Thursday, June 11, 2009

Indahnya kubur itu........



hakikatnya manusia itu akan kembali kepada Rabbnya.tiada petanda ,petunjuk dan 'alarm' yang akan Allah berikan kepada manusia itu bila tarikh sekian-sekian dia akan di 'jemput' .

Bila tiba waktu dan saatnya maka tiba la masanya dia 'pergi'.pemergian itu tidak lah diawalkan dan tidak lah dicepatkan.maka kita bersedia lah akan keadaan itu nanti samada selepas ini,malam ini,lepas dan semasa tidur@waktu subuh.Allah saja yang tahu


Lihat lah kubur di atas ini, cantik bukan?di sini lah destinasi kita yang terakhir nanti..banyak yang dihiasi marmar yang berwarna-warni dan bersinar-sinar..siap dengan bunga-bungaan lagi.


Seolah-olah di tanah perkuburan ini ada pesta pertandingan kubur tercantik.setiap kali ada yang meninggal pasti kubur itu di hias ala istana..barang kali sebagai penghormatan dan penghargaan kepada si mati ..tuhan tidak akan menilai@mengira secantik mana kuburmu dan sebesar mana nisan mu..yang tuhan lihat adalah amalanmu dan imanmu itu.


Islam sendiri sudah menjelaskan tentang larangan ini:

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya." (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata'ala.


Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,
"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang." (Hadith Riwayat Imam Muslim) wallahua'alam

1 comment:

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

salam....ini uruf yang semakin menjadi2...terutamanya di malaysia...kubur cik saya tak terkecuali....