Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada …ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.
Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju..
kredit: yahoo group
Monday, August 17, 2009
Nasib si ketam melayu...
Friday, August 14, 2009
Di manakan ku cari ganti..serupa denganmu..
siapa yang tak kenal dengan kumpulan nasyid rabbani yang cukup gah di Tanahair kita..sebut saja nama kumpulan ini semuanya pasti tahu..dari budak tadika hinggalah orang tua ..anugerah demi anugerah kerap di gondoli kumpulan ini setiap tahun bila mana genre nasyid di pertandingkan dipersada muzik tanahair..ini tak bermakna bukan tiada kumpulan nasyid lain yang wujud bahkan sudah ramai kumpulan nasyid lain yang tumbuh bak cendawan selepas hujan seperti Raihan,Far-east,Saujana,Unic, Mirwana dan lain -lain namun ajal maut di tangan tuhan...
Pada hari khamis (13/8/2009/22 syaaban 1430H) kita telah di kejutkan dengan pemergian seorang pejuang agama yang telah lama bertatih dalam bidang seni genre nasyid iaitu ustaz Asri Ibrahim@ustaz Asri rabbani.Pemergian ini tidak di jangkakan sama sekali kerana tiada tanda2 yang beliau tunjukkan saat2 menghadapi sakaratul maut,tetapi itulah namanya takdir yang hidup pasti akan mati,tidak di lewatkan @di awalkan sikit saat malaikat izrail datang mencabut roh dari jasad hambaNYA..di harap ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini dengan sabar,setiap yang berlaku ada hikmahnya dan moga2 roh beliau di limpahi rahmat dan di letakkan bersama golongan ahli jannatula'la..biiznillah
kepada sesiapa yang mengenali Allahyarham harap sudi menyedekahkan Al fatihah buat Allahyarham..
Wednesday, August 5, 2009
Salamatus sadri..
Biasanya pasangan hidup adalah berasal daripada kenalan. Mereka yang selalu menghadapi masalah dalam menemui pasangan hidup selalunya tidak mempunyai ramai kenalan. Terdapat teknik-teknik khusus yang boleh diamalkan untuk menjadikan diri lebih disayangi. Bukan dikenali atau glamour, tetapi disayangi oleh orang sekeliling. Di dalam artikel ini, dibincangkan teknik pertama - Jangan Cari Kesalahan Orang Lain
Bayangkan diri anda apabila ditahan oleh seorang anggota polis trafik kerana satu kesalahan jalanraya yang anda lakukan. Anda kemudiannya disaman. Perasaan pertama yang mungkin timbul di dalam hati anda adalah perasaan marah kepada anggota polis trafik tersebut. Namun, dari kaca mata anggota polis itu, beliau hanya menjalankan tugas kerana anda telah melanggar peraturan. Namun, beliau tidak anda senangi.
Situasi kedua adalah apabila anda duduk di satu majlis, di sebelah orang tidak anda kenali. Mungkin di satu ceramah motivasi atau seminar atau pertunjukkan amal, kemudiannya individu tersebut mula mengkritik itu dan ini, mencari kesalahan dan kecacatan majlis tersebut. Apakah perasaan anda terhadap individu begini ? Adakah anda menyenangi orang seperti ini? Namun, pada persepsi beliau, beliau hanya ingin memberi komen membina.
Mungkin untuk sesetengah orang mereka dapat menerima kehadiran kedua-dua individu seperti di atas (si polis trafik yang menyaman dan seorang yang suka mengkritik), namun untuk kebanyakkan orang, kehadiran orang seperti ini mungkin mengganggu ketenangan.
Di dalam meramaikan kenalan dan membuat diri supaya disenangi, kita harus kurang mencari kesalahan orang lain. Bayangkan jika polis trafik berkenaan hanya menahan dan menasihati anda tentang kesalahan anda. Adakah anda masih marah padanya? Dan bayangkan jika orang yang duduk di sebelah anda itu berdiam diri atau memuji keadaan majlis yang memang nyata serba kekurangan itu. Bukankah hidup anda lebih senang.
Anda mungkin mengingati kebaikkan mereka dan menjadikan mereka sahabat anda. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hujuraat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. ”
Abu Hurairah r.a. ada melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Janganlah kamu mencari dan menyelidiki kesalahan orang lain” {Riwayat Bukhari & Muslim} Kita mungkin ikhlas mengkritik atau memperbetulkan kesalahan yang kita nampak. Tiada manusia normal yang terus-menerus ingin melakukan kesalahan apabila menyedari perkara itu adalah salah .. setelah diberitahu. Hanya pendekatan kita yang selalu mengundang kebencian dan menjauhkan kenalan. Teknik menegur kesalahan akan dibincangkan kemudian. Menegur dengan betul akan membuat kita lebih disayangi dan disegani.
Namun untuk setakat ini, latihlah diri menjadi seorang yang positif. Teliti kebaikkan yang ada pada diri orang lain. Sentiasa melihat sesuatu keadaan dari sudut yang positif. Kurangkan mengkritik dan lebihkan bersyukur dengan apa yang ada. Jangan cari salah, tetapi cari kebaikkan. Kita akan disayangi. Ramai yang akan menjadikan diri anda kenalan baik mereka. Dalam ramai-ramai kenalan yang ada, mungkin salah seorang adalah teman hidup kita.
Biiznillah.