Monday, July 14, 2008

wahai zulaikha...

NABI YUSUF mempunyai kecantikan yang luar biasa. Kecantikannya disertai dengan keperibadian yang mulia menambahkan kehebatannya. Dalam pada itu, tidak sedikitpun dia berbangga dengan kecantikan anugerah Allah itu.
Ujian paling yang hebat melanda hidupnya ialah ketika Zulaikha, bonda angkatnya sendiri, telah jatuh cinta kepadanya dan cuba menggodanya.
Apakah kurangnya Zulaikha, walaupun usianya jauh berbeza dari Yusuf tapi masih rupawan. Tetapi oleh kerana Nabi Yusuf sentiasa ingat akan Allah maka tertolaklah bujukan nafsu Zulaikha yang sedang bergolak. Lalu Zulaikha menyuruh suaminya Aziz memenjarakan Yusuf supaya terbalas dendamnya.
Namun begitu, Zulaikha tetap ingat dan merindui Yusuf, sehingga dirinya hilang pertimbangan. Dia menjadi separuh gila sehingga Aziz terpaksa menceraikannya. Begitu hebat penderitaannya; mulutnya sentiasa menyebut-nyebut nama Yusuf.
Setelah hampir 12 tahun Nabi Yusuf dipenjarakan, beliau akhirnya diangkat menjadi raja kerana mukjizatnya yang boleh menafsirkan mimpi.
Satu ketika, sewaktu Nabi Yusuf berjalan di padang pasir, beliau terpandangan seorang perempuan yang kelihatan tidak siuman sedang menyebut-nyebut namanya.
“Engkaukah Zulaikha?” kata Nabi Yusuf kehairanan. Zulaikha terkejut lalu menangis kerana mengenangkan dosanya kepada Nabi Yusuf.
Atas kehendak Allah yang kasih kepada makhluk-Nya, Zulaikha dipulihkan. Wajahnya kembali muda dan bertambah cantik. Akhirnya Nabi Yusuf berkahwin dengan Zulaikha.
Ternyata Zulaikha bukanlah Zulaikha dulu, yang sering merindui Yusuf. Lantaran insaf akan dosa-dosanya dan bagi memperlihatkan kesyukurannya kepada Allah, Zulaikha telah berubah menjadi wanita solehah yang sentiasa beribadah kepada Allah. Sehari-harian dia bermunajat kepada Allah.
Masanya hanya untuk Allah, bukan untuk yang lain sekalipun suaminya Yusuf. Nabi Yusuf pun menegurnya supaya kembali kepada peranannya sebagai isteri.
“Wahai Zulaikha, sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku mengahwini engkau kerana darinya engkau akan melahirkan dua orang putera dan Allah akan jadikan mereka nabi dari keturunanku.”
Dengan rendah hati, Zulaikha pun berkata, “Wahai Yusuf, kalaulah Allah perintahkan engkau kerana itu dan aku sebagai jalan perantaraannya, dan kalau dengan mengikut kata-katamu itu juga dikira sebagai taat kepada Allah, maka aku akan taat dan patuh padamu.”
Hiduplah mereka sebagai suami isteri yang aman bahagia. Begitu hebatnya pengabdian mereka. Di samping cantik tubuh lahir, juga cantik rohaniahnya sehingga meninggalkan sejarah yang indah untuk tatapan zaman.

1 comment:

bdk baik said...

salam..
seronok bile dengar kisah2 mcm ni.. kisah2 yg ade teladan.. dalam al quran pon byk cerita2 pengajaran..kisah nabi yusuf ni boleh kita baca dalam surah yusuf.. moga kita semua mengambil i'brah drpdnya..