Sunday, May 31, 2009

sayang isteri tinggal-tinggalkan...


Al-Quran melalui perintah mahukan setiap suami bergaul baik dengan isteri-isteri mereka dengan cara yang baik atau makruf.

Di dalam meneladani kehendak ayat ini ahli tafsir mengemukakan beberapa pandangan melalui pengamatan masing-masing.
Di antara mereka ialah Ibn Kathir. Beliau berpendapat bahawa ayat ini, "… dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik…" bermaksud: para suami hendaklah memperelokkan bicara mereka bersama isteri, hendaklah memperelokkan tingkah laku kepada mereka serta menjaga penampilan yang baik mengikut kemampuan kamu seperti mana yang kamu harapkan daripada mereka iaitu isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu melakukan yang baik-baik itu terhadap mereka seperti yang kamu mahukan daripada mereka. (Ibn Kathir, jld:1, hlm: 466).

Al-Zamakhsyariy dan Fakhruddin al-Raziy berpendapat: "bermalam dengan isteri (memenuhi hak-hak batin bagi si isteri) melangsaikan nafkah dan bercakap baik dengan mereka". (al-Zamakhsyariy, jld:1,hlm:490, Fakhruddin al-Raziy, jld:10,hlm:12) .
Al-Jashsas dalam tafsirnya berpendapat: "Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan para suami supaya bergaul baik dengan isteri-isteri mereka dengan baik, perkara yang baik itu ialah menunaikan hak-hak seorang isteri dengan membayar mas kahwinnya serta nafkah dan pemberian antara isteri-isteri (jika lebih dari seorang), juga tidak menyakiti isteri dengan bahasa yang kesat dan kasar serta ditegah dari memalingkan wajah dari si isteri". (al-jashsas, Ahkam al-Quran, jld: 2, hlm: 109).

Tafsir Muhammad Rasyid Reda menarik dalam huraian ayat ini, beliau menjelaskan bahawa
: "Wajib ke atas kamu wahai orang-orang yang beriman supaya berbuat baik dengan isteri-isteri kamu dalam pergaulan, dengan menjadikan persahabatan kamu serta pergaulan kamu dengan mereka dengan cara yang baik sesuai dengan dengan tabiat mereka sebagai wanita.

"Sesungguhnya setiap seorang dari pasangan suami isteri ialah membawa kegembiraan dan kebahagiaan" . (Muhammad Rasyid Reda, Tafsir al-Manar, jld:4,hlm:456) .
Maka jelas lagi terang bahawa hukum bergaul baik dengan isteri adalah wajib.

Bagi suami yang gagal menggauli isterinya dengan baik sedangkan dia taat kepada suaminya adalah berdosa.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Lelaki yang paling sempurna imannya ialah lelaki yang paling sempurna akhlaknya, dan sebaik-baik kamu (baik akhlak) ialah mereka yang baik dengan isteri-isterinya" . (riwayat al-Tarmidzi, Tuhfatu al-Ahwaziy, jld:4,hlm:326 ).
Dalam hadis yang lain daripada ibn Abbas r.a baginda bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu ialah mereka yang baik dengan isterinya, dan aku adalah orang paling baik dengan isteri-isteriku" . (riwayat al-Tarmidzi, Tuhfatu al-Ahwaziy, jld:4,hlm:325) .

Di dalam kedua-dua hadis di atas baginda SAW menegaskan bahawa sebaik-baik manusia di kalangan bani Adam ialah orang baik dengan isterinya, ini kerana isteri adalah lebih utama dijaga haknya sebelum orang lain.

Berperangai buruk
Jika seorang suami dengan isterinya baik maka dia juga baik dengan orang lain, dan sekiranya dia berperangai buruk dengan isterinya maka dia juga akan bersikap hodoh dengan orang lain.
Di antara perkara yang dapat membantu suami menjadi baik dengan isterinya mesti memiliki kemahiran-kemahiran berikut.
Pertama: Mengenal tabiat wanita; ini kerana Allah SWT menjadi Adam dan hawa dengan tabiat fizikal yang berbeza. Berbeza dari sudut perasaan dan emosinya. Orang lelaki tabiatnya kasar, orang perempuan tabiatnya lembut.
Baginda SAW telah banyak berpesan kepada kaum lelaki supaya berlemah-lembut dan berhemah dalam mendidik dan menjaga mereka.

Kedua, mengenang kebaikannya. Kalau diadili dengan penuh kewarasan setiap orang suami akan mendapati insan yang paling banyak berkorban untuk suami ialah isteri.
Walaupun isteri mempunyai kesilapan dan kesalahan itu kerana emosinya dan hormonnya yang kadang-kadang tidak stabil, ini tidak memberi gambaran keseluruhan tabiat isteri.

Saya yakin bahawa isteri banyak sumbangannya kepada suami oleh itu fikir-fikirkan ketika mereka melakukan kesalahan atau kesilapan.
Sesungguhnya manusia tidak ada yang sempurna dan tidak ada yang tidak melakukan kesilapan. Tutuplah kesalahannya dengan kebaikannya.

Ketiga, menutup keaibannya; tiada yang sempurna. Allah SWT menjadikan manusia sering memerlukan antara satu sama yang lain.
Mengaibkan
Jangan diaibkan isteri kepada sesiapa pun, walaupun kepada saudara dan sahabat handainya. Keaiban isteri juga cermin bagi suami, apabila suami mengaibkan isteri maksudnya dia mengaibkan dirinya sendiri.

Keempat, kemungkinan kebaikan ada pada isteri yang dibencinya; jangan dibenci atau dicaci mungkin isteri yang dibenci oleh si suami itu ada kebaikan padanya, yang lambat laun pasti akan zahir.

Kelima, mengenal kedudukan isteri di rumah. Dalam banyak keadaan si isteri tinggal di rumah, adakalanya selepas berumahtangga ada di kalangan isteri yang tiada lagi baginya kehidupan bersosial, kerana suami dan anak-anaklah segala-galanya.

Justeru,berlaku adillah kepada isteri-isteri yang berada di bawah jagaan anda supaya amanah Allah SWT tidak terabai.

Friday, May 29, 2009

Berhati-hati dan tawakkallah kepada Allah s.w.t....





Bersikap hati-hati dan berusaha yang disertai dengan tawakkal kepada Allah adalah salah

satu jalan menuju kebahagiaan.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sendiri selalu
memperlihatkan kewaspadaan dalam perang dengan memakai baju besi, padahal kita tahu
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang paling bertawakkal kepada
Allah.

Salah seorang sahabat bertanya kepadanya: "Apakah saya harus mengikat unta saya,
wahai Rasulullah atau bertawakkal sahaja?"

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Ikatkanlah ia terlebih dahulu, barulah
bertawakkal"
Berusaha dan bertawakkal kepada Allah adalah prinsip tauhid; meninggalkan usaha dan
hanya bertawakkal kepada Allah adalah sebuah kekeliruan dalam memahami syariat;
sedangkan berusaha saja tanpa tawakkal kepada Allah adalah kekeliruan dalam memahami
tauhid.

Ibnul Jauzi menceritakan bahawa ada seorang lelaki yang memotong kukunya, kemudian ia
lalai hingga mengakibatkan kematiannya. Ini adalah disebabkan kerana ia tidak berhati-hati
dan berwaspada.

Ada pula seorang lelaki pernah masuk kandang keldai sardan. Kerana tidak
berhati-hati maka dia disondol oleh keldai itu dan terus meninggal dunia.

Diceritakan bahawa Thaha Husain, seorang penulis terkenal Mesir, selalu berkata kepada
pemandunya: "Jangan memandu kereta ini terlalu laju, agar lebih cepat sampai ke tempat tujuan"

Ini merupakan terjemahan secara praktikal dari sebuah peribahasa yang berbunyi: 'Terburu-buru
itu justeru sering menciptakan kelambatan'

Seorang penyair mengatakan:
Seorang yang bertindak perlahan
terkadang dapat mencapai tujuannya
Orang yang tergesa-gesa
terkadang mengalami ketergelincir

Berwaspada dan berhati-hati supaya tidak bertentang dengan ketentuan Allah, bahkan termasuk dari
ketentuanNya.
... dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut. .. (Al-Kahdi:19)
... dan Dia telah menjadikan untuk kalian pakaian yang dapat melindungi tubuh kalian dari panas (dan dingin)
dan pakaian (baju besi) yang dapat melindungi tubuh kalian (dari senjata musuh) di Medan perang... (An-Nahl:81)










Petikan dari Buku Jangan bersedih -Don't Be Sad (setelah kesulitan pasti ada kemudahan)
Karangan: Dr 'Aidh bin Abullah Al-Qarni

sayangi isteri pertamamu...

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun
dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, di
a selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar.

Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan s
etia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku." Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA
adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.


ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.




Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

'kasih sayang ALLAH tidak akan dirasai tanpa ujian..tidak akan dirasai tanpa kehambaan..tidak akan dirasai tanpa munajat..tidak akan dirasai tanpa muhasabah,banyak mana ujian ALLAH banyak itulah kasih sayangNYA pada hambaNYA....Sesiapa yang mengutamakan akhiratnya, Allah akan memelihara urusannya dan memurahkan hatinya, sehingga dunia dan kemewahannya datang bergolek tanpa dikejar. Dan sesiapa yang mengutamakan dunianya, Allah akan memporak-perandakan urusannya serta ditampakkan kepapaan di hadapan matanya, sedangkan dunia dan kemewahannya tidak akan mendatanginya, melainkan sekadar apa yang ditentukan Tuhan saja'

Daripada Abu Abdirrahman Abdullah bin Umar bin Khattab r.a daripada Rasulullah s.a.w beliau bersabda: “Bahawasanya Allah Azza wajalla menerima taubat seseorang hamba selama rohnya masih belum sampai ke halqum(kerongkong)”.-H R Tirmizi




Wednesday, May 27, 2009

khabarkan pada semua...

larangan daripada menghidupkan penghawa dingin sebelum menaiki kereta

antara langkah2nya :

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard,sofa, pewangi udara menghasilkan Benzena, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih.

Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.Kadar pendedahan Benzena yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika di parking di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzena. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzena boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang yang berada di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebihan secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar kemudian tunggu sehingga 5 minit,selepas itu baru lah anda masuk seterusnya memulakan perjalanan anda seperti biasa..INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG



"alwiqayah khairul minal ilaj"

(mencegah itu lebih baik dari merawat)

wallahua'llam

p/s kepada yang belum memiliki kereta..boleh turut sama ambil perhatian




kejar sampai dapat...

Kejarlah Tuhan janganlah kejar Syurga-Nya,
Tuan Syurga lebih utama daripada Syurga-Nya,
Carilah Tuhan, janganlah cari fadhilatnya,

Dapat Tuhan, dapatlah segala-galanya,
Cari Tuhan kerana kita hendak memperhamba diri kita kepada-Nya,
Cari Syurga atau fadhilatnya,
ertinya hendak membesarkan nikmat Tuhannya;
Mengapa hendak memperbesarkan diri kepada makhluk,
Memperhambakan diri kepada Khaliq kan lebih utama,

Mengejar fadhilat, rasa bertuhan tidak ada,
Jika rasa bertuhan tidak ada,rasa kehambaan pun tidak ada,
Sedangkan fungsi ibadah hendak melahirkan rasa kehambaan,
Kalau rasa kehambaan tidak ada,
mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan;
Kerana itulah orang yang beribadah kerana Syurga atau fadhilat,
Perangainya tidak berubah,
Bahkan adakalanya ibadahnya itulah yang menyuburkan maz
mumahnya,
Mengapa beribadah kerana Syurga dan fadhilat,
Syurga dan fadhilat adalah hak Tuhan yang memang telah ditent
ukan-Nya,
Carilah Tuhan
Dapat Tuhan, Syurga dan fadhilat dapat sama,
Kerana itulah Syurga dan fadhilat tidak perlu difikirkan,
Cari Syurga atau fadhilat,
Syurga atau fadhilat belum tentu dapat,
Tuhan sudah tentu tidak dapat,
Yang hendak kita cintai adalah Tuhan,
Kerana Dia Pencipta kita,
Bukan Syurga dan fadhilat yang hendak kita cintai,
Betulkan semula fungsi ibadah kita,
Agar matlamat ibadah itu tepat kepada sasarannya.

Fata AtTamimi

p/s kredit to my yahoo group..

Tuesday, May 26, 2009

Tidur yuk....

sebelum subuh:
Ali:" lim oh lim bangun...dah subuh ni..bangun la..kang terlajak plak"
Halim: "ye..ye..bangun la ni..kul bpe dah..awal lagi kan kejap la..5 minit"

Ali:" jangan lim..nnti terlepas plak..bangun la..
lawan syaitan tu"

Ali menunggu halim hingga selesai ambil wudhu..kemudian mereka solat subuh berjemaah..Halim jadi imamnya

selepas subuh:
Halim: "adui...mengantuk la plak..sambung tido balik la"
Ali: "lim..tak elok tido lepas subuh..rezeki jadi mahal nanti..lagi satu bole jadi pelupa..ko nak?

Halim:"merepek la ko ni li..tak penah lagi aku dengar orang hilang ingatan tido lepas subuh..dah la..kalau nk jom...tak nak ..udoh"



walaupun secara saintifiknya memang tiada bukti yang mana seseorang itu akan hilang ingatan kalau tidur selepas subuh tetapi ironinya elok ke tidur selepas subuh@ tidur siang?



Tidur pada waktu tengah hari dikenal sebagai qailulah, seringkali dilakukan oleh Nabi S.A.W.

Tidur sekejap di waktu tengah hari bukanlah suatu perbuatan yang buruk kerana Rasullulah S.A.W pernah melakukannya.


Waktu tengah hari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur sejenak kerana sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebut sebagai a mid afternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate.

Para pengkaji mengatakan tidur sebentar di siang hari boleh mengurangkan kemungkinan kematian akibat serangan jantung, terutama di kalangan lelaki muda.


Penelitian selama enam tahun di Yunani menunjukkan mereka yang tidur selama setengah jam paling tidak tiga kali dalam seminggu, 37 peratus lebih rendah terkena serangan jantung.

Para peneliti ini mengkaji berbagai faktor seperti kesihatan yang buruk, usia, dan apakah seseorang aktif secara fizik.

Para doktor mengatakan tidur siang mungkin membantu orang-orang untuk bersantai sekaligus mengurangkan penyakit stress

Negara-negara yang penduduknya yang tidur waktu siang sebentar cenderung mempunyai risiko lebih rendah terkena serangan jantung, namun berbagai penelitian mengenai hal tersebut menunjukkan hasil yang pelbagai


Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengah hari ialah Dr. William A. Anthony (Ph.D) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art of Napping at Work. David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspect of Napping, juga setuju dengan pendapat ini.

Khalifah Umar bin Khattab suatu ketika berkunjung ke Iskandariah, yang waktu itu gabenornya adalah Mu’awiyah bin Khudaij. Dia melihat banyak orang yang tidur siang (qailulah). Akan tetapi, gabenor Mu’awiyah tidak melakukan hal demikian. Khalifah bergelar Al-Faruq itu berkata, “Aku fikir kamu ikut-ikutan tidur siang. Jika kamu tidur siang hari, kamu akan melalaikan hak rakyat. Tetapi jika kamu tidur malam hari, kamu akan melalaikan hak Allah. Lantas, bagaimana kamu membahagi waktumu?”


Demikian pro dan kontranya tidur di waktu siang,kepada anda-anda semua yang ingin mengambil manfaatnya dipersilakan..tetapi ingat jangan sesekali tidur itu membuang masa dan mengabaikan tanggungjawab serta hak Allah s.w.t ..Tidur setakat untuk istirehat dan hanya untuk menunaikan hak badan kita..bersederhana la...


wallahuallam..

p/s-->nama yang digunapakai di atas tiada kena mengena antara yang masih hidup atau yang telah mati

Saturday, May 23, 2009

Anak kita tanggungjawab kita......






Jika anak hidup:
- dalam kesabaran, dia belajar jadi penyabar. - dalam penerimaan, dia belajar menyayangi. - dalam pujian, dia belajar menghargai. - dalam galakan, dia belajar menjadi yakin. - dalam persetujuan, dia belajar menyayangi diri. - dalam pengiktirafan, dia belajar membina matlamat hidup. - dengan ilmu, dia belajar memahami persekitarannya. - dengan kemahiran, dia belajar berdikari. - dengan kata-kata yg baik, dia belajar berfikir dengan baik. - dengan adab, dia belajar bersopan santun. - dengan kebersihan, dia belajar membina maruah dirinya. - dengan kesihatan, dia belajar membina jati dirinya. - dengan Al-Quran, dia belajar mengenali Tuhan. - dengan doa, dia belajar apa erti hidup sebenarnya. - dengan kejayaan, dia belajar apa erti kebenaran. - dengan keselamatan, dia yakin pada diri dan orang lain. - dalam kemesraan, dia belajar dunia ini tempat memberangsangkan. DAN... Jika anak faham Al-Quran dan doa, dia faham apa itu AKHIRAT..

p/s-->khusus yg sudah ada anak @bakal menjadi bapa..yg bujang tunggu turn anda..hehehehe

Thursday, May 21, 2009

kepada hati itu........




kerasnya hatimu... aku tak mampu ...
aku tak mahu.. memintanya... betapa diriku... terus mencuba ..tapi merasa ku tak berdaya....
sepanjang waktumu ...tak kau biarkan.. tak kan kau lepaskan keinginanan mu... mencuba bertahan dari hatiku... keinginanku... memilikinya kepada hati itu ...aku terlena di mana kau berada... aku terbawa....
kepada hati itu ku terus mencuba dimana kau berada engkau miliknya ....harumnya nafas mu sangat sejuk... sangat pantas... di jiwamu... begitu terasa lapar dahaga... kasih dan cinta yang kau punya...
kepada hati itu aku terlena di mana kau berada... aku terbawa.... kepada hati itu ku terus mencuba... di mana kau berada.. engkau miliknya ...
kepada hati itu aku terlena... di mana kau berada ku terbawa...
kepada hati itu aku terus mencuba.... di mana kau berada engkau miliknya...kepada hati itu ku terus mencuba dimana kau berada engkau miliknya......



kepada hati-hati kembalilah kepada siapa yang berhak terhadap mu gerakkan langkah-langkahmu sejauh mana pun dari kekotoran yang menyelubungi rongga-ronggamu......
p/s--> kredit to saudara muawwiz.. kerana mixpodnya aku di kurniakan idea ini

Wednesday, May 20, 2009

HE's everywhere...






God's left us to our mistakes oh
He has never been so far away
Some might say
How could any father stand
To see his children across so many lands
Suffer so and give no helping hand
No helping hand

And somewhere tonight
Far away and out of sight
There's a child that's too weak to cry
Look deep in those eyes
Can't you see him in disguise?
Reaching out to the heart that's in you and I

In every tear
That is where
He is there

He's the hand that wipes that brow
He's the tear that trickles down
Upon the face that cries without a sound
'We need you now'
What a simple choice to make
Between what you give and what you take
When what you give
Such precious life precious life would save
Life would save

And somewhere inside
There's a part of you asks why
Would he leave so many so far behind
Look deep in those eyes
Can't you see him in disguise
Reaching out to the heart that's in you and I

In every tear
That is where
He is there

Look again don't hide your eyes
He is there in disguise
Reaching out to you and I
He is there in every tear
Not far away he's right here
Oh how could he be more near


if you solitary feel unbearable upon assorted matters..instead there much massive things around which have to comfront by primitive men outside there..poverty..flood..hunger..but things may differ if we get reach HIM back.. so cry....as much as you like...for the sake of forgiveness..insyaallah every burden will be rid away............hehehe

Saturday, May 9, 2009

manfaat di sebaliknya...





Teh boleh memperbaiki kemampuan memori dalam otak. Demikian hasil rangkaian ujian laboratorium yang dilakukan team pengkaji University of Newcastle. Teh hijau dan teh hitam mengaktifkan enzim dalam otak yang berhubungan dengan memori.Kedua jenis teh ini juga dapat menurunkan aktiviti enzim butyrylcholinestera se (BuChE) yang pernah ditemui di dalam protein pada otak pesakit Alzheimer. Samada teh hijau mahupun teh hitam boleh menurunkan enzim yang mengganggu memori otak tersebut.

*perhatian yg berkhasiat adalah teh tulen bukan teh campuran dan dituras byk kali seperti yg kita minum dikedai makan,saya pengemar teh hanya minum yg dibancuh di rumah.


Friday, May 8, 2009

jangan pernah berhenti berbuat baik..

Terdapat seorang petani yang tinggal di kawasan kampung yang mengusahakan ladang buah oren.Petani ini terkenal dengan kejayaannya menghasilkan buah oren yang bermutu tinggi dan manis. Pada suatu hari, seorang jirannya datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Maka, petani itu dengan senang hati memberikan biji buah oren tersebt kepada jirannya itu. Jiran tersebut sangat gembira, lalu menceritakannya kepada jiran-jiran yang lain.


Maka, sikap pemurah hati petani tersebut tersebar ke pelosok kampung.Maka, ramailah jiran-jiran yang lain datang untuk meminta biji buah oren tersebut. Petani tersebut memberikan biji benih tersebut dengan senang hati. Dalam masa yang sama, anak petani tersebut berasa kehairanan dengan sikap bapanya itu.


Maka, pada suatu hari dia pun bertanya kepada ayahnya ” Ayah tak risau ke kalau ayah bagi biji benih buah oren ini pada semua orang, nanti buah oren kita dah tak unik lagi?” tanya sang anak kepada ayahnya. Ayahnya menjawab, "Memahami sesuatu dalam hidup adalah sangat penting dalam kehidupan.Apa sahaja yang kita buat memberi kesan pada orang lain.Apa yang orang lain buat juga akan memberi kesan kepada kita.” "Saya tak paham la ayah” kata anaknya dengan kehairanan. "Kita kena pastikan buah oren kita sentiasa berkualiti bukan? Angin akan membawa debunga dari buah oren yang matang dan menyebarkannya ke tempat lain. Sifat angin itu sendiri tidak memilih debunga apa yang dibawanya, maka angin akan membawa debunga biji oren kita dan debunga yang lain dan debunga tersebut akan......” sambung ayahnya.
Tiba-tiba anaknya mencelah "Saya dah faham ayah!Kesemua debunga ini akan bersenyawa secara bersilang yang mana, cepat atau lambat akan mempengaruhi buah oren kita kan?” kata anaknya dengan penuh bersemangat. "Jadi, untuk memastikan kualiti buah oren kita tetap terjaga, jiran-jiran kita yang lain juga perlu mempunyai buah oren yang berkualiti juga” kata ayahnya dengan senyuman terukir di bibir.


Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita berkongsi ” biji benih” kita dengan orang lain? Apa yang terbaik yang kita berikan kepada orang lain insyaAllah, akan mendapat ganjaran yang jauh lebih baik daripada Allah swt.

وَالَّذِينَ تَبَوَّءُوا الدَّارَ وَالْإِيمَانَ مِن قَبْلِهِمْ يُحِبُّونَ مَنْ هَاجَرَ إِلَيْهِمْ وَلَا يَجِدُونَ فِي صُدُورِهِمْ حَاجَةً مِّمَّا أُوتُوا وَيُؤْثِرُونَ عَلَىٰ
أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚوَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

'Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. ' (Al-Hasyr:9)

imtihan dunia(kisah org jepun & ikan jerung)



Masyarakat Jepun begitu menggemari ikan yang segar. Akan tetapi, bekalan ikan di lautan Jepun adalah terhad. Maka, para nelayan terpaksa menangkap ikan di kawasan laut dalam yang lebih jauh daripada daratan.Maka, semakin jauh ke laut dalam, semakin lama masa yang diambil untuk membawa balik ikan ke daratan.
Syarikat perikanan ini mendapat satu jalan penyelesaian dengan menyediakan peti sejuk beku di dalam bot. Akan tetapi, masalah tetap muncul yang mana ikan menjadi tidak segar selepas beberapa hari di lautan.Orang jepun tidak menggemari ikan yang tidak segar!Maka, harga ikan sejuk beku ini dijual dengan harga yang lebih murah kerana permintaan yang rendah.
Syarikat ini tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian dan akhirnya telah mengemukan idea dengan menyediakan tangki ikan! Teorinya begini, ikan hidup yang ditangkap akan terus dimasukkan ke dalam tangki ikan hidup-hidup! Maka, ikan tersebut di bawa balik ke daratan dalam keadaan hidup-hidup. Akan tetapi, masalah tetap timbul kerana walaupun ikan tersebut masih hidup, tetapi masyarakat jepun tidak dapat merasai kemanisan ikan yang segar. Hal ini adalah kerana ikan tersebut menjadi pasif yang menyebabkan daging ikan tidak segar.
Maka, syrikat perikanan ini terus bertungkus lumus memerah idea bagi menyelesaikan masalah ini.Akhirnya timbul satu idea yang cukup bernas bagi mengatasi masalah yang timbul. Syarikat ini masih mengekalkan konsep yang sama iaitu menyimpan ikan di dalam tangki air yang ditambah dengan ikan jerung kecil di dalamnya! Walaupun terdapat ikan yang menjadi mangsa kepada ikan jerung ini, akan tetapi kebanyakan ikan masih lagi hidup apabila sampai ke daratan.Ikan yang dibawa balik mendapat permintaan yang tinggi kerana ikan ini masih segar dan isinya manis.
Hal ini adalah kerana, ikan-ikan ini terpaksa berenang dengan aktif untuk mengelakkan diri daripada di makan oleh jerung tadi.Ironinya cerita ini dengan kehidupan kita seharian adalah kita menganggapcabaran dan dugaan sebagai ikan jerung kecil yang menjadikan kita sentiasa bersedia, bertenaga dan aktif.Ikan jerung ini juga menjadikan kita lebih bijak, berusaha secara berterusan dan berdaya saing dalam kehidupan seharian. Jadi jika kita malas dan tidak berusaha, pastilah kita akan menjadi mangsa kepada jerung kecil ini bukan? Bersyukurlah kita kepada Allah kerana menganugerahkan kita ” seekor ikan jerung kecil” dalam kehidupan kita seharian yang menjadikan kita lebih berusaha, berdaya saing dan menjadi lebih baik daripada semalam.

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

'Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.' (Al-Ankabut: 3)