Sunday, June 7, 2009

Makan pe Tu...


MANUSIA perlu makan secukupnya bagi membina kecergasan tubuh badan tetapi tidak digalakkan berlebihan. Ulama dahulu ada mengatakan, makan secara berlebihan akan menimbulkan enam akibat buruk, iaitu:

Menghilangkan rasa takut hati kepada Allah.

Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana individu terbabit selalu beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.

Berat untuk melakukan ketaatan.

Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan menjadi berat dan sukar untuk bergerak.


Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat.

Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati.
Menimbulkan banyak penyakit. Kata Lukman al-Hakim: "Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat."




1 comment:

Park Chick said...

hidup bukan utk makan...
makan bukan untuk hidup...
makan kerana Rasul makan...
makan cara Rasul makan...

pck-jadikan mkn sebagai ibadat