MIMPI dialami semua orang. Bezanya ada yang mengalami mimpi baik dan buruk. Mimpi buruk kadangkala menghantui hidup seseorang, lebih-lebih lagi ia menggambarkan keadaan yang mengerikan dan menakutkan.
Justeru, bagi seseorang yang bermimpi buruk, hendaklah bertindak seperti berikut:
Meludah ke kirinya tiga kali.
Meminta pertolongan kepada Allah daripada godaan syaitan dan mimpinya yang dahsyat, tiga kali.
Membalikkan tubuh (mengubah kedudukan).
Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
Mengambil wuduk dan bersolat, sekiranya mahu.
Berhubung dengan mimpi, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Mimpi yang baik adalah daripada Allah, sedang mimpi (buruk) adalah daripada syaitan. Apabila seseorang antara kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang mendengarnya. " (Hadis Riwayat Muslim)
ps: jangan lupa basuh kaki sebelum tidur..hehe
Persekolahan dan Peperiksaan: Kawan Atau Lawan?
15 hours ago
2 comments:
kalo mimpi baik, doa moga Allah kabulkan
kalo mimpi buruk, doa moga Allah jauhkan
kalo mimpi basah, cepat2 pergi mandi
pck-minat lagu cermin mimpi nyanyian m.nasir
mimpi anugerah Allah...mimpi orang soleh adalah dari Allah...mimpi orang biasa mainan tidur?emm...
Post a Comment