagi.
Memanglah kita tidak boleh menandingi kesemua isteri Rasulullah S.A.W tetapi cukuplah kita mengambil pengajaran dan berusaha untuk memperbaiki diri ke arah itu.
Kalau tidak biasa memohon maaf kepada suami, memanglah dirasakan terlalu kekok dan perit untuk melakukannya. Sepatutnya kita lebih bimbang dengan kemurkaan ALLAH kalau kesalahan kita kepada suami tidak dimaafkan dan kita tidak diredhai oleh suami. Bukankah keredhaan suami itu bermakna keredhaan ALLAH jua?
Oleh itu kita tiada pilihan lain melainkan memiliki iman. Hanya orang yang beriman sahaja yang sanggup tunduk di atas segala perintah dan tegahan Illahi. Hanya wanita-wanita yang beriman sahaja yang senantiasa berdoa semoga ditunjuki jalan yang lurus sepertimana permohonan kita setiap kali mendirikan sembahyang:
“Ya ALLAH, tunjuki kami jalan yang lurus. Jalan mereka yang Engkau beri nikmat. Bukan jalan mereka yang Engkau murkai. Tidak juga jalan mereka yang sesat.”
Semoga dengan taufiq dan hidayah-Nya, dengan umur yang masih ada, diizinkan dapat kita gunakan sepenuhnya untuk berbakti kepada-Nya dan mentaati suami. Senantiasa bersikap rendah diri dengan suami dan selalu merasakan diri bersalah.
Jangan lengah meminta maaf, jadikan ia sebagai amalan harian kita. Meminta maaf bukan semestinya di Hari Raya sahaja kerana kita tidak tahu apakah ALLAH masih panjangkan umur kita untuk dapat berada di Hari Raya yang akan datang.

.: Kematian Adalah Rehat Dari Segala Kedukaan :.

Apabila seseorang itu hampir tiba ajalnya, maka Allah akan memerintahkan malaikat maut mengambil nyawanya. Ketika itu malaikat akan tahu bila seseorang itu akan mati, di mana dan dalam keadaan bagaimana. Sebelum itu malaikat tidak tahu.
Setiap orang mempunyai ketentuan ajal masing-masing. Apabila kematian seseorang itu telah ditentukan, maka ajal itu akan datang, tidak berganjak, terdahulu atau terkemudian daripada tarikh yang telah ditetapkan. Itulah ketentuan daripada Allah yang tidak dapat diingkari oleh manusia. Allah mahukan agar setiap hamba-Nya reda dengan qadak dan qadar ketentuan Allah.
Apabila nyawa seorang Islam yang beriman itu hendak diambil, Allah mewahyukan kepada malaikat maut, ``kirimkan salam-Ku kepadanya.'' Maka apabila malaikat itu datang kepadanya untuk mengambil rohnya, malaikat akan berkata: ``Tuhanmu kirim salam padamu.''
Dalam sebuah hadis lain, daripada Muhammad al-Quradzi menyatakan bahawa apabila sampai ajal seorang mukmin, datanglah malaikat maut berkata: Sejahtera di atasmu wahai kekasih Allah. Allah mengirim salam padamu. Dalam surah an-Nahl: 32 dijelaskan, orang-orang yang bertakwa ialah mereka yang dimatikan dalam keadaan yang baik oleh para malaikat dengan mengucapkan kepada mereka, ``selamatlah kamu.''
Abu Hurairah memberitahu, bahawa Rasulullah ada bersabda menyatakan bahawa sesungguhnya orang yang beriman itu apabila hendak diambil rohnya, maka datanglah malaikat rahmat yang membawa sehelai sutera putih, lalu keluarlah daripadanya wangian. Wanginya lebih harum daripada bau kasturi, sehingga sebahagian mereka dapat menghidunya. Mereka menamakannya dengan sebaik-baik nama untuknya, sehingga mereka membawanya ke sebuah pintu daripada pintu langit.
Para malaikat bertanya, apakah bau-bauan ini didatangkan dari bumi. Setiap kali ia memasuki langit, penjaga-penjaga pintu akan mengucapkan kata-kata seperti itu, sehingga dia bersama segala roh orang yang beriman.
Dalam sebuah hadis lain, Abu Hurairah memberitakan bahawa Nabi bersabda: Sesungguhnya orang mukmin itu apabila tiba ajalnya, datanglah kepadanya malaikat dengan sekeping kain sutera, padanya ada kasturi, ambar dan harum-haruman. Maka mengalirlah rohnya seperti tercabutnya sehelai rambut daripada adunan tepung dan diucapkan kepadanya: Wahai jiwa yang tenang, keluarlah dalam keadaan reda atas kamu menemui Allah dan kemuliaan-Nya. Apabila rohnya telah keluar, ia diletakkan di atas kasturi juga bau-bauan, lalu kain sutera itu pun dilipat dan dibawa bersamanya ke Illiyiin - hadis riwayat al-Barra.
Rasulullah menjelaskan bahawa roh seseorang yang beriman itu tidak akan dicabut, keluar daripada jasad sehinggalah Allah memperlihatkan tempatnya yang kekal kelak, iaitu di syurga.
Sesungguhnya, kematian bagi orang yang beriman itu adalah rehat daripada segala kedukaan dunia. Dalam keadaan seumpama ini, tidak ada sesuatu perkara yang ghaib, yang dinantikan oleh orang yang beriman, lebih baik daripada kematian.
Sesungguhnya, kehidupan di dunia ini pinjaman semata-mata. Orang yang bijak akan menjadikan dunia ini laluan semata-mata, seumpama tidak ubah orang yang menyemai, bakal dituai di akhirat kelak. Itulah orang yang mendapat hidayah Allah, mentaati perintah-Nya dan menjauhi segala larangannya.
Manusia hidup perlu berjuang. Mempunyai tanggungjawab yang mesti dipikul, untuk diri sendiri, keluarga, agama dan negara. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Yang terbaik menang, dan yang leka akan tinggal ke belakang. Itulah adat perjuangan. Kekayaan yang dimiliki, anggota tubuh badan yang dinikmati mesti digunakan sebaik mungkin, termasuk usia yang diberi.
Semuanya akan ditanya oleh Allah, untuk apa, bagaimana dan kenapa ia digunakan. Mereka yang terpesona dengan keindahan dunia akan hanyut di bawah tekanan dan kekangan nafsu. Kerana itu, selagi nyawa ada di badan, perjuangan mesti diteruskan.
Orang yang beriman, menggunakan segala amanah yang diberi oleh Allah sebaik mungkin, sentiasa bersedia menghadapi mati, lantaran mati itu boleh berlaku pada bila-bila masa menurut ketentuan Allah.
Sebelum mati, ia akan didatangi oleh malaikat maut yang membawa salam daripada Allah, petanda kasih Allah, menjemput kekasih-Nya kembali menemui-Nya. Sebelum roh berpisah dengan jasad, Allah perlihatkan syurga baginya.
Syurga adalah kemuncak segala nikmat yang tidak dapat diluahkan melalui ungkapan kata. Bagi mereka yang berjuang untuk hidup di dunia, untuk diri, agama, negara, keluarga dan kerana Allah, apabila diperlihatkan kepadanya syurga, hamba berkenaan akan merasai betapa nikmatnya hidup di syurga, berbanding dengan hidup di dunia yang penuh dengan pelbagai perjuangan, hiruk-pikuk penipuan dan pesona.
Orang yang berada dalam pesona syurga, ketika dalam keadaan sakaratul maut tidak dapat menahan diri untuk menikmati syurga yang diperlihatkan kepadanya.
Walaupun demikian, hamba berkenaan tidak akan dapat menikmati kehidupan di syurga, kecuali setelah mati terlebih dahulu. Kerana itulah hamba berkenaan terlalu inginkan mati, untuk segera menikmati syurga.
Mati bererti menemui Allah, kerana itu, apabila seorang hamba yang beriman itu reda untuk mati, bererti dia reda untuk bertemu Allah. Dalam keadaan sedemikian rupa, apabila seseorang itu reda untuk bertemu Allah, maka Allah lagi suka menemui hamba berkenaan.
Hibaan bin al-Aswad pernah berkata, ``mati itu lebih baik bagi menyampaikan seorang yang kasih, kepada kekasihnya, iaitu Allah''
Sesungguhnya, apabila seseorang itu telah meninggal dunia, hakikatnya dia telah meninggalkan kehidupan yang fana, yang tidak kekal ini. Apabila dimasukkan dalam kubur, dia berada di alam arwah atau alam roh-roh. Kehidupan di alam kubur adalah sebahagian daripada alam akhirat. Di antara alam fana dan alam akhirat ada pendinding yang tidak boleh tembus-menembusi di antara satu dengan yang lain.
Bagi orang yang beriman, selain dipermudahkan ketika sakaratul maut, diberi penghormatan seperti yang dijelaskan dalam hadis-hadis yang diterangkan di atas, ia juga diberi nikmat ketika di kubur. Kerana itu, persoalan sama ada roh suami puan sekarang dalam keadaan gembira atau terlalu kesunyian merindukan puan tidak timbul sama sekali.
Perbandingan seorang mukmin ketika hidup di dunia, adalah seperti janin dalam kandungan ibunya. Apabila dia telah keluar daripada kandungan, dia menangis di tempat keluarnya, sehingga dia melihat sinar dan menyusu, ketika itu dia tidak ingin lagi untuk pulang ke dalam rahim.
Begitulah keadaan orang yang beriman yang telah mati dan menemui Tuhannya, tidak lagi dia ingin untuk kembali ke dunia, tidak ubah seumpama janin yang tidak ingin ke dalam rahim ibunya.
Gambaran nikmat yang dijelaskan ini adalah bagi mereka yang beriman. Ketika hampir mati dan melihat apa yang telah disediakan oleh Allah untuk dirinya, mereka begitu ingin untuk keluar dari dunia, iaitu mati. Bagi orang kafir, apabila hampir mati dan melihat apa yang disediakan oleh Allah, akan menjadi benci untuk keluar dari dunia, kerana itu Allah juga benci menemuinya.
Ibn Juraij memberitahu bahawa Nabi pernah bersabda kepada Aishah radialahuanha: Apabila seorang mukmin itu melihat para malaikat, mereka akan bertanya: Inginkah engkau kiranya kami kembalikan engkau ke dunia. Orang yang beriman itu bertanya: Ke negeri sedih dan dukacita. Kerana itu segeralah bawa kami kembali kepada Allah subhanahu wa taala.
Mati bukan penghujung kehidupan seseorang yang sebenar, kerana selain daripada hidup di dunia, manusia akan dibangkitkan di akhirat yang kekal lagi abadi. Allah menjanjikan kebahagiaan mereka yang beriman kepada-Nya di dunia dan di akhirat, termasuk ketika menghadapi saat genting sakaratul maut.

Thursday, July 10, 2008

IF LIFE'S PURPOSE IS FAME AND GLAMOUR

If life's purpose is fame and glamourThen it is easyDo the strangeThat not many are able to doWhether positive or negativeSuch as climbing tall mountainsDiving into the deep oceanSwimming across the wide seaOr leaping from a high place to your deathOr by sleeping with poisonous snakes for a period of timeOr by wrestling crocodiles, tigers, lionsOr just doing strange and unusual thingsNo matter how repulsiveWhether people like it or hate itThey will become famous or glamorousThe easiest is to commit suicideTo take one's own lifeThe media will write stories on itBut after dying, Hell is the destinationThere is no use becoming famous this wayBy committing such useless deedsSo, if one's life purpose is to be famousDo something unusual, no matter how repulsive

Monday, July 7, 2008

Doa Rabitah hati


Doa mohon kesembuhan drpd penyakit


Doa supaya dikasihi.........


Thursday, July 3, 2008

Tunai seruan ilahi di angkasa lepas...


ANGKASAWAN Malaysia, Sheikh Muszaphar Shukor mungkin orang Islam pertama menunaikan sembahyang lima waktu di angkasa lepas. Beliau juga angkasawan pertama mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bagi meraikan teman-temannya. Dengan itu beliau menempa sejarah.Demikian antara yang dicatat dalam pelbagai makalah dan laporan luar negeri. Majalah Amerika Discover, umpamanya menyebut tentang cara-cara memastikan arah kiblat (Kaabah) apabila bersolat. Juga penggunaan tuala yang basah untuk berwuduk.Selanjutnya disebut cara menunaikan solat, antara lainnya secara duduk jika tidak berupaya berdiri. Ini kerana keadaan yang dipanggil “zero gravity” di dalam stesen angkasa lepas. Beberapa majalah luar negeri menyiarkan rakaman gambar Kaabah yang diambil daripada satelit.Sebenarnya panduan teratur rapi telah disusun bagi Sheikh Muszaphar dalam Seminar Islam dan Kehidupan di Angkasa yang dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Turut memberi nasihat ialah para ulama, mufti dan saintis.Berikutan itu terbit buku ibadah di angkasa lepas, kali pertama yang seumpamanya dilancarkan dalam apa jua bahasa. Antara panduan yang diberi:- Puasa ditunaikan di stesen angkasa lepas atau secara qada manakala kembali ke bumi.- Solat ditunaikan secara jamak dan qasar dan tidak perlu diqada.- Jika tidak berkeupayaan berdiri untuk bersolat, hendaklah secara duduk. Jika tidak berupaya baring, menelentang lakukan secara - syarat mata bagi tiap pergerakan atau dengan hati, iaitu menggambarkan diri berdiri, rukuk, sujud dan seterusnya.- Seandainya berlaku kematian di angkasa lepas, jenazah hendaklah dibawa balik ke bumi. Atau jika ini tidak mungkin dilakukan, jenazah hendaklah “dikebumikan” di angkasa lepas selepas doa.Jelas sekali panduan rapi yang disusun bagi angkasawan Malaysia. Kerana Malaysia merancang mengirim angkasawan ke bulan menjelang tahun 2020. Setelah berlepas meninggalkan bumi pada 10 Oktober 2007, Sheikh Muszaphar sendiri berada di stesen angkasa lepas selama 10 hari bersama Yuri Malenchenko dari Rusia dan Peggy Whitson dari Amerika Syarikat.Sheikh Muszaphar adalah orang Islam kesembilan melintasi sempadan 100 kilometer di atas muka bumi yang dianggap garisan ke angkasa lepas. Antara yang telah mengalaminya ialah Putera Sultan Ibn Salman dari Arab Saudi dari Arab Saudi, yang terbang bersama satu pasukan angkasawan Amerika pada tahun 1985.Dari mana juga nanti, angkasawan Islam menunaikan solat ke arah Kaabah sebagaimana dirakam dalam gambar yang diambil jauh dari petala langit, jelas sekali betapa berjuta orang Islam menunaikan ibadat haji dan umrah setiap tahun.Kerana, walau ke mana juga manusia menuju sejauh-jauhnya dan setinggi-tingginya di angkasa lepas serta bumi lain adanya, namun, lebih tinggi lagi kekuasaan Tuhan seru sekian alam dan keteguhan iman kita terhadap-Nya.