Isteri adalah insan yang lemah. Dia sentiasa mengharapkan pimpinan
dan tunjuk ajar dari seorang suami yang dicintai. Tanpa bimbingan
seorang suami, dia tidak mampu mendayung bantera rumahtangga ke arah
matlamat yang hak.
Pasti akan berlaku ketidakhaluan yang akhirnya membawa tragedi.
Sayugianya dalam usaha melayakkan diri sebagai isteri solehah para
suami yang arif perlu berganding bahu serta prihatin di dalam soal
ini. Isteri tidak akan jadi insan solehah, kalau si suami tidak
soleh. Si isteri juga tidak akan taat dan patuh kepada perintah Allah
S.W.T. jika si suami demikian juga.
Oleh kerana itulah si suami yang bijaksana perlu berusaha mendidik
dan membimbing isterinya ke arah taqwa.
Allah bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidak
terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak
mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini
dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran
serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan
menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Firman Allah yang
bermaksud ; "Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita,
oleh Karena Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas
sebahagian yang lain (wanita), dan Karena mereka (laki-laki) Telah
menafkahkan sebahagian dari harta mereka."
Surah An-Nisaa' : 34
Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat
menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah
dan ragam isteri makhluk yang kuat perasaannya.
Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah mahkluk akal manakala
wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik
dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi
wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikiran. Kalau
umpamanya isteri sedang berduka, sang suami perlu merancang untuk
mewujudkan perasan gembira di dada sang isteri. Di sinilah perlunya
strategi dalam mendidik isteri.
Nafsu
Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembila nafsu dan akal
berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu
yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang
menyebabkan seseorang itu tidak sabar, mudah prasangka, pemarah,
pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendek
kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada
wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada
diri wanita wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja
pertimbangan akal. Atas dasar inilah wanita mesti dipandu atau
dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut
perasaan semata-mata.
Sembilan nafsu yang ada pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan
pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan
ilmu dan syariat. Mahu tidak mahu suami terpaksa belajar sedikit
sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta
memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulah nanti dapat menggunakan
kebijaksanaan dalam mendidi isteri sekalipun adakalanya menghadapi
ragam isteri yang mencabar kesabarannya.
Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya
mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan
menyebabkan suami menurut sahaja kemahuan isteri sehingga isteri
besar kepala. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan
suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan
boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu
akan hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu
persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu
diusahakan melalui latihan berpandukan ilmu tasauf.
Contohnya bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat
dilihat pada satu kisah seorang perempuan tuan yang suka menggangu
Rasulullah s.a.w. Tatkala Rasulullah lalu disebelah rumahnya, dia
akan membaling sampah kepada Rasulullah. Adakalanya dia menaburkan
duri dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang dilalui oleh
Rasulullah. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Rasulullah
lalu sebelah rumahnya. Tetapi sedikitpun tidak dipedulikan oleh
Baginda Rasulullah.
Suatu hari Rasulullah merasa pelik keran perempuan tua itu tidak
menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun
dengan sampah yang dibalingnya. Apabila pulang dari masjid, baginda
bertanya khabar jiran perempuan tersebut, rupa-rupanya perempuan itu
sakit. Lalu bagindan naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah.
Rasulullah bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk
perampuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat
akhlak Rasulullah s.a.w. yang sanggup menziarahinya dan membantunya
tatkala dia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar Rasulullah
menghadapi karenah perempuan tua itu menyebabkan terbuka hatinya
untuk memeluk Islam.
Pada masa yang lain, pernah Rasulullah melintas sekumpulan kaum
perempuan, lalu baginda memberi salam. Tetapi tiada siapa pun yang
menjawab salam baginda. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga
kali Rasulullah memberi salam, barulah mereka menjawab sala baginda.
Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan
kedua mereka menjawab ; "Kami sengaja mahu Rasulullah mendoakan untuk
kami."
Begitu Rasulullah mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran
baginda rasanya tercabar, tetapi Rasulullah masih dapat menunjukkan
akhlak yang paling baik.
Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek
akalnya, lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya
perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kaum
lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang
sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu lelaki mesti bersedia untuk
mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun
mengambil masa yang panjang.
Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa dengan Rasulullah dan
bertanyakan tentang mandi hadas. Rasulullah menjawab ; "Ambillah
sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwudhuk
dengannya." Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami
keterangan Rasulullah. Lantas dia mengulangi lagi
pertanyaannya. "Bagaimana saya hendak berwudhuk dengan itu?"Sekali
lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang
bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah meminta Siti Aishah
supaya menerangkan kepada perempuan itu. Maka Siti Aishah pun
berkata ; "Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat
darh. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti."
Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasai dari Aishah
Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri
bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia
lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah
mempunyai ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin.
Ego
Ada waktu-waktu yang tertentu apabila suami bersama isteri dia
hendaklah merendahkan sifat egonya. Seperti mana yang dibuat oleh
Rasulullah dinikahi dengan Siti Aishah, umur baginda 55 tahun
manakala Siti Aishah berusia enam tahun dan mereka bersama tatkala
Siti Aishah berusia sembilan tahun. Semasa melayan Siti Aishah, ada
masanya Rasulullah berlagak seperti kawan sepermainan. Siti Aishah
diajak berlumba lari. Kadang-kadang Siti Aishah menang dan ada
kalanya Rasulullah menang dalam perlumbaan tersebut. Bermakna sewaktu
bersama isteri adakalanya Rasulullah melayan kehendak isterinya tanpa
menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati
oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu suami
mesti pandai memikat hati isteri asalkan tidak sampai terlalai hingga
menurut saja segala kemahuan isteri. Di sinilah perlunya ketegasan
seorang suami. Tegas dalam syariat dan tegas dalam perjuangan. Tegas
tidak pula bermakna kasar atau garang, cuma jangan sampai kerana
hendak melayan kehendak isteri, syariat dan perjuangan terpaksa
diketepikan.
Sebagai orang yang ditua-tuakan dalam sesebuah rumahtangga, suami
berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran
isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut
perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu emosinya juga
terikut sama. Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil
akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagi jika kesalahan itu dianggap
besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami. Memang satu
sifat yang agak sukar untuk dikawal ialah tatkala dia sedang marah.
Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu
kebanyakan nama ribu diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan
Lydia, Ariel, dan Angela).
Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang
sedang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dulu sampai
kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya
setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan
prasangka isteri. Mengapa perlu diamkan saja orang yang sedang
mengamuk? Kerana tatkala sedang marah, syaitan sengaja meluap-luap
perasaan marahnya. Kalau dijawab bererti kita sengaja mencari pasal
kerana berlawan dengan syaitan. Maka lebih baik didiamkan sahaja
sehingga perasaan marahnya kendur. Ada kalanya demi keharminian
rumahtangga, ada perkara-perkara tertentu yang tidak sepatutnya
diketahui oleh isteri. Kalau perlu disembunyikan dari pengetahuan
isteri, sembunyikan sungguh-sungguh. Ini bukanlah mengalakkan suami
mengambil kesempatan melakukan perkara yang sumbang dan berbuat dosa
di belakang isteri. Tetapi jika perkara yang disembunyikan itu tidak
bertentangan dengan syariat, memang ada baiknya disembunyikan.
Mungkin ia berhubung dengan suatu perkara yang isteri sukar untuk
memahaminya.
Berjanji
Hal ini pernah berlaku dalam rumahtangga Rasulullah s.a.w. Suatu hari
isteri-isteri datang menemui baginda dan Siti Aishah, yang mewakili
mereka semua bertanya ; "Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri
Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayang?" Rasulullah
tersenyum mendengar pertanyaan itu. Rasulullah tidak terus menjawab.
Bahkan baginda menyuruh ke semua isterinya pulang dahulu dan berjanji
akan memberikan jawapannya kemudian.
Bagaimana harus dijawab kalau anda ditanya begitu oleh isteri-isteri
saudara? Memang tidak dinafikan perasaan kasih sayang itu tidak boleh
diberi sama adil. Ini diakui oleh Allah. Tetapi suami mestilah pandai
memainkan peranannya supaya jangan ada di kalangan isteri-isteri yang
tersinggung perasaannya kerana mengetahui suaminya lebih sayang
kepada isteri yang lain.
Berbalik kita kepada kisah tadi, maka seperti biasa Rasulullah
mendatangi isteri-isterinya mengikut giliran masing-masing.
Rasulullah sedikit pun tidak menyebut mengenai persoalan yang
dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan isterinya,
setiap seorang baginda hadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan
agar mereka tidak memberitahu isteri-isterinya yang lain. Pada hari
yang telah ditetapkan, Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya
berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang
dikemukakan.
Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapakah
di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah. Ada yang
terasa pasti jawapannya Siti Aishah kerana beliaulah yang termuda di
antara mereka. Tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, baginda pun
berkata ; "Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberikan
cincin kepadanya." Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana
setiap seorang menyangka dia sahaja yang menerima cincin tersebut.
Begitulah sepatutnya tindakan suami, pandai menyelesaikan kekusutan
fikiran isteri.
Berleter
Satu perkara lagi biasanya kaum perempuan suka berleter. Suami yang
bijak akan berdiam diri dan tidak menjawab leteran isteri. Ini buka
bermakna suami mengalah, tetapi sebagai satu strategi. Ibarat orang
sedang sakit gigi. Gigi yang sakit jangan terus dicabut kerana akan
bertambah sakitnya. Hendaklah tunggu sehingga sakitnya berkurangan
barulah dicabut. Maknanya isteri yang sedang berleter, jangan
dinasihati. Hendaklah ditunggu keadaannya menjadi kendur barulah
boleh dinasihati. Dan nasihat itu mestilah kena pada tempatnya. Maka
barulah diterima dan dirasakan seperti kepala yang disiram embun pagi
pada kala panas terik. Rasulullah tidak menjawab sepatah pun. Baginda
memberi peluang kepada perempuan tersebut meluahkan ketidakpuasan
hatinya. Apabila kesemuanya telah diluahkan, barulah baginda memberi
penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.
Tidak semua suami memiliki isteri yang banyak kerenah. Beruntunglah
suami yang memiliki isteri yang sikapnya terlalu pengasih terhadap
suami dan anak-anak. Perempuan begini rela mengorbankan seluruh jiwa
dan raganya untuk kebahagiaan suami dan anak-anak. Dia akan bersikap
sebagai penghibur, penyayanng, pendorong dan pembantu kepada
perjuangan suami. Isteri begini bukan sahaja tidak membebankan suami
dengan masalah-masalahnya bahkan dia akan berusaha untuk
menyelesaikan masalah suaminya. Sabda Rasulullah yang
bermaksud ; "Barangsiapa memiliki isteri yang solehah, maka
sesungguhnya ia telah memilki separuh dari agamanya."
Rasulullah juga bersabda yang bermaksud ; "Dunia adalah hiasa dan
hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah."
Apabila wanita dapat dididik dengan betul, maka ia dapat memberi
kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak
generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita
yang solehah akan mebahagiakan seluruh isi alam.
Sunday, August 17, 2008
istilah suami yang sebenar....
Sunday, August 10, 2008
MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN
Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."
Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."
Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)