
Menurut American Lung Association (ALA) nyala lilin terutama yang beraroma wangian dan nyalanya tahan lama akan menyebarkan partikel timah, merkuri dan racun lainnya ke udara. Seterusnya ALA mengingatkan bahwa lilin-lilin yang beraroma eksotik biasanya mempunyai sumbu berkilapan yang terbuat dari timah asli atau campuran yang mengandung timah.
Partikel timah yang sangat kecil akan melayang diudara dalam kurun waktu yang lama hingga kemudian akhirnya menempel pada perabot dan karpet yang mudah untuk disentuh oleh anak-anak, orang dewasa , ataupun binatang peliharaan.. Jika terserap kedalam tubuh dalam jumlah yang melebihi kadar batas emisi lilin-lilin tersebut dapat merosakkan sistem saraf, hati dan sistem peredaran darah, terutama pada anak-anak, orang tua, dan pada orang-orang dengan sistem imuniti yang lemah.
selain itu lilin-lilin tersebut dapat menghasilkan jelaga berjumlah banyak yang akan merosakkan perabot dan penghawa ventilasi. Dianne Walsh Astry Direktur Eksekutif pada Health House Project, suatu badan komuniti program pendidikan ALA mengatakan bahwa tanpa di sedari, lilin-lilin merupakan penyebab buruknya kualiti udara dalam ruangan.
Para pengguna atau consumer seeloknya membaca label yang tertera pada produk lilin tersebut agar dapat terhindar dari bahaya yang disebabkan adanya bahan tambahan pada lilin yang dapat membahayakan. Seeloknya pula hindarkan meletakkan lilin pada kawasan yang banyak angin, di mana angin dapat menebarkan jelaga dan racun ke udara.
Monday, July 6, 2009
Indah khabar dari rupa...
Sunday, July 5, 2009
Firaun membunuhNYA..

DAN berkatalah Firaun, “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (iaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta...” (al-Mu’min: 36-37)
PADA suatu hati, Firaun memerintahkan para menteri serta para pemimpin di Mesir berkumpul di istananya.
Firaun mengeluarkan perintah kepada Haman, iaitu salah seorang menterinya, supaya mengetuai pertemuan tersebut. Firaun tidak berpuas hati dengan seruan Nabi Musa yang menyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang layak disembah.
Firaun mahu semua rakyat menyembah dirinya sahaja. Dia mendakwa dirinya adalah tuhan yang memerintah seluruh alam itu.
Sebaik sahaja semua rakyatnya berkumpul, Firaun terus berkata, “Hai Haman, adakah aku ini seorang pendusta?” “Tidak ada seorang pun yang berani menentang tuanku,” Kata Haman.
Firaun berkata dengan marah, “Tetapi Musa berani menentang aku. Musa pernah mengatakan bahawa ada Tuhan lain selain aku di langit.” “Wahai tuanku, sesungguhnya Musa itu berbohong,” kata Haman lagi.
“Aku sudah mengetahui bahawasanya dia berdusta.” Firaun menoleh ke arah Haman dan mengeluarkan perintah kepadanya. “Aku mahu kau membina sebuah bangunan yang tinggi mencakar langit. Tingginya itu haruslah mencapai ke pintu-pintu langit. Aku hendak naik dan melihat bagaimanakah rupa Tuhan Musa itu. Bukankah Tuhan Musa itu berada di atas langit?” “Saya akan melaksanakan perintah tuanku itu. Saya akan segera mengumpulkan jurutera-jurutera, beribu-ribu tukang batu dan tukang kayu untuk membinanya,” kata Haman, berjanji kepada Firaun.
Setelah bertun
gkus lumus membina bangunan itu, maka siaplah bangunan yang tinggi hinggakan puncaknya tidak kelihatan. Sebaik sahaja bangunan itu siap, Firaun pun segera naik ke tingkat yang paling atas dan memerintahkan supaya dibuatnya anak panah untuknya.
Anak panah itu dipanah ke arah langit. Dengan takdir Allah, anak panah itu kemudian terjatuh semula di hadapan Firaun. Anak panah itu berlumuran dengan darah. Padahal panah itu telah dicelupnya dengan darah sebelum dia memanah langit..
Dengan bangganya Firaun berkata, “Tengok, aku sudah pun membunuh Tuhan Musa, Tuhan Musa itu telah mati ditangan ku. Aku yakin Musa adalah pendusta kerana dia mendakwa ada Tuhan di langit yang dapat menolongnya dan melantiknya sebagai Rasul”.
Sembelih lah kak..ee..takut la.. byk darah
soalan:sekiranya dalam satu tempat@kampung tiada lelaki muslim yang boleh menyembelih ayam@binatang lain,bolehkah wanita yang menyembelih binatang tersebut?
Hukumnya harus bagi seorang wanita menyembelih binatang. Demikian kesepakatan jumhur seluruh ulama tanpa ada perbezaan pendapat. (M. Adib Kalkul, Ahkam Al-Udh-hiyah wa Al-'Aqiqah wa at-Tadzkiyah, hlm: 63, Nada Abu Ahmad, Al-Jami' li Ahkam Al-Udh-hiyah, hlm: 32).
Imam Ibnu al-Mundzir memuatkan pandangan jumhur ulama tersebut dalam kitabnya Al-Ijma': "Mereka (para ulama) bersepakat mengenai bolehnya penyembelihan oleh anak-anak dan wanita, dengan syarat keduanya mampu menyembelih dan melaksanakan apa-apa yang wajib ada dalam penyembelihan" . (Ibnu al-Mundzir, Al-Ijma', hlm:18).
Dalil-dalil yang membolehkan wanita menyembelih adalah sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari: Bahawa seorang budak perempuan milik Ka'ab bin Malik pernah menggembalakan kambing-kambing di Sala' (nama tempat). Lalu seekor kambing di antaranya terkena sesuatu, lalu budak itu mendapatinya dan menyembelih kambing itu dengan batu. Kemudian Nabi SAW ditanya mengenai hal itu dan Nabi SAW berkata, "Makanlah kambing itu". (riwayat al-Bukhari, no: 5081; Al-Thahawi, Musykilul Atsar, jld:7, hlm:3).
Dalam riwayat Imam Ahmad, terdapat penjelasan bahawa kambing ya
ng disembelih itu sebelumnya telah digigit serigala. "Diriwayatkan dari Ka'ab bin Malik, bahawa seorang budak perempuan milik Ka'ab pernah menggembalakan kambingnya di Sala'. Lalu seekor kambing diserang serigala. Penggembala itu mendapatinya lalu menyembelihnya dengan sebuah batu api. Ka'ab bin Malik lalu bertanya kepada Nabi SAW, lalu Nabi SAW memerintahkan Ka'ab untuk memakan kambing itu". (riwayat Ahmad, no 15205; Imam Syaukani, Nailul Authar, 13/22).
Penyembelihan Berdasarkan hadis tersebut, Imam Ibnu Qudamah berkata: Dalam hadis ini terdapat tujuh faedah. Yang pertama, bolehnya penyembelihan oleh wanita…. (Ibn al-Qudamah, Al-Mughni, 21/370).
Selain hadis di atas, terdapat pula hadis lain sebagaimana disebutkan dalam Shahih al- Bukhari: Abu Musa (Al-Asy'ari) pernah memerintahkan anak-anak perempuannya untuk menyembelih sendiri dengan tangan-tangan mereka.. (riwayat al-Bukhari, no: 5132). *
Imam Ibnu Haj
ar Al-'Asqalani di dalam Fathu al-Bariy syarahannya bagi sahih al-Bukhari, menukilkan pendapat berkait hadis tersebut. Ibnu Al-Tin berkata: "Dalam hadis ini terdapat dalil bolehnya wanita menyembelih…" (Ibnu Hajar Al-Asqalani, Fathu al-Bari ).
Berdasarkan penjelasan-penjelas an di atas, jelaslah bahawa harus hukumnya seorang wanita menyembelih binatang. Kebanyakan nas yang dijadikan dalil bagi mengharuskan seorang wanita melakukan sembelihan adalah dalam keadaan wujudnya orang lelaki di sisi mereka.
Jika sekiranya tiada orang lelaki yang beragama Islam di sesuatu tempat yang ada hanyalah orang yang tidak beragama Islam maka hukumnya wajib bagi wanita yang beragama Islam melakukan sembelihan bagi mendapatkan daging yang halal..
Saturday, July 4, 2009
Menurut teori fizik...

Kajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita – hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.
Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.
Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin! Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.
Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda. berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian.
Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang ‘tidak sihat’ mampu memberikan kesan terhadap ‘animasi kehidupan’ seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.
“Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.
Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas.
Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri.
Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri. Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam.
Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar
“Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar
Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan.
Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik
ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis 
Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya ‘pejal’ menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin
wallaua'lam
Friday, July 3, 2009
Indahnya kesulitan itu..
kisah yang saya kutip dari satu laman web..cukup menginsafkan diri
Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur . Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan. 
"Abang nak beli kuih?" Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik....Abang dah pesan makanan" jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menik mat inya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni" kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima . Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik." Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun t ida k mengh alang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan.
Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman,
saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia meng hadi ahkan sebuah senyuman.
Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja.
Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet dan menghulurkan sekeping not merah RM 10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM 10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma ngangguk. lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....!" Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wani ta berhati mulia yang melahirknya? ? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
mafhum:Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Thursday, July 2, 2009
Pendakwah:mudahkan lah urusanku..

ABU Burdah berkata: "Rasulullah mengutus ayahku, Abu Musa dan Muaz ke Yaman. Nabi berkata: Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan bersedia sekatalah kamu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam berdakwah ada tatacara yang perlu diamalkan supaya segala apa disampaikan menjadi ikutan. Antaranya, kita dilarang daripada menyukarkan manusia melakukan ketaatan kepada Allah.
Contohnya, ketika kita menjadi imam dalam solat, maka solat itu janganlah terlalu lama (panjang) kerana mungkin makmum yang ada bersama daripada mereka yang lemah, sakit atau sudah tua.
Nabi SAW juga menyuruh kita menggembirakan manusia bukan menjadikan mereka berasa benci dengan ajaran disampaikan. Oleh itu, kita hendaklah mendahulukan perkara menyedarkan manusia dan membangkitkan semangat mereka untuk melakukan kebaikan.
Jangan sekali-kali kita memberatkan dengan perkara berbentuk ancaman kerana ia akan menjauhkan masyarakat daripada agama dan kebenaran. Sebaliknya, jinakkan hati mereka dengan bertindak secara berhikmah kerana perubahan manusia kebiasaannya memakan masa dan melalui peringkat serta tahap tertentu bukan bersifat drastik atau melulu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Islam adalah agama mudah dan senang diamalkan setiap golongan. Oleh itu, hendaklah ia dipermudahkan dan janganlah dijadikan sebagai bebanan. 
Umat Islam hendaklah sentiasa menyampaikan perkhabaran yang menggembirakan dan janganlah menimbulkan perkara membawa kepada kesulitan hidup. Islam menuntut umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah serta bijaksana supaya ia diterima dengan mudah dan rela.
Firman Allah yang bermaksud: “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk.” (Surah An-Nahl, ayat 125) Justeru,
pend
akwah perlu mempunyai sifat lemah lembut dan sentiasa menghiasi diri dengan sifat sabar walaupun terpaksa berdepan mereka yang menentang kerana dakwah melalui contoh yang baik adalah lebih berkesan. Kewajipan sentiasa berlemah lembut turut ditekankan Rasulullah SAW dalam apa hal kerana kebajikan diharamkan bagi mereka yang tidak mempunyai sifat lemah lembut. Sabda Baginda yang bermaksud: “Barang siapa yang tidak memiliki sifat lemah lembut, maka diharamkan seluruh kebaikan bagi dirinya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
wallahua'lam
Pesakit ini tak perlukan ubat daripada doktor..
UBAT PENYEMBUH SYAITAN & IBLIS 
Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya.Walaupun seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya,namun ada sejenis ubat yg membantu memulihkan penyakitnya. Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU.
Namun kita sebagai umat Islam juga telah bersimpati dgn nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kepada mereka yg dilaknat.Di pendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat islam yg baru hendak solat dimasjid, apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah. 
Tiba-tiba berkumandang lah azan, maka larilah iblis lintang pukang sambil terlanggar bukit,pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan. Maka iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah,patah tangan ,kaki dan sebagainya. Datanglah bapak mereka dan mengarahkan bahawa hanya ada satu saja ubat yang boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke rumah org islam dan carilah air kencing org yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yg luka cedera parah. Sepantas kilat,mereka mencari org Islam yang kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh.
Kesimpulannya, org kencing berdiri inilah yg menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar. Oleh itu, jgn kencing berdiri...tolong sebarkan
wallahua'lam
Wednesday, July 1, 2009
Jangan main2 tau..

kuasa mutlak suami dan ibu
Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2.
Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf.
Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan? Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya.
Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi. Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.
Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka.
Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak.
Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka.
Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun. Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam. Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki).
Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.
Gelumangkan diri dengan kemulian bulan rejab..

REJAB berasal daripada kalimah tarjib bermaksud kemuliaan atau keagungan. Dikatakan juga kalimah Rejab diambil daripada perkataan Arab `aku memuliakannya dengan penuh kemuliaan'. Ada juga pendapat ulama mengatakan Rejab bermaksud berpenat lelah dan mencari stamina kerana banyak kebaikan padanya.
Ada pula mengertikan Rejab dengan berulangnya ingatan terhadap Allah dan mengagungkan- Nya. Ia disesuaikan dengan pendapat bahawa malaikat mengangkat suara bertasbih, bertahmid dan mentaqdiskan Allah sempena bulan ini. Segelintir ulama berpendapat Rejab itu dikenali dengan rejam kerana Syaitan dikatakan direjam hingga tidak dapat menyakiti orang beriman pada bulan keagungan Allah.
Rejab turut dikenali beberapa panggilan antaranya Rejab al-Mudar, Mansil al-Asinnah, Syahr al-Ashom , Syahr al-Asob, Rejabal-Muthahhir, Rejab al-Fard dan lain-lain. Rejab al-Mudhar merujuk kepada qabilah Mudhar daripada suku bangsa Quraisy.
Golongan ini memuliakan bulan Rejab dengan pelbagai ibadat. Rejab juga dikenali dengan al-Mudhir bermaksud memudaratkan iaitu persengketaan dan pertempuran senjata tidak atau jarang kedengaran berlaku kerana kemudaratan berperang pada bulan berkenaan. Rejab al-Mudhir juga dinisbahkan kepada pemimpin jahiliah Rabi'ah bin Nizar yang mengharamkan Ramadan dan menggantikan Ramadan dengan panggilan Rejab. Perbuatannya itu sebenarnya memudaratkan dirinya sendiri. Mansil al-Asinnah bermaksud bulan perdamaian atau gencatan senjata.
Lazimnya, bangsa Arab jahiliah yang berbalah, berdendam, berperang dan berbunuhan akan meletakkan senjata mereka sempena kedatangan Rejab yang mulia. Mereka mempercayai wujud kedamaian dan gencatan pada bulan Rejab. Akhirnya, Rejab itu sinonim dengan kepercayaan dan cara hidup mereka. Realitinya, kita turut melihat pada bulan ini kegemparan, kegoncangan dan keganasan sedikit menurun berbanding sebelumnya.
Begitu juga dengan fenomena gempa bumi, gunung berapi, tsunami dan beberapa malapetaka membabitkan angka korban yang besar turut menyusut. Mungkin, inilah sebahagian wajah kedamaian tersurat pada Rejab. Rejab al-Ashom bermaksud bulan kebisuan iaitu satu bulan yang tidak kedengaran kemurkaan Allah yang besar kepada umat manusia pada bulan ini.
Bahkan pada masa sama, Allah menghapuskan kejahatan, kesyirikan dan kesengsaraan hamba-Nya. Hal ini selari dengan diriwayatkan Imam Ibrahim al-Nakhaie berbunyi: "Sesungguhnya Rejab itu bulan Allah. Padanya Allah SWT melayarkan Nabi Nuh AS dan kaumnya. Baginda dan kaumnya berpuasa. Lalu Allah selamatkan mereka dari ribut taufan dan menyucikan bumi ini daripada syirik dan permusuhan." Saidina Uthman bin Affan juga menyifatkan Rejab al-Ashom sebagai bulan penyucian harta daripada unsur yang haram. Iaitu dengan membayar segala hutang piutang dan mengeluarkan zakat jika masih berbaki.
Anjuran di atas amat praktikal dalam masyarakat memandangkan kita sudah menikmati kenaikan gaji dan menunggu pengumuman bonus sebulan dua lagi.
Justeru, jangan diikut prinsip nafsu: bila susah menagih kasihan, bila senang lupa daratan. Dikhuatiri kita tidak mampu merasai keagungan Allah pada Rejab. Bahkan bercerai kasih dengan Allah tiada talak-Nya. Di samping itu, Rejab juga dikenali Syahr al-Asob. Iaitu bulan Allah mencurahkan kasih sayang ke atas hamba-Nya.
Ada padanya rahmat yang tidak dapat dilihat dengan mata, tidak terdengar dengan telinga dan tidak terlintas di hati manusia. Ia juga turut dikenali Rejab al-Muthahhir bermaksud bulan penyucian. Iaitu menyucikan dosa hamba-Nya daripada salah silap dosa dan noda. Terutama dosa mereka yang melakukan ibadat puasa.
Imam Hibbatullah bin al-Mubarak al-Saqathi meriwayatkan dengan isnadnya daripada al-Amasy daripada Ibrahim daripada Alqamah daripada Abu Said al-Khudri bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bula
n di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang sudah ditetapkan) Dalam Kitab Allah ketika ia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan yang dihormati. Rejab dikenali dengan al-Ashom. Tiga bulan haram yang berturutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam). Rejab itu bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku. Barang siapa yang berpuasa sehari pada Rejab dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah nescaya dia mendapat keredaan Allah yang besar."
Islam menawarkan kehidupan yang sempurna dan mantap. Di samping kita mempertingkatkan kuantiti dan kualiti ibadat solat pada Israk dan Mikraj, kualiti puasa juga harus dipertingkatkan sempena Rejab. wallaua'lam
ps:ihsan dari sahabat yahoo
Tuesday, June 30, 2009
Bila ada anasir luar masuk campur...
kenapa rakyat sendiri ingin menjatuhkan beliau????
Bersama-sama ini saya lampirkan tiga keping gambar majlis jamuan Negara yang diadakan oleh Presiden Iran bagi meraikan lawatan oleh Presiden Bolivia ke Teheran baru-baru ini. Saya amat tertarik menatap gambar2 ini yang secara jelas menzahirkan betapa sederhananya seorang yang bergelar Presiden sebuah Negara yang amat dibenci oleh US dan sekutunya.

sebahagian gambaran kehidupan peribadi beliau:
-tetap makan roti kosong dan keju buatan daripada isterinya ke pejabat sungguhpun sudah tersedia makanan khas untuk mana2 presiden yang menghuni pejabat presiden iran..kalau menteri kita makan macam tu boleh kenyang ke..keracunan adalah
-sanggup tidur di lantai beralaskan karpet dan bantal serta selimut kecil ketika berada di bilik sebuah hotel...
-begitu juga halnya ketika beliau tidur di rumahnya..beliau sama sekali tidak menginginkan bantal dan tilam yang empuk serta katil yang cantik..bagi beliau cukup tidur di lantai saja..
pernah kita lihat mana2 pemimpin yang buat begini..??i don't think so..
-beliau tidak kisah untuk solat di saf belakang,tidak seperti pemimpin2 negara kita yang sentiasa di beri ruang berada di saf hadapan ketika solat berjemaah(seperti solat eidul fitri dan solat jumaat)..ajk kena bersedia andai ada VIP yang datang ke masjid..kalau tak kena pecat..padan muka
-bahkan ketika azan berkumandang,beliau terus mengerjakan solat di manapun beliau sedang berada meskipun beralaskan karpet biasa..menteri kita sanggup ke??
-ketika seorang puteranya ingin melangsungkan perkahwinan..beliau hanya mengadakan majlis perkahwinan yang cukup sederhana untuk puteranya..makanan yang disediakan kepada para tetamunya hanya buah-buahan biasa yang mudah didapati pasar-pasar..paling koman pun kalau ada anak YAB yang nak kahwin kena buffet kalau tak..haram tetamu nak datang
“Dan jangan membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (al-Israk: 26 - 27)
begitulah serba sedikit tentang kehidupan seorang hamba Allah yang bernama Ahmadinejad ini..segala2nya sederhana..ini bukan niat untuk menunjuk2 tetapi realiti daripada seorang pemimpin dan mujahid islam yang sekarang ini menjadi target utama israel dan U.S untuk diguling...erm..bila tu ya??you wish....!!rabbuna maak(may Allah blessing what you've done)we stand behind you
“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)
“Tidak boleh berkumpul antara iman dan kikir di dalam hati orang yang beriman selama-lamanya” [HR Ibn Adiy]
wallahua'lam
Wanita tua yang berani..

Halimatun tundukkan singa
ADA seorang wanita bernama Halimatun Armiah yang bekerja sebagai tukang masak di istana Raja Yarmuz. Dia disayangi oleh Raja Yarmuz kerana kepakarannya di bidang masakan. Halimatun menghabiskan separuh dari usianya bekerja sebagai tukang masak Yarmuz.
Raja Yarmuz seorang pemerintah yang membenci agama Islam kerana dia mahu seluruh rakyatnya menyembahnya sebagai tuhan. Dia tidak mahu ada kuasa yang lebih berkuasa daripadanya.
"Beta akan menghukum sesiapa sahaja rakyat beta yang menganut agama Islam. Ingat hanya beta sahaja yang patut disembah sebagai tuhan. Sesiapa yang ingkar pada perintah beta akan dihukum mati," titah Raja Yarmuz kepada rakyat negara Yarmuz.
"Saya pernah melihat ada lelaki dimasukkan dalam kandang binatang buas kerana ingkar perintah Raja Yarmuz," kata seorang lelaki kepada kawannya yang turut mendengar titah Raja Yarmuz itu.
Halimatun yang pada ketika itu belum menganut apa-apa agama berasa takut dengan amaran Raja Yarmuz itu dan berjanji untuk tidak mengingkari raja yang zalim dan kejam itu.
Namun pada suatu hari, Halimatun mendapat petunjuk daripada Allah dan akhirnya memeluk Islam. Pada awalnya, ahli keluarganya takut mendengar Halimatun memeluk agama Islam.
Penjelasan dan keindahan agama Islam yang diperkatakan oleh Halimatun kepada keluarganya mencairkan tembok kejahilan yang ada pada diri keluarganya itu. Mereka akhirnya memeluk Islam dan menjalankan kewajipan sebagai orang Islam.
Kini sudah beberapa bulan berlalu sejak Halimatun dan ahli keluarganya memeluk Islam. Dia terus menjalankan tugas sebagai tukang masak istana seperti biasa tanpa mendedahkan rahsianya yang sudah memeluk Islam itu. Jauh di sudut hatinya, dia juga mahu melihat kawan-kawannya memeluk Islam.
"Pastikan semua orang menjalankan tugas mereka dengan baik dan teliti. Tempat memasak, bekas peralatan makanan dan hidangan makanan harus berada dalam keadaan bersih.
"Raja Yarmuz tidak suka kepada mereka yang malas dan benda-benda yang kotor," arah ketua tukang masak kepada semua tukang masak yang kelam kabut dan riuh rendah mendengar berita mengenai lawatan mengejut Raja Yarmuz ke dapur istana.
Walaupun semua rakan Halimatun berdebar-debar menerima lawatan Raja Yarmuz tetapi Halimatun tenang sahaja menunggu ketibaan Raja Yarmuz itu.
Tidak lama kemudian, Raja Yarmuz tiba ke dapur istana dan gembira melihat pekerja-pekerja dapur istana melakukan kerja mereka dengan baik dan tekun.
"Halimatun tolong bawa bekas makanan ini untuk dihidang di meja besar bagi santapan Raja Yarmuz!," perintah Ketua Tukang Masak.
Halimatun pun terus membawa sebuah bekas makanan menuju ke meja santapan Rajanya itu. Namun tiba-tiba wanita ini terlanggar sesuatu menyebabkan bekas makanan yang dipegangnya terlepas dari tangan Halimatun dan terjatuh ke lantai.
"Allah!" Halimatun menyebut nama Allah tanpa beliau sedari terlepas daripada mulutnya.
"Apa?" kata Raja Yarmuz dalam nada suara yang tinggi dan keras apabila mendengar Halimatun menyebut kalimah Allah itu.
"Kamu menyebut nama Tuhan orang Islam. Maka adakah ini bermakna kamu juga sudah memeluk agama Islam," tanya Raja Yarmuz kepada Halimatun.
Halimatun serba salah untuk menjawab dan Raja Yarmuz yang dapat melihat keadaan Halimatun yang mencurigakan itu.
Apabila didesak beberapa kali, Halimatun akhirnya mengaku sudah memeluk Islam.
"Patik sekarang menyembah Allah. Tuhan semesta alam," ucap Halimatun dengan yakin.
"Beta mahu kamu meninggalkan agama Islam dan mengaku beta sebenarnya tuhan kamu.
"Sekiranya kamu ingkar perintah beta, kamu akan dijatuhi hukuman berat," ugut Raja Yarmuz yang begitu murka mendengar pengakuan Halimatun itu.
"Patik sama sekali tidak akan tunduk pada perintah tuanku. Patik sanggup menerima hukuman tuanku!," kata Halimatun yang enggan menurut perintah Raja Yarmuz walaupun tahu hukuman berat menantinya.
"Pengawal! Kamu tangkap wanita ini dan humbankan dia ke dalam kandang singa. Biar dia menjadi makanan singa-singa yang kelaparan itu," perintah Raja Yarmuz itu tentu sahaja turut mengejutkan kawan-kawan Halimatun yang lain.
Halimatun hanya kelihatan tenang sahaja apabila pengawal istana menangkapnya. Perintah Raja Yarmuz dilaksanakan dengan segera. Halimatun dimasukkan terlebih dahulu ke dalam kandang singa sebelum singa-singa peliharaan Raja Yarmuz dilepaskan ke dalam kandang.
Singa-singa yang masuk ke dalam kandang itu kelihatan begitu garang dan tidak menunggu kecuali mahu menerkam dan menyiat-nyiat Halimatun yang hanya mampu berdiri di sudut kandang.
Halimatun sebenarnya ketakutan namun beliau teringat kepada Allah Yang Maha Mengasihani makhluk-makhlukNYA yang dizalimi.
"Ya Allah! Sekiranya Engkau Maha Berkuasa berikanlah perlindungan mu ke atas diriku ini," doa Halimatun dengan penuh takwa.
Singa-singa itu tentu sahaja dapat menghidu bau manusia lalu tanpa menunggu barang sesaat haiwan ganas itu hendak mematahkan tengkuk Halimatun yang masih menggeletar ketakutan namun mulutnya tidak henti-henti menyebut nama Allah.
Ditakdirkan, haiwan yang asalnya begitu garang, rakus dan begitu ganas secara tiba-tiba tunduk terhadap Halimatun. Haiwan itu seolah-olah memberi penghormatan kepada wanita ini dengan izin Allah. Halimatun terus menadahkan tangan tanda bersyukur kepada Allah kerana melindunginya dari menjadi mangsa haiwan liar itu.
Kejadian itu cukup menghairankan Raja Yarmuz.
"Mengapa singa-singa beta tidak membaham dan mengoyak tubuh wanita tua itu? Apa yang sudah berlaku? Lebih menghairankan mengapa singa-singa itu kemudiannya tunduk dan hormat pada Halimatun?," kata Raja Yarmuz.
"Mungkin dia mendapat pertolongan dari Tuhannya," sambung Raja Yarmuz kepada pembesarnya.
"Mungkin juga Tuanku!," mereka yang lain setuju dengan pendapat Raja Yarmuz itu.
"Halimatun harus dikeluarkan dari negara ini. Sekiranya orang ramai tahu tentang kehebatan Halimatun menundukkan singa-singa beta, mungkin ramai akan memeluk Islam," kata Raja Yarmuz.
"Ini merupakan ancaman kepada tuanku!," sahut salah seorang pembesar kepada Raja Yarmuz yang masih bingung memikirkan mengenai Halimatun.
Akhirnya Halimatun dihalau keluar dari negeri itu tanpa belas kasihan oleh Raja Yarmuz.
Demikian kisah yang mengambarkan betapa kuatnya keyakinan sang hamba kepada rabbnya..hanya menyebut nama Allah..haiwan yang ganas seperti singa itu boleh tunduk dengan sekelip mata..
wallahua'lam
Monday, June 29, 2009
Haram @najis..??

Seorang muslim tidak diperbolehkan untuk memelihara anjing, kecuali jika anjing tersebut digunakan untuk berburu atau pun menjadi anjing penjaga, dengan syarat anjing tersebut tidak diperbolehkan untuk masuk ke dalam rumah. Paling tidak ada 3 sebab utama yang perlu dipertimbangkan bila seseorang ingin memelihara anjing. Rumah Yang Ada Anjingnya Tidak Dimasuki Malaikat Rasulullah SAW melarang kita memasang gambar bernyawa di dalam rumah serta dilarang memelihara anjing.
Kerana rumah yang ada gambar bernyawa dan anjingnya, malaikat Rahman tidak akan masuk ke dalamnya. Sebaliknya, jin dan syaitan sangat suka tempat-tempat tersebut.
Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang memelihara anjing selain anjing untu memburu atau anjing penjaga, maka setiap hari pahala orang tersebut akan dikurangi sebanyak 2 qiroth? (HR. Muslim 3/1201 No. 1574)
Dari Aisyah Ra ia berkata: Rasulullah SAW pernah berjanji dengan Jibril bahawa pada suatu waktu Jibril akan datang pada beliau, kemudian tibalah waktu tersebut tetapi Jibril belum datang juga dan pada waktu itu beliau sedang memegang tongkat lalu beliau melemparkannya, beliau pun berkata: Allah tidak akan menyalahi janji-Nya demikian pula utusan-Nya. Kemudian beliau melihat ada seekor anjing di bawah tempat tidur, beliau pun bertanya: ?Wahai Aisyah! bila anjing ini masuk ke sini? Aisyah menjawab: ?Demi Allah, aku tidak mengetahuinya? kemudian Rasulullah SAW memerintahkan untuk mengeluarkan anjing tersebut. Tak lama kemudian Jibril pun datng, lalu Rasulullah SAW bertanya: ?Engkau berjanji padaku lalu aku menunggumu tapi engkau tidak datang? Jibril menjawab: ?Ada anjing di rumahmu yang menghalangiku, kerana kami tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing ataupun gambar-gambar?(HR. Muslim 3/1664 No. 2014)
Kedua hadis di atas dan hadis-hadis yang lainnya boleh dijadikan rujukan tentang larangan untuk memelihara anjing bagi seorang muslim kecuali anjing yang digunakan untuk berburu dan anjing penjaga sebagaimana dikemukakan di atas. 2
.
Anjing dilarang dalam jual-beli
Diriwayatkan oleh Aun bin Abi Juhaifa,"Ayahku membeli budak yang kerjanya membekam. Ayahku kemudian memusnahkan alat bekam itu. Aku bertanya kepada ayah mengapa beliau melakukannya. Beliau menjawab bahawa Rasulullah SAW melarang untuk menerima wang dari pertukaran darah, anjing dan kasab budak perempuan. Beliau juga melaknat penatu dan yang minta ditatu, menerima dan memberi riba serta melaknat pembuat gambar." (Hadis diriwayatkan Bukhori dalam shahihnya no 2084 Bab Al-Buyu`) 3.
Risiko Najis Anjing : Para ulama berbeza pendapat tentang najisnya anjing dalam hukumnya. Secara ringkas kami boleh kami sebutkan sebagai berikut :
a. Madzhab Hanafi Mereka berpendapat bahawa anjing secara zatnya adalah mahluk yang suci. Madzhab Hanafi berpendapat yang najis hanya air liur di sekitar mulut dan hidungnya dan juga kotorannya.
b. Madzhab Maliki Madzhab Maliki lebih ringan lagi. Menurut mazhab ini yang merupakan najis dari anjing hanya kotorannya sebagaimana binatang lain.
c. Madzhab Syafi'e dan Hambali Adapun Madzhab Syafi'e dan Hambali berpendapat bahawa anjing adalah binatang najis secara keseluruhannya.
Pendapat yang kuat adalah pendapat Madzhab Hanafi, sesuai dalil ayat dan hadits berikut: Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?" Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas (anjing) yang telah kamu ajar dengan melatihnya untuk berburu, kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu, Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepasnya). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya" (QS Al-Maa-idah
4) Najisnya tergolong najis mughallazhah atau najis yang berat,kerana itu tidak cukup menyucikannya hanya dengan air saja, tapi harus tujuh kali dan salah satunya dengan tanah. Hal ini sesuai dengan petunjuk langsung dari Rasulullah SAW terhadap masalah najis anjing.
Sabda Rasulullah SAW : "Penyucian bekas seorang diantara kamu, jika terkena hirupan anjing adalah dicuci tujuh kali salah satunya dengan tanah" (HR Muslim).
"Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda:" Jika anjing menjilat pada bekas seorang darimu maka buanglah (airnya) kemudian cucilah tujuh kali" (HR Muslim).
Hadis ini menguatkan pendapat Madzhab Hanafi bahwa yang najis hanya
air liur di sekitar mulut dan hidung. Dan air yang kena jilatan anjing, maka menjadi najis oleh karena itu Rasulullah saw. menyuruh membuangnya.
Namun bila anjing itu untuk berburu, maka ada kemudahan untuk memeliharanya. Juga bila untuk menjaga rumah dari pencuri. Namun anjing itu tidak boleh masuk ke dalam rumah atau menjadi haiwan yang dibiarkan keluar masuk rumah. Apalagi sampai tidur dengan anjing.
wallahu a'lam
