Tuesday, June 30, 2009

Bila ada anasir luar masuk campur...

kenapa rakyat sendiri ingin menjatuhkan beliau????


Bersama-sama ini saya lampirkan tiga keping gambar majlis jamuan Negara yang diadakan oleh Presiden Iran bagi meraikan lawatan oleh Presiden Bolivia ke Teheran baru-baru ini. Saya amat tertarik menatap gambar2 ini yang secara jelas menzahirkan betapa sederhananya seorang yang bergelar Presiden sebuah Negara yang amat dibenci oleh US dan sekutunya.






sebahagian gambaran kehidupan peribadi beliau:

-tetap makan roti kosong dan keju buatan daripada isterinya ke pejabat sungguhpun sudah tersedia makanan khas untuk mana2 presiden yang menghuni pejabat presiden iran..kalau menteri kita makan macam tu boleh kenyang ke..keracunan adalah


-sanggup tidur di lantai beralaskan karpet dan bantal serta selimut kecil ketika berada di bilik sebuah hotel...
-begitu juga halnya ketika beliau tidur di rumahnya..beliau sama sekali tidak menginginkan bantal dan tilam yang empuk serta katil yang cantik..bagi beliau cukup tidur di lantai saja..
pernah kita lihat mana2 pemimpin yang buat begini..??i don't think so..


-beliau tidak kisah untuk solat di saf belakang,tidak seperti pemimpin2 negara kita yang sentiasa di beri ruang berada di saf hadapan ketika solat berjemaah(seperti solat eidul fitri dan solat jumaat)..ajk kena bersedia andai ada VIP yang datang ke masjid..kalau tak kena pecat..padan muka


-bahkan ketika azan berkumandang,beliau terus mengerjakan solat di manapun beliau sedang berada meskipun beralaskan karpet biasa..menteri kita sanggup ke??



-ketika seorang puteranya ingin melangsungkan perkahwinan..beliau hanya mengadakan majlis perkahwinan yang cukup sederhana untuk puteranya..makanan yang disediakan kepada para tetamunya hanya buah-buahan biasa yang mudah didapati pasar-pasar..paling koman pun kalau ada anak YAB yang nak kahwin kena buffet kalau tak..haram tetamu nak datang


“Dan jangan membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (al-Israk: 26 - 27)



begitulah serba sedikit tentang kehidupan seorang hamba Allah yang bernama Ahmadinejad ini..segala2nya sederhana..ini bukan niat untuk menunjuk2 tetapi realiti daripada seorang pemimpin dan mujahid islam yang sekarang ini menjadi target utama israel dan U.S untuk diguling...erm..bila tu ya??you wish....!!rabbuna maak(may Allah blessing what you've done)we stand behind you

“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)

“Tidak boleh berkumpul antara iman dan kikir di dalam hati orang yang beriman selama-lamanya” [HR Ibn Adiy]

wallahua'lam

Wanita tua yang berani..


Halimatun tundukkan singa

ADA seorang wanita bernama Halimatun Armiah yang bekerja sebagai tukang masak di istana Raja Yarmuz. Dia disayangi oleh Raja Yarmuz kerana kepakarannya di bidang masakan. Halimatun menghabiskan separuh dari usianya bekerja sebagai tukang masak Yarmuz.


Raja Yarmuz seorang pemerintah yang membenci agama Islam kerana dia mahu seluruh rakyatnya menyembahnya sebagai tuhan. Dia tidak mahu ada kuasa yang lebih berkuasa daripadanya.



"
Beta akan menghukum sesiapa sahaja rakyat beta yang menganut agama Islam. Ingat hanya beta sahaja yang patut disembah sebagai tuhan. Sesiapa yang ingkar pada perintah beta akan dihukum mati," titah Raja Yarmuz kepada rakyat negara Yarmuz.


"
Saya pernah melihat ada lelaki dimasukkan dalam kandang binatang buas kerana ingkar perintah Raja Yarmuz," kata seorang lelaki kepada kawannya yang turut mendengar titah Raja Yarmuz itu.


Halimatun yang pada ketika itu belum menganut apa-apa agama berasa takut dengan amaran Raja Yarmuz itu dan berjanji untuk tidak mengingkari raja yang zalim dan kejam itu.



Namun pada suatu hari, Halimatun mendapat petunjuk daripada Allah dan akhirnya memeluk Islam. Pada awalnya, ahli keluarganya takut mendengar Halimatun memeluk agama Islam.



Penjelasan dan keindahan agama Islam yang diperkatakan oleh Halimatun kepada keluarganya mencairkan tembok kejahilan yang ada pada diri keluarganya itu. Mereka akhirnya memeluk Islam dan menjalankan kewajipan sebagai orang Islam.



Kini sudah beberapa bulan berlalu sejak Halimatun dan ahli keluarganya memeluk Islam. Dia terus menjalankan tugas sebagai tukang masak istana seperti biasa tanpa mendedahkan rahsianya yang sudah memeluk Islam itu. Jauh di sudut hatinya, dia juga mahu melihat kawan-kawannya memeluk Islam.



"Pastikan semua orang menjalankan tugas mereka dengan baik dan teliti. Tempat memasak, bekas peralatan makanan dan hidangan makanan harus berada dalam keadaan bersih.



"Raja Yarmuz tidak suka kepada mereka yang malas dan benda-benda yang kotor,"
arah ketua tukang masak kepada semua tukang masak yang kelam kabut dan riuh rendah mendengar berita mengenai lawatan mengejut Raja Yarmuz ke dapur istana.


Walaupun semua rakan Halimatun berdebar-debar menerima lawatan Raja Yarmuz tetapi Halimatun tenang sahaja menunggu ketibaan Raja Yarmuz itu.



Tidak lama kemudian, Raja Yarmuz tiba ke dapur istana dan gembira melihat pekerja-pekerja dapur istana melakukan kerja mereka dengan baik dan tekun.



"Halimatun tolong bawa bekas makanan ini untuk dihidang di meja besar bagi santapan Raja Yarmuz!,"
perintah Ketua Tukang Masak.


Halimatun pun terus membawa sebuah bekas makanan menuju ke meja santapan Rajanya itu. Namun tiba-tiba wanita ini terlanggar sesuatu menyebabkan bekas makanan yang dipegangnya terlepas dari tangan Halimatun dan terjatuh ke lantai.



"Allah!" Halimatun menyebut nama Allah tanpa beliau sedari terlepas daripada mulutnya.


"Apa?"
kata Raja Yarmuz dalam nada suara yang tinggi dan keras apabila mendengar Halimatun menyebut kalimah Allah itu.


"Kamu menyebut nama Tuhan orang Islam. Maka adakah ini bermakna kamu juga sudah memeluk agama Islam," tanya Raja Yarmuz kepada Halimatun.


Halimatun serba salah untuk menjawab dan Raja Yarmuz yang dapat melihat keadaan Halimatun yang mencurigakan itu.


Apabila didesak beberapa kali, Halimatun akhirnya mengaku sudah memeluk Islam.


"Patik sekarang menyembah Allah. Tuhan semesta alam,"
ucap Halimatun dengan yakin.

"Beta mahu kamu meninggalkan agama Islam dan mengaku beta sebenarnya tuhan kamu.


"Sekiranya kamu ingkar perintah beta, kamu akan dijatuhi hukuman berat,"
ugut Raja Yarmuz yang begitu murka mendengar pengakuan Halimatun itu.


"Patik sama sekali tidak akan tunduk pada perintah tuanku. Patik sanggup menerima hukuman tuanku!,"
kata Halimatun yang enggan menurut perintah Raja Yarmuz walaupun tahu hukuman berat menantinya.


"Pengawal! Kamu tangkap wanita ini dan humbankan dia ke dalam kandang singa. Biar dia menjadi makanan singa-singa yang kelaparan itu,"
perintah Raja Yarmuz itu tentu sahaja turut mengejutkan kawan-kawan Halimatun yang lain.


Halimatun hanya kelihatan tenang sahaja apabila pengawal istana menangkapnya. Perintah Raja Yarmuz dilaksanakan dengan segera. Halimatun dimasukkan terlebih dahulu ke dalam kandang singa sebelum singa-singa peliharaan Raja Yarmuz dilepaskan ke dalam kandang.



Singa-singa yang masuk ke dalam kandang itu kelihatan begitu garang dan tidak menunggu kecuali mahu menerkam dan menyiat-nyiat Halimatun yang hanya mampu berdiri di sudut kandang.



Halimatun sebenarnya ketakutan namun beliau teringat kepada Allah Yang Maha Mengasihani makhluk-makhlukNYA yang dizalimi.



"Ya Allah! Sekiranya Engkau Maha Berkuasa berikanlah perlindungan mu ke atas diriku ini,"
doa Halimatun dengan penuh takwa.


Singa-singa itu tentu sahaja dapat menghidu bau manusia lalu tanpa menunggu barang sesaat haiwan ganas itu hendak mematahkan tengkuk Halimatun yang masih menggeletar ketakutan namun mulutnya tidak henti-henti menyebut nama Allah.



Ditakdirkan, haiwan yang asalnya begitu garang, rakus dan begitu ganas secara tiba-tiba tunduk terhadap Halimatun. Haiwan itu seolah-olah memberi penghormatan kepada wanita ini dengan izin Allah. Halimatun terus menadahkan tangan tanda bersyukur kepada Allah kerana melindunginya dari menjadi mangsa haiwan liar itu.



Kejadian itu cukup menghairankan Raja Yarmuz.



"Mengapa singa-singa beta tidak membaham dan mengoyak tubuh wanita tua itu? Apa yang sudah berlaku? Lebih menghairankan mengapa singa-singa itu kemudiannya tunduk dan hormat pada Halimatun?,"
kata Raja Yarmuz.


"Mungkin dia mendapat pertolongan dari Tuhannya,"
sambung Raja Yarmuz kepada pembesarnya.


"Mungkin juga Tuanku!,"
mereka yang lain setuju dengan pendapat Raja Yarmuz itu.


"Halimatun harus dikeluarkan dari negara ini. Sekiranya orang ramai tahu tentang kehebatan Halimatun menundukkan singa-singa beta, mungkin ramai akan memeluk Islam,"
kata Raja Yarmuz.


"Ini merupakan ancaman kepada tuanku!,"
sahut salah seorang pembesar kepada Raja Yarmuz yang masih bingung memikirkan mengenai Halimatun.


Akhirnya Halimatun dihalau keluar dari negeri itu tanpa belas kasihan oleh Raja Yarmuz.



Demikian kisah yang mengambarkan betapa kuatnya keyakinan sang hamba kepada rabbnya..hanya menyebut nama Allah..haiwan yang ganas seperti singa itu boleh tunduk dengan sekelip mata..



wallahua'lam

Monday, June 29, 2009

Haram @najis..??


Seorang muslim tidak diperbolehkan untuk memelihara anjing, kecuali jika anjing tersebut digunakan untuk berburu atau pun menjadi anjing penjaga, dengan syarat anjing tersebut tidak diperbolehkan untuk masuk ke dalam rumah. Paling tidak ada 3 sebab utama yang perlu dipertimbangkan bila seseorang ingin memelihara anjing. Rumah Yang Ada Anjingnya Tidak Dimasuki Malaikat Rasulullah SAW melarang kita memasang gambar bernyawa di dalam rumah serta dilarang memelihara anjing.


Kerana rumah yang ada gambar bernyawa dan anjingnya, malaikat Rahman tidak akan masuk ke dalamnya. Sebaliknya, jin dan syaitan sangat suka tempat-tempat tersebut.

Nabi SAW bersabda:
Barangsiapa yang memelihara anjing selain anjing untu memburu atau anjing penjaga, maka setiap hari pahala orang tersebut akan dikurangi sebanyak 2 qiroth? (HR. Muslim 3/1201 No. 1574)

Dari Aisyah Ra ia berkata: Rasulullah SAW pernah berjanji dengan Jibril bahawa pada suatu waktu Jibril akan datang pada beliau, kemudian tibalah waktu tersebut tetapi Jibril belum datang juga dan pada waktu itu beliau sedang memegang tongkat lalu beliau melemparkannya, beliau pun berkata: Allah tidak akan menyalahi janji-Nya demikian pula utusan-Nya. Kemudian beliau melihat ada seekor anjing di bawah tempat tidur, beliau pun bertanya: ?Wahai Aisyah! bila anjing ini masuk ke sini? Aisyah menjawab: ?Demi Allah, aku tidak mengetahuinya? kemudian Rasulullah SAW memerintahkan untuk mengeluarkan anjing tersebut. Tak lama kemudian Jibril pun datng, lalu Rasulullah SAW bertanya: ?Engkau berjanji padaku lalu aku menunggumu tapi engkau tidak datang? Jibril menjawab: ?Ada anjing di rumahmu yang menghalangiku, kerana kami tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing ataupun gambar-gambar?(HR. Muslim 3/1664 No. 2014)

Kedua hadis di atas dan hadis-hadis yang lainnya boleh dijadikan rujukan tentang
larangan untuk memelihara anjing bagi seorang muslim kecuali anjing yang digunakan untuk berburu dan anjing penjaga sebagaimana dikemukakan di atas. 2.

Anjing dilarang dalam jual-beli


Diriwayatkan oleh Aun bin Abi Juhaifa,"Ayahku membeli budak yang kerjanya membekam. Ayahku kemudian memusnahkan alat bekam itu. Aku bertanya kepada ayah mengapa beliau melakukannya. Beliau menjawab bahawa Rasulullah SAW melarang untuk menerima wang dari pertukaran darah, anjing dan kasab budak perempuan. Beliau juga melaknat penatu dan yang minta ditatu, menerima dan memberi riba serta melaknat pembuat gambar." (Hadis diriwayatkan Bukhori dalam shahihnya no 2084 Bab Al-Buyu`) 3.

Risiko Na
jis Anjing : Para ulama berbeza pendapat tentang najisnya anjing dalam hukumnya. Secara ringkas kami boleh kami sebutkan sebagai berikut :

a. Madzhab Hanafi Mereka berpendapat bahawa anjing secara zatnya adalah mahluk yang suci. Madzhab Hanafi berpendapat yang najis hanya air liur di sekitar mulut dan hidungnya dan juga kotorannya.

b. Madzhab Maliki
Madzhab Maliki lebih ringan lagi. Menurut mazhab ini yang merupakan najis dari anjing hanya kotorannya sebagaimana binatang lain.

c. Madzhab Syafi'e dan Hambali Adapun Madzhab Syafi'e dan Hambali berpendapat bahawa anjing adalah binatang najis secara keseluruhannya.

Pendapat yang kuat adalah pendapat Madzhab Hanafi,
sesuai dalil ayat dan hadits berikut: Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas (anjing) yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu, kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu, Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepasnya). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya" (QS Al-Maa-idah
4)
Najisnya tergolong najis mughallazhah atau najis yang berat,kerana itu tidak cukup menyucikannya hanya dengan air saja, tapi harus tujuh kali dan salah satunya dengan tanah. Hal ini sesuai dengan petunjuk langsung dari Rasulullah SAW terhadap masalah najis anjing.

Sabda Rasulullah SAW : "Penyucian bekas seorang diantara kamu, jika terkena hirupan anjing adalah dicuci tujuh kali salah satunya dengan tanah" (HR Muslim).

"Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda:
" Jika anjing menjilat pada bekas seorang darimu maka buanglah (airnya) kemudian cucilah tujuh kali" (HR Muslim).

Hadis ini menguatkan pendapat Madzhab Hanafi bahwa yang najis hanya
air liur di sekitar mulut dan hidung. Dan air yang kena jilatan anjing, maka menjadi najis oleh karena itu Rasulullah saw. menyuruh membuangnya.

Namun bila anjing itu untuk berburu, maka ada kemudahan untuk memeliharanya. Juga bila untuk menjaga rumah dari pencuri. Namun anjing itu tidak boleh masuk ke dalam rumah atau menjadi haiwan yang dibiarkan keluar masuk rumah. Apalagi sampai tidur dengan anjing.

wallahu a'lam

Polemik Rasulullah seorang ummi...


DARI kecil, iaitu sejak kita mula mengenal membaca dan menulis telah sering ditekan mengenai sebuah 'ajaran' bahawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW seorang yang buta huruf! Malah kita sanggup mempertahankan ajaran itu apabila ada pihak cuba mengatakan yang sebaliknya, mustahil Nabi Muhammad seorang yang buta huruf! Adakah ini kerana jika mengatakan baginda sebenarnya tahu membaca dan menulis maka itu tidak memberikan satu pengesahan bahawa baginda seorang Rasul, utusan Allah?

Benar, yang dimaksudkan dengan perkataan ummi' adalah seseorang yang tidak tahu, tidak mempunyai kepandaian dan kemahiran untuk membaca dan menulis, iaitu merujuk kepada perkataan umm bererti ibu.
Iaitu lazimnya keadaan di mana seperti janin atau bayi yang masih dalam kandungan rahim ibunya, bererti tidak tahu apa-apa, apatah lagi membaca dan menulis.

Malah ini sebagaimana telah disebutkan dalam surah al-A'raf ayat 157 bahawa: Nabi Muhammad seorang ummi; iaitu mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad SAW) Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka".

Ini menyebabkan kita sering kali mengaitkan buta huruf itu dengan kebodohan (jahlun) tetapi Nabi sebenarnya seorang yang amat pintar. Jadi bagaimana kita dapat kaitkan seorang yang ummi itu sedangkan ketika usia mudanya pernah menjalankan perdagangan malah membawa balik keuntungan yang sangat besar.

Kejayaan baginda melakukan transaksi perniagaan ini menjadi satu petunjuk bahawa baginda seorang yang mampu membaca dan menulis.
Malah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit bahawa Nabi pernah bersabda: "Jika kalian menulis kalimat Bismillahirrahim, maka perjelaskanlah huruf sin di situ".

Ini menunjukkan baginda seorang yang bukan sahaja mengenal huruf tetapi baginda tidak mempunyai masalah dalam aspek tulisan dan penulisan. Ini seperti gambar yang dipaparkan di ruangan ini antara surat-surat yang ditulis oleh baginda bagi menjayakan misi dakwah terutama kepada pemerintah-pemerint ah sesebuah kerajaan.

Jadi, mustahil seorang Rasul seperti baginda seorang yang bodoh. Apatah lagi mengingatkan kepada kita salah satu sifat wajib yang ada bagi seorang Rasul itu adalah fathonah, iaitu cerdas dan pandai. 'Ajaran' Nabi Muhammad seorang yang benar-benar buta huruf dijadikan alasan atau perisai yang menahan baginda dari dituduh, sebagai individu yang menulis al-Quran. Andai kata baginda tahu menulis membaca, maka kita dikatakan tidak mempunyai sebarang perisai lain yang boleh digunakan bagi menangkis tuduhan tersebut. Tidak dinafikan persoalan sama ada Nabi Muhammad seorang yang buta huruf ataupun tidak, telah menjadi polemik dan perbincangan oleh pelbagai pihak malah sehingga kini pun ia masih dibicarakan.

Salah satu pendapat bagi menafikan baginda seorang yang ummi iaitu faktor budaya masyarakat Arab Jahiliah itu sendiri. Orang Arab ketika itu dikatakan tidak mempunyai budaya membaca dan menulis yang kuat kerana mereka mempunyai kelebihan dalam mengingat kalimat-kalimat dengan begitu sempurna. Tanpa ada sebaris ayat atau perkataan yang tertinggal. Bagi mereka, menghafal 100 bait-bait puisi dan syair gurindam sudah cukup dengan sekali mendengar! Kalau mereka mempunyai kebolehan yang sehebat itu maka tidak perlulah lagi mereka menulis.

Malah dikatakan jika semua apa yang mereka semat dan hafal dalam ingatan itu ditulis, maka akan terdapat beribu-ribu lembaran buku dihasilkan bagi menampung semua yang dihafal itu. Begitupun faktor ini tidak mempunyai kekuatan malah yang sebenarnya masyarakat Arab walaupun jahil tetapi mereka terkehadapan dalam aspek membaca dan menulis itu sendiri. Setiap tahun mereka akan menganjurkan sayembara atau festival pembacaan natsar (prosa) dan syair (puisi) di pasar raya Ukaz. Lalu, karya-karya yang memang dan dianggap terbaik akan mendapat penghormatan lalu akan ditulis dan ditampal di dinding-dinding Kaabah.

Fakta ini membuktikan masyarakat Arab zaman itu termasuk suku Quraisy, iaitu keturunan baginda mahir membaca dan menulis. Namun seperti yang dijelaskan oleh tokoh Islam terkenal, Sheikh Al Maqdisi bahawa individu yang menafsir sejarah dan al-Quran itu sendiri yang keliru terhadap keupayaan dan kapasiti Rasulullah khususnya dalam soal membaca dan menulis ini. Menurutnya, walaupun benar ummi itu bermaksud sebagai buta huruf tetapi apabila dikaitkan dengan Rasulullah, ummi di sini bermaksud baginda bukan di kalangan golongan Yahudi dan Nasrani. Ketika itu, kedua-dua kaum ini sering kali menggelarkan atau sebenarnya mengejek umat yang selain Yahudi dan Nasrani sebagai golongan ummi atau non-Yahudi dan non-Nasrani.

Ini termasuklah Rasulullah dan orang Arab yang lainnya.
Malah dalam satu penjelasannya yang panjang, dapat kita ringkaskan apabila keturunan Arab melalui Nabi Ismail sebelum turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad, kaum ini tidak pernah diwahyukan dengan sebarang Kitab Allah.

Lantas kerana itu, kaum ini disebut sebagai kaum ummiyyuun atau ummiyyiin yang bererti "kaum yang belum pernah membaca atau menulis Kitab Allah". Situasi ini yang menjadikan kaum Yahudi semasa zaman Jahiliah merendah-rendahkan kaum Arab sebagai kaum yang tidak mempunyai kitab.

Mereka begitu bermegah kerana dikurniakan kitab Taurat berbanding kalangan Arab yang tidak mempunyai apa-apa kitab itu.
Sindiran dan ejekan mereka itu mungkin dapat dilihat melalui surah ali-'Imran ayat 75: Tiada yang patut disalahkan bagi kami atas kaum ummiyyiin.

wallahua'lam

Masing2 ada keistimewaannya....


LELAKI:

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian la..x pasti sahih ke x)

Tetapi orang lelaki
ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :


Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?


Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjad
i milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,

2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggun
g oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,

2. ayahnya,

3. anak lelakinya dan

4. saudara lelakinya .


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu

2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. ..sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.... maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA...

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "


wallahua'lam

Jom menyelam cari mutiara..


KISAH PENYELAM MUTIARA

Perjalanan hidup manusia tidak ubah bagaikan kisah penyelam mutiara. Seorang penyelam mutiara, dalam melaksanakan tugasnya selalu dilengkapi dengan tabung oksigen yang terpasang di belakangnya. Pada ketika ia terjun menyelam, niatnya ingin mencari tiram mutiara sebanyak-banyaknya. Tetapi semasa ia berada di bawah permukaan laut, ia mulai lupa pada apa yang harus dicarinya.

Kenapa? Ternyata pemandangan di dalam laut sangat mempesona. Bunga karang yang melambai-lambai seolah-olah memanggilnya, ikan-ikan hias berwarna-warni yang saling berkejaran dengan riangnya membuatnya terpesona. Ia pun lalu terlena ikut bersuka ria, melupakan tugasnya semula untuk mencari tiram mutiara yang berada jauh di dasar laut sana.

Hingga pada suatu ketika, dia terkejut dan menyedari oksigen yang berada di belakangnya hanya tinggal sedikit . Timbullah rasa takutnya. Tak terbayang olehnya bagaimana kemarahan majikannya nanti bila ia muncul ke permukaan tanpa membawa tiram mutiara sebanyak yang diharapkan. Maka dengan
tergopoh-gapah ia pun berusaha untuk mencari tiram mutiara yang ada disekitarnya. Namun sayang, kekuatan fizikalnya sudah lemah, tenaganya sudah habis setelah bersuka ria dengan keindahan alam bawah laut.

Akhirnya isi tabung oksigennya benar-benar kosong, sehingga walaupun tiram mutiara yang diperolehnya sangat sedikit, ia mahu tidak mahu harus muncul ke permukaan. Malangnya lagi, kerana tergesa-gesa dia tidak sempat mengikat bekasnya dengan baik, sehingga ketika tersenggol ikan yang berenang di sampingnya, tiram mutiara yang sudah didapatnya dengan susah payah itu sebahagian tertumpah ke luar.


Di permukaan, majikannya telah menunggu. ketika dilihatnya bekas si penyelam tidak berisi tiram mutiara sebagaimana yang ia harapkan, maka terhamburlah caci makinya dan saat itu juga si penyelam dipecatnya tanpa belas kasihan sedikitpun. Tentu saja boleh kita bayangkan bagaimana hancurnya per
asaan si penyelam.


Dengan penuh rasa penyesalan, si penyelam berusaha minta kesempatan untuk menyelam semalam.
"Tuan, izinkanlah aku untuk menyelam semula, pasti aku akan mencari tiram mutiara sebanyak-banyaknya. " Namun majikannya dengan tegas menolak, "cukup engkau aku beri peluang, ternyata engkau hanya pandai membazir oksigen saja."


Kisah ini amat mirip dengan perjalanan hidup manusia di dunia. Tabung oksigen adalah melambangkan umur manusia, tiram mutiara diibaratkan pahala yang harus kita kumpulkan dan tiram mutiara yang tumpah mengumpamakan pahala yang hilang kerananya, sedangkan keindahan yang ada di dalam lautan melambangkan godaan-godaan kenikmatan duniawi dengan harta, takhta dan wanitanya.


Marilah kita 'indentify', sudah cukupkah tiram mutiara yang kita per
olehi?, Sehingga bila suatu ketika kita harus muncul ke permukaan menemui majikan kita, Allah swt, Ia redha menerima kita.

Mafhum dalam surat Al-Ankabuut ayat 6:
"Tidaklah kehidupan DUNIA ini melainkan SENDA GURAU dan PERMAINAN, sesungguhnya AKHIRAT itulah yang SEBENAR-BENARNYA KEHIDUPAN."

Juga Firman-Nya dalam QS Al Hadid ayat 20 yang ertinya:
"Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah PERMAINAN dan suatu yang MELALAIKAN, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. ...... Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah KESENANGAN YANG MENIPU."

wallahua'lam

Sunday, June 28, 2009

Di mana maruah agamamu..?


ya... anda tidak silap tengok. Traitor, ataupun dalam bahasa melayunya Pengkhianat, adalah sebuah filem Hollywood yang saya kategorikan sebagai sebuah filem islamik. Mengapa? Adakah kerana ‘director’nya seorang muslim? Pelakon-pelakonnya terdiri daripada orang-orang islam? Tidak.

Selepas kejadian 11 September, islam mula dilabel sebagai agama yang menganjurkan keganasan, agama yang mengajak manusia berperang (ya! Kita harus memberontak! Bunuh semua orang kafir! – adalah antara propaganda Barat) dan pelbagai lagi .. benda-benda yang tak dapat diterima logik akal manusia yang sihat.

Dalam erti kata lain, jika anda pun tersenarai antara penyokong-penyokong slogan ‘Islam adalah terrorism’ maka saya ingin kata anda mempunyai masalah psikologi , mungkin dari segi kognitif kerana anda terlalu mudah dikaburi dengan maklumat-maklumat palsu yang ditadahkan kepada anda.


Dalam hal ini saya ingin memetik kata-kata dari filem dokumentari Occupation 101 :
“ The greatest enemy of knowledge is not ignorance, it is the illusion of knowledge” - Stephen Hawking

Kebanyakan filem-filem Hollywood yang lahir selepas kejadian 11 September juga menganut fahaman seleweng Barat. Jika ada pun pendekatan untuk menunjukkan islam itu baik, maka cara mereka masih salah. Bayangkan sahaja, seorang perempuan islam yang memakai tudung, dibuatnya melakukan perbuatan zina (seks sebelum kahwin).

Hal ini adalah perkara yang amat membimbangkan, dan ia berbahaya
kepada umat-umat islam yang mempunyai fahaman agama yang cetek atau pun muslim hanya pada nama, ataupun berdasarkan keturunan semata-mata. Selepas menonton filem Hollywood yang bertajuk Traitor ini, sedikit sebanyak saya berasa lega. Islam diterangkan dengan jelas. Bukan setakat itu sahaja, filem ini juga mengajak penonton berfikir, dan membuka minda terhadap konflik nilai yang sedang melanda dunia.

Saya ingin memetik skrip yang bagi saya menjelaskan islam dengan
mudah, dan mungkin orang islam sendiri pun kebanyakannya masih tak tahu.

- Would you describe him as a devout muslim? + He is a muslim.. I don’t believe there is a sliding scale.

Do you know what ‘islam’ means
? - “Submission. + Yes, “Submission”. Submission to God’s will is absolute.

Skrip di atas sekaligus menjelaskan dalam dunia ini hanya ada muslim. Tidak ada istilah muslim radikal, muslim liberal dan sebagainya. Saya pernah terserempak dengan sebuah laman web yang ingin mempromosikan filem dokumentari Obsession.

Oh,......... sedih benar jika anda melawat laman tersebut. Ugh! Islam r
adical, islam liberal, sharia law, semuanya adalah yang buruk-buruk tentang islam. merepek sungguh laman web itu.

Kesimpulannya, saya syorkan kepada semua orang seluruh dunia, tengoklah movie Traitor ini.

wallahua'lam

Takbur hanya milikNYA...


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.
Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''
Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.


p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .

Saturday, June 27, 2009

rest in peace (mikaeel)





AsalaamuAlikumwaRahmatulahiwaBarakatahu, Jermaine, May Allah comfort, comfort, comfort you, and send His peace down upon you. I think Allah had Mercy on Micheal so that he could have peace. May Allah give your family the best possible blessing. May Allah protect you from shaytaan, and bless you to repeat, "Oh Allah! I seek refuge with you from shaytaan; To You we belong, and to You we must go back." I love you for the good pleasure of Allah.

Thursday, June 18, 2009

haya fastabiqul khairat.........


Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, “Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri.


Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka
malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya,”Apakah yang harus aku catit?”Kata malaikat di sebelah kanan,”Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.

Malaikat yang di kiri bertanya lagi,”Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?Jawab malaikat kanan,”Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.
Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang
lalu sebagai tebusan & kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi.”

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,
”Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam.”

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai & leka dengan keseronokan serta kemewahan dunia.

wallhua'lam

"Kalau tak suka dihina, janganlah menghina diri sendiri!"


Mendedahkan aurat tu hukumnya haram. Hal ini sangat ketara di kalangan artis wanita. Kalau ada yang mengatakan rambut bukan aurat, bagaimana dengan bahu dan lutut?

Walau apa alasanpun, hukum tetap tidak boleh diubah. Kita boleh melihat aurat artis wanita dengan mudah melalui sebarang media, kecuali radio.


Malu itukan sebahagian daripada cabang iman, dan kita wajib menjaga maruah diri, namun bahagian yang haram itulah yang kerap dipamerkan tanpa segan silu.


Kini, hanya nama yang boleh digunakan untuk membezakan agama artis kita. Tu pun tak semua, makin ramai (terutamanya artis segera) menggunakan nama yang mengelirukan.


Inilah natijahnya jika bertindak tidak tahu malu - iman yang senipis kulit bawang akan terus hilang, maruah akan terhakis dan peribadi sejelita manapun akan musnah beransur-ansur.

Menjaga aib (malu) sangat penting kerana itulah perisai dan perhiasan seorang wanita begitu juga lelaki.

Memetik sebuah hadis Riwayat Bukhari,
"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya. " Adakah kita akan dipandang hina jika menutup aurat? Tidak, malah kita tidak akan dipandang mula jika mendedahkan aurat. Jadi mengapakah kita memalukan diri kita sendiri?


Bekas Mufti Perlis, Dr Asri bin Zainul Abidin pernah berkata,"Kalau tak suka dihina, janganlah menghina diri sendiri!"


wallaua'lam

Wednesday, June 17, 2009

Ada berani??




Tragedi pembunuhan beramai-ramai dalam masjid di yala beberapa minggu yang lepas dan yang terbaru di islamabad ada kaitannya dengan cerita di bawah ini...kedua-dua tragedi yang berlaku di 2 tempat yang berbeza tetapi impaknya cukup besar..bagaiman dengan kita..biar diri di bunuh @ lari menyelamatkan diri????ikuti kisahnya di bawah ini..

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja... ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu
hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..

tak nampak apa cuma dua biji
mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah. ..

" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi...."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja... tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung... ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya...."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dsalam al Quran"

"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..

fikirlah sejenak..andai ini yang berlaku kepada kita apa tindakan kita?..justeru segala amal yang kita buat hendaklah ikhlas bersama iman dalam lubuk hati kita..a"la kulli hal.. salam bulan rejab

wallua'lam

Dosa zina tetap berlarutan andai nikah sekalipun...


BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JANGAN TERUSAN DALAM KEJAHILAN.

mafhum:
"penzina lelaki tidak boleh bernikah melainkan dengan penzina wanita dan wanita kafir,penzina wanita tidak boleh nikah melainkan penzina lelaki dan lelaki kafir dan haram nikah itu ke atas orang mukmin"

Permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga
biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu.

Bila dapat Tahu anak
pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak
persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut.

Saya kongsikan
bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia
mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?


Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudara-mara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan masalah ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul

Mafhumnya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam".

wallaua'lam