Thursday, September 24, 2009

Rugi tak buat..


LONDON: Kolo Toure kelihatan letih pada minit-minit akhir permainan dalam pertarungan antara dua kelab berjiran, Manchester, kerana berpuasa.

Pemain itu enggan membatalkan puasanya menjelang perlawanan di Old Trafford Ahad lalu.

City tewas 3-4 dalam perlawanan sengit itu.

Sungguhpun berpuasa, Toure telah bermain dalam semua perlawanan untuk City sepanjang Ramadan yang baru berlalu dan kakitangan kejurulatihan City tidak mengenakan sebarang tekanan ke atas kapten kelabnya itu supaya tidak berpuasa.

Minggu lalu, Toure menegaskan kurang makanan dan air sepanjang puasa tidak menjejas persembahannya.

Beliau berkata: 'Ia tidak menjejas fizikal saya. Malah, ia membuat saya lebih kuat. Anda boleh melakukannya apabila anda yakin dalam melaksanakan sesuatu.


MENURUT Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Wan Abdul Fatah Wan Ismail, ibadat puasa mengandungi fadilat yang amat besar tanpa mengira sama ada ia wajib ataupun sunat.

Kenyataan ini, di sandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis Qudsi riwayat Imam Bukhari bermaksud: Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.

"Hakikatnya, hadis ini menyebut secara umum, tanpa mengira puasa itu sunat ataupun wajib. Di antara fadilat paling besar yang terdapat di dalam puasa enam dan puasa yang lain, iaitu Allah s.w.t. menjauhkan orang yang melakukannya daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.

"Sabda Rasululullah s.a.w. dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim bermaksud: Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t., nescaya akan Allah menjauhkannya daripadanya api neraka sejauh tujuh puluh tahun.

"Maka jelaslah di sini, dengan berpuasa kita akan dapat menyelamatkan diri daripada azab Allah s.w.t., walaupun ia hanya puasa sunat," kata Wan Abdul Fatah sewaktu ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Tambah beliau, mereka yang melaksanakan puasa enam juga akan diberi ganjaran seperti berpuasa setahun. Ini dijelaskan di dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, diikuti enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya seperti ia berpuasa selama setahun genap.

Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil daripada sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang riwayat Imam an-Nasai bermaksud: "Berpuasa pada bulan Ramadan seolah-olah berpuasa selama sepuluh bulan dan puasa enam pada bulan syawal seperti berpuasa dua bulan."

Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari pada bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.

Selain itu kata beliau, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita pada bulan Ramadan ini kita teruskan juga pada bulan Syawal, walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana terpaksa atau kewajipan semata-mata tetapi kita melakukannya kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada Tuhannya. Semuanya bertujuan membersihkan diri dan menundukkan hawa nafsu.

Malah dari sudut kesihatan, terang Wan Abdul Fatah lagi, pada bulan Ramadan sistem pencernaan kita berehat selama sebulan pada siang hari, iaitu tanpa menerima sebarang makanan ataupun minuman.

Kedatangan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah lagi amalan masyarakat kita suka mengadakan rumah terbuka.

"Oleh itu, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.



Ramadhan dah berakhir, apakata kita mulakan puasa 6 syawal....!!!

Saturday, September 19, 2009

Salam Eid mubarak


Tiba raya semua tersenyum
Selain cuti panjang nak rehatkan diri
Sekadar nak tahu baju raya dah ambil ke belum
Bila raya ngalahkan anak sendiri


Baju raya berwarna kuning
Sekali pakai nampak berseri
Elakkan makan pulut takut pening
Kambing pun perlu dijauhi


Nak makan rendang dan jugak ketupat
Sambil tu dok sumbat lemang
Kunjung-mengunjung tak kira tempat
Ramai-ramai bersalaman tangan


Harumnya katsui macam wangian
Buat sapuan seluruh badan
Dengan harapan ada keberkatan
Buat sekalian diperantauan
Salam aidilfitri tanda ingatan
Maaf zahir batin sentiasa diucapkan
Awal Syawal hari kemenangan
Umat Islam saling berkunjungan
Tahmid bertakbir erti ketenangan
Bagai insan penuh kekurangan
Aidilfitri suatu kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenal erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban
Takbir bergema di hening pagi
Memohon keampunan ke hadrat Ilahi
Kini Syawal menjelang lagi
Ku hulurkan ucapan salam aidilfitri

kullum am wa antum bikhoir....

Sunday, September 6, 2009

Berbuka ikut masanya...

As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ketua persatuan ulamak sedunia telah mengeluarkan fatwa pada hari Ahad lepas mengenai penentuan waktu berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang.
 

Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka, iaitu bukan mengikut negara yang ia berada di atasnya.

 

Mengikut fatwanya, setiap penumpang-penumpang kapal terbang yang ingin berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang mereka bertolak daripadanya dan juga tidak boleh mengikut negara yang ditujukannya dan juga negara yang ia berada atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika hilangnya matahari daripada penglihatan mata lender meraka.
 

  As-Syeikh berkata, sesungguhnya dia dikejutkan ketika sekembalinya beliau daripada Kaherah ke Doha pada awal Ramadhan baru-baru ini dengan pengumuman daripada seorang pilot asing yang bukan islam bahawa sekarang telah masuknya waktu berbuka puasa, dalam waktu yang sama matahari masih terpampang dan siangnya masih jelas. Pengumuman itu berpandukan kepada negara yang berada di bawahnya telah memasuki waktu berbuka.
 


Fadhilatussyeikh telah menceritakan dialognya bersama penumpang-penumpang first class yang duduk bersebelahannya. Syeikh berkata, tidak harus kamu berbuka puasa sebelum terbenamnya matahari, sebenarnya waktu maghrib masih belum masuk, adakah sah kamu solat maghrib pada tika ini? Jawab mereka, tidak!! Maka aku menjawab balik, demikianlah juga berbuka puasa, tidak boleh ia dilakukan sebelum tiba masanya.
 

Aku mengakhirkan kalamku dengan mengatakan bahawa manusia itu setiapkali dia berada ditempat tinggi daripada bumi maka akan lewat matahari itu terbenam. Demikianlah juga orang-orang yang tinggal di bukit-bukau atau ditempat –tempat yang tinggi maka akan lewatlah terbenamnya matahari dari penglihatan mereka berbanding dengan orang-orang yang tinggal berhampirannya di tempat rendah atau tanah berdatar.
 

Akhirnya, Al-Qaradawi telah meminta pesawat Qatar (yang berlaku kejadian ini) dan juga pesawat-pesawat arab lain supaya memperingatkan pilot-pilot supaya berhati-hati dengan perkara ini dan memastikan waktu berbuka puasa betul-betul selepas terbenamnya matahari.

Thursday, September 3, 2009

Tahukah anda????



sedar tidak sedar sudah 13 hari 13 malam kita melalui bulan yang mulia ini.Sehingga hari itu ramai di kalangan kita yang memenuhi masjid dengan solat sunat terawih berjemaah,zikir,membaca al-quran dan bersedekah.Ada juga yang membawa keluarga ke masjid menghadiri kuliah subuh dan maghrib.pendek kata segala di penuhi dengan amaliah dan qauliah.Tidak terkecuali juga yang ponteng puasa,merempit, dan pergi ke kelab-kelab dangdut.namun bukan itu yang saya ingin ceritakan pada anda.berapa ramai di antara kita yang tahu nama-nama lain di sebalik ramadhan???


Di antara nama bulan Ramadan yang maghfirah adalah Syahrul Tarbiyah dan Sharul Jihad. Inilah nama-nama lain bulan Ramadan yang penuh hikmah. Ramadan adalah bulan yang sangat agung yang selalu dinanti dan ditunggu oleh kaum muslimin di seluruh dunia. Ada beberapa hikmah dari bulan Ramadan yang penuh berkat dan maghfirah ini, sesuai dengan nama dari bulan Ramadan itu sendiri. Bulan Ramadan memiliki banyak nama di samping Ramadan itu sendiri, di antaranya ialah:


1. Syahrut-Tarbiyah (Bulan Pendidikan) Kenapa bulan Ramadan disebut dengan Syahrul Tarbiyah/bulan pendidikan, kerana pada bulan ini kita dididik langsung oleh Allah SWT. seperti makan pada waktunya sehingga kesihatan kita terjaga. Atau kita diajarkan supaya boleh mengatur waktu dalam kehidupan kita. bila waktu makan, bila waktu bekerja, bila waktu istirahat dan bila waktu ibadah.


2. Syahrul Jihad dinamakan demikian kerana pada masa Rasulullah peperangan banyak terjadi pada bulan Ramadan dan itu semua dimenangi kaum muslimin. Yang paling penting kita rasakan sekarang adalah kita berjihad melawan hawa nafsu sendiri, sehingga kita tetap bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti seharian kita.


3. Syahrul Quran kerana Alquran pertama sekali diturunkan pada bulan Ramadan dan pada bulan ini sebaiknya kita banyak membaca dan mengkaji kandungan Al quran sehingga kita faham dan mengerti perintah Allah yang terkandung di dalamnya.


4. Syahrul Ukhuwah. Pada bulan ini kita merasakan sekali ukhuwah di antara kaum muslimin terjalin sangat erat dengan selalu berinteraksi di masjid/surau untuk melakukan solat berjemaah. Dan di antara tetangga juga saling menghantar juadah berbuka puasa sehingga di antara kaum muslimin terasa sekali persamaan dan kekitaan kita.


5. Syahrul Ibadah. Bulan Ramadhan disebut juga dengan bulan ibadah kerana pada bulan ini kita banyak sekali melakukan ibadah-ibadah sunat di samping ibadah wajib seperti salat sunat Dhuha, Rawatib dan Terawih ataupun qiyamullail serta tadarus Alquran.


Itulah di antara hikmah dari bulan Ramadan sesuai dengan nama-namanya.

Apa anda fikir sekarang?




BAHAYA MICROWAVE OVEN???.
Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.


Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit. ..nyit... nyit dan tinggg....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.


Cara masak melawan fitrah
Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.


Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan..


Ketuhar pengancam nyawa
Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai
kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia.

Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang
mengancam nyawa!


Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.


Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan.

Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana
keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan
secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. .
Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.


Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang
Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:
1. Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
Kesan makanan gelombang mikro
4 .sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
5. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
6. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca
mengapa pengidap kanser meningkat.
7. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
8. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
9. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
10. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Fikirkan...

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah
terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan?

Fenomenanya split identity (krisis identiti)dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.


Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.
Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!

Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia.

Wednesday, September 2, 2009

Empat punca hidup manusia tidak tenteram



SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.


Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.


Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"


Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!


Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:


# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.


# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.


# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.


# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.


Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.


Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."


Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

Ada sebab DIA buat begitu


Memang Allah sengaja....

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah
bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. . PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.. .....

Tuesday, September 1, 2009

SeMINIT MUHAsabah ramaDHAN..........



Kita sebenarnya.. ..Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..

Kita sebenarnya..
..Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..

Kita sebenarnya..
..Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..

Kita sebenarnya..
..Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..

Kita sebenarnya..
..Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..

Kita sebenarnya..
..Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..

Kita sebenarnya..
..Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.. TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya:

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka..

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

Monday, August 17, 2009

Nasib si ketam melayu...



Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?


Cina: Ada …ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?


Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk
mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam
bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi
tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan
kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?


Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki
ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:


Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang
cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju..

kredit: yahoo group

Friday, August 14, 2009

Di manakan ku cari ganti..serupa denganmu..

siapa yang tak kenal dengan kumpulan nasyid rabbani yang cukup gah di Tanahair kita..sebut saja nama kumpulan ini semuanya pasti tahu..dari budak tadika hinggalah orang tua ..anugerah demi anugerah kerap di gondoli kumpulan ini setiap tahun bila mana genre nasyid di pertandingkan dipersada muzik tanahair..ini tak bermakna bukan tiada kumpulan nasyid lain yang wujud bahkan sudah ramai kumpulan nasyid lain yang tumbuh bak cendawan selepas hujan seperti Raihan,Far-east,Saujana,Unic, Mirwana dan lain -lain namun ajal maut di tangan tuhan...

Pada hari khamis (13/8/2009/22 syaaban 1430H) kita telah di kejutkan dengan pemergian seorang pejuang agama yang telah lama bertatih dalam bidang seni genre nasyid iaitu ustaz Asri Ibrahim@ustaz Asri rabbani.Pemergian ini tidak di jangkakan sama sekali kerana tiada tanda2 yang beliau tunjukkan saat2 menghadapi sakaratul maut,tetapi itulah namanya takdir yang hidup pasti akan mati,tidak di lewatkan @di awalkan sikit saat malaikat izrail datang mencabut roh dari jasad hambaNYA..di harap ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini dengan sabar,setiap yang berlaku ada hikmahnya dan moga2 roh beliau di limpahi rahmat dan di letakkan bersama golongan ahli jannatula'la..biiznillah









kepada sesiapa yang mengenali Allahyarham harap sudi menyedekahkan Al fatihah buat Allahyarham..









Wednesday, August 5, 2009

Salamatus sadri..

Biasanya pasangan hidup adalah berasal daripada kenalan. Mereka yang selalu menghadapi masalah dalam menemui pasangan hidup selalunya tidak mempunyai ramai kenalan. Terdapat teknik-teknik khusus yang boleh diamalkan untuk menjadikan diri lebih disayangi. Bukan dikenali atau glamour, tetapi disayangi oleh orang sekeliling. Di dalam artikel ini, dibincangkan teknik pertama - Jangan Cari Kesalahan Orang Lain


Bayangkan diri anda apabila ditahan oleh seorang anggota polis trafik kerana satu kesalahan jalanraya yang anda lakukan. Anda kemudiannya disaman. Perasaan pertama yang mungkin timbul di dalam hati anda adalah perasaan marah kepada anggota polis trafik tersebut. Namun, dari kaca mata anggota polis itu, beliau hanya menjalankan tugas kerana anda telah melanggar peraturan. Namun, beliau tidak anda senangi.

Situasi kedua adalah apabila anda duduk di satu majlis, di sebelah orang tidak anda kenali. Mungkin di satu ceramah motivasi atau seminar atau pertunjukkan amal, kemudiannya individu tersebut mula mengkritik itu dan ini, mencari kesalahan dan kecacatan majlis tersebut. Apakah perasaan anda terhadap individu begini ? Adakah anda menyenangi orang seperti ini? Namun, pada persepsi beliau, beliau hanya ingin memberi komen membina.

Mungkin untuk sesetengah orang mereka dapat menerima kehadiran kedua-dua individu seperti di atas (si polis trafik yang menyaman dan seorang yang suka mengkritik), namun untuk kebanyakkan orang, kehadiran orang seperti ini mungkin mengganggu ketenangan.


Di dalam mera
maikan kenalan dan membuat diri supaya disenangi, kita harus kurang mencari kesalahan orang lain. Bayangkan jika polis trafik berkenaan hanya menahan dan menasihati anda tentang kesalahan anda. Adakah anda masih marah padanya? Dan bayangkan jika orang yang duduk di sebelah anda itu berdiam diri atau memuji keadaan majlis yang memang nyata serba kekurangan itu. Bukankah hidup anda lebih senang.


Anda mungkin mengingati kebaikkan mereka dan menjadikan mereka sahabat anda.
Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hujuraat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. ”

Abu Hurairah r.a. ada melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Janganlah kamu mencari dan menyelidiki kesalahan orang lain” {Riwayat Bukhari & Muslim}
Kita mungkin ikhlas mengkritik atau memperbetulkan kesalahan yang kita nampak. Tiada manusia normal yang terus-menerus ingin melakukan kesalahan apabila menyedari perkara itu adalah salah .. setelah diberitahu. Hanya pendekatan kita yang selalu mengundang kebencian dan menjauhkan kenalan. Teknik menegur kesalahan akan dibincangkan kemudian. Menegur dengan betul akan membuat kita lebih disayangi dan disegani.

Namun untuk setakat ini, latihlah diri menjadi seorang yang positif. Teliti kebaikkan yang ada pada diri orang lain. Sentiasa melihat sesuatu keadaan dari sudut yang positif. Kurangkan mengkritik dan lebihkan bersyukur dengan apa yang ada. Jangan cari salah, tetapi cari kebaikkan. Kita akan disayangi. Ramai yang akan menjadikan diri anda kenalan baik mereka. Dalam ramai-ramai kenalan yang ada, mungkin salah seorang adalah teman hidup kita.

Biiznillah.

Thursday, July 23, 2009

Hampir serupa..



Setiap agama mempunyai tradisi dan amalan pengkebumiannya dengan cara-cara yang tersendiri. Amalan ini biasanya akan mengikut perkara-perkara yang telah pun diatur dalam sesuatu agama berdasarkan orang-orang terdahulu khususnya masyarakat Islam, Kristian, Yahudi dan Hindu.

Manakala masyarakat Yahudi pula adalah antar
a golongan yang paling hampir kaedah pengkebumiannya dengan masyarakat Islam. Ini kerana, kelompok ini adalah saki-baki pengikut agama Nabi Ibrahim hinggalah kepada Nabi Musa walaupun terdapat beberapa penyelewengan fakta kitab Taurat. Di dalam bahasa Hebrew, amalan pengkebumian disebut sebagai “kevura”. Kumpulan Pengurus Jenazah Masyarakat Yahudi

Setiap penganut
agama Judais yang mati akan diuruskan oleh suatu kumpulan yang digelar Chevra Kadisha. Kumpulan ini bertanggungjawab mengurus segala aspek yang berkaitan dengan pengurusan mayat seperti pembelian kain kafan, tempat letak mayat, keranda, penyediaan ruang kubur, pemandian mayat, pengkafanan dan sebagainya.

Di dalam masyarakat Islam di Malaysia, peranan Chevra Kadisha a
dalah hampir sama dengan peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Khairat Kematian yang biasa terdapat di semua kampung dan daerah. Seperti mana juga di Malaysia, ahli-ahli yang menganggotai pasukan Chevra Kadisha adalah ahli-ahli sukarela dan mereka terdiri dikalangan rabbi-rabbi dan orang-orang tua.

Di Israel, setiap ketua keluarga biasanya akan memberikan bayaran yuran khairat kematian kepada wakil-wakil Chevra Kadisha di tempat masing-masing. Bayaran yuran dikenakan pada kadar tertentu secara tahunan.

Bayaran-bayaran
ini adalah bayaran untuk menguruskan semua bahan-bahan berkaitan upacara pengkebumian si mayat. Sekiranya ahli-ahli keluarga tersebut tidak menjadi ahli atau tidak membayar yuran, mana-mana anggota keluarga lelaki hendaklah mencari sendiri penggali kubur jika ada ahli keluarganya yang mati.


Selain itu, Chevra Kadisha juga berperanan
menguruskan majlis makan untuk tetamu bagi ahli keluarga yang mati. Ketua Rabbi suku Sephardi, Shlomo Amar menziarahi mayat seorang penduduk Israel. Kaedah Pengkebumian Mayat Menurut Agama Judais

Upacara pengkebumian mayat masyarakat Yahudi amat berbeza dengan masyarakat kristian. Mereka amat mementingkan sebarang amalan yang dituntut di dalam Taurat dan amalan-amalan yang telah dilakukan oleh Avraham (Nabi Ibrahim) dan Yaakov (Nabi Yaakob).

Berikut ialah peringkat-peringkat pengkebumian masyarakat Yahudi;

PERINGKAT 1 : R
echitvah dan Taharah (Memandi dan Mewangikan)

Tindakan pertama yang dilakukan oleh Rabbi dari Chevra Kadisha ialah membersihkan seluruh anggota mayat de
ngan memandikannya. Proses memandikan mayat ini dipanggil Rechitvah. Mayat lelaki akan dimandikan oleh orang lelaki dan mayat perempuan dimandikan oleh orang perempuan.

Mayat akan diletak secara terlentang dan air biasa akan dijirus bermula dari kepala hinggalah ke hujung kaki. Sebelum memandikannya, semua barang-barang kemas akan ditanggalkan.



Selepas mandi dan dikeringkan badan mayat, proses seterusnya ialah Taharah (mewangikan maya
t). Semasa proses ini, rabbi akan meletakkan badan mayat dengan wangi-wangian agar bau badan mayat tidak menganggu ahli keluarga dan tetamu yang hadir.

PERINGKAT 2 : Halbashah (Mengkafan)

Selepas dimandi dan diwangikan, mayat akan dikafankan dengan menggunakan baju khas berwarna putih yang dipanggil Tachrichim berserta sehelai selendang bernama tallit. Tallit adalah sejenis selendang yang berwarna putih seakan-akan kain tuala kecil yang panjang.


Selepas proses halbashah, mayat akan diletakkan terus di dalam keranda.




PERINGKAT 3 : Kevura (Pengkebumian)


Selepas mayat dimasukkan ke dalam keranda, ianya akan dibawa ke kawasan perkuburan berdekatan. Di Israel, tanah-tanah perkuburan kebanyakan tidak dibina berdekatan synagogue (kuil Yahudi).

Biasanya individu yang hadir semasa pengkebumian adalah ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang mengenali si mati. Mereka tidak sama-sama meletakkan keranda di dalam lubang kubur kerana ianya dilakukan oleh ahli-ahli Chevra Kadisha.


Selepas pengkebumian, batu nisan atau di dalam bahasa Hebrew dipanggil Matzevah akan diletakkan di atas tempat yang ditanam. Urusan meletakkan Matzevah juga dilakukan oleh ahli-ahli Chevra Kadisha.

Terdapat juga suatu golongan lain di Israel yang lebih ekstrem apabila menanam mayat, mereka akan menanamnya secara berdiri. Mayat ditanam dengan cara ini sebagai melambangk
an bahawa mereka tidak akan tunduk kepada Tuhan walaupun sudah mati.

Amalan Berkabung Dalam Agama Judais

Selepas selesai proses Kevura, setiap ahli keluarga diharuskan melakukan amalan Keriah atau berkabung. Proses ini penting kepada setiap ahli keluarga agar mereka sentiasa mengingati roh si mati dan segala kebaikannya sepanjang ia hidup.


Ahli keluarga yang terlibat dengan Keriah dipanggil Onen, maksudnya orang yang berkabung.

Dalam agama Judais, amalan berkabung mesti dilakukan selama 12 bulan bermula pada hari pertama individu tersebut meninggal dunia. Ahli-ahli keluarga yang ter
libat dengan tempoh ini biasanya yang tinggal serumah dengan si mati atau saudara-mara berdekatan.

Selepas mayat dikebumikan, para Onen tida
k dibenarkan mandi selama seminggu, tidak boleh memakai barang-barang kulit atau bercukur. Ianya dikira menghina tempoh perkabungan.

Berikut ialah peringkat-peringkat berkabung dalam agama Judais:


Shiva (Hari ke-7 ) – Pada peringkat ini, ahli keluarga tidak dibenarkan keluar bersiar-siar, mereka hendaklah menghabiskan masa dan berkumpul di rumah untuk melayan tetamu-tetamu yang hadir. Ahli keluarga lelaki tidak dibenarkan bercukur dalam tempoh.


Selain itu, ahli-ahli keluarga (onen) juga tidak boleh menghadiri sebarang upacara perkahwinan, menonton wayang, mendengar lagu-lagu hiburan dan menghadiri konsert
muzik.

Shloshim ( Hari ke-30) – Dalam tempoh ini, ahli-ahli keluarga si mati tidak dibenarkan berkahwin, bercukur dan memotong rambut.


Shneim Asar Chodesh (Bulan ke-12 ) – selepas tempoh ini barulah para Onen dibenarkan melakukan aktiviti-aktiviti harian mereka seperti biasa.

Bagi sesetengah golongan Yahudi berfahaman Zionis, mereka hanya berkabung selama 3 hari atau mungkin sehari sahaja mengikut keselesaan masing-masing.


Tempoh Pengkebumian Mayat

Mengikut para rabbi, setiap orang Yahudi yang mati hendaklah mayatnya ditanam pada hari yang sama juga mengikut kemampuan. Sekiranya ia mati pada pagi Isnin maka mayatnya hendaklah ditanam sebelum tenggelamnya matahari.


Para rabbi percaya, melengah-lengahkan pengkebumian mayat bermaksud menghina takdir Tuhan dan tidak redha akan ketentuan yang ditetapkan oleh Tuhan Israel.

Amalan Yahudi Ketika Mendengar Berita Kematian


Bagi orang Islam, apabila terdengar kematian, kita digalakkan untuk menyebut suatu doa yang berbunyi
“innalillahi wainna ilaihi raaji’uun….”. Kalimah ini biasa kita sebut dan amat sinonim dengan kematian walaupun ianya boleh dibaca untuk tujuan-tujuan lain.

Memandangkan kalimah ini sering dise
but ketika mendengar berita kematian maka kebanyakan orang Melayu akan berasa janggal jika menyebut kalimah ini untuk tujuan-tujun lain.

Bagi masyarakat Yahudi pula, jika terdengar kematian yang berlaku ke atas orang-orang Yahudi
seperti mereka, mereka akan menyebut “Baruch dayan emet”.

Pantang Larang Dan Kepercayaan Dalam Amalan Pengkebumian Yahudi


Berikut ialah pantang-larang dan kepercayaan yang diamalkan oleh para penganut agama Judais:


* Tidak dibenarkan membawa bunga ke tanah perku
buran kerana menganggap ianya membazir. * Tidak dibolehkan mengawet mayat. * Mesti menanam mayat pada hari yang sama atau secepat yang boleh. * Keranda hendaklah dibuat dari kayu bukannya kepingan logam atau plastik. * Di dalam keranda tidak dibenarkan meletakkan sebarang barang-barang kesayangan si mati.


Menurut kepercayaan rabbi Yahudi, manusia lahir ke dunia tanpa apa-apa dan mereka perlu kembali ke tuhan tanpa apa-apa. * Berhenti 7 kali semasa keranda dibawa ke kawasan perkuburan. Setiap kali berhenti, ayat dari Kitab Taurat perlu dibaca. Biasanya mereka membaca Surah Psalm (ayat ke-91). * Setiap ahli-ahli berkabung (Onen) diharuskan memakai tanda khusus pada baju sebagai tanda berkabung atau kesedihan kematian seseorang. Tanda itu biasanya berupa pin baju. * Setiap Onen juga diharuskan meratapi kematian si mati sebagai tanda kasih sayang akan kehilangan si mati.

Rasulullah SAW melarang meratapi kematian secara berlebih-lebihan kerana ia menyerupai amalan agama Yahudi.




Kesimpulan
Jika dilihat pada tatacara amalan pengkebumian mayat, terdapat beberapa bahagian yang kelihatan hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh umat Islam. Ini bukanlah bermakna kita umat Islam telah meniru amalan Yahudi, ini bermaksud kaum Bani Israel lebih dahulu melakukan hal-hal demikian sebagai mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakob.



Hal ini telah dinyatakan Allah di dalam surah an-Nal (ayat 123) yang bermaksud;
“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar.”



Namun begitu, amalan-amalan di atas kebanyakannya hanya diamalkan oleh penganut-penganut Judais di Israel khususnya golongan orthodoks. Manakala sebahagian besar orang Yahudi berfahaman sekular di Israel lebih gemar menyerahkan urusan berikut kepada Syarikat Persendirian yang menguruskan mayat. Ada juga yang lebih suka membakar mayat dan menanam abu sahaja.




Atas perubahan ini maka berlakulah percanggahan amalan dalam masyarakat Yahudi sehingga golongan Orthodoks terpaksa pula membuat fatwa sendiri bagi menjaga masyarakat mereka.




P/S : Artikel ini dibina untuk sahabat-sahabat yang mengajar kitab Fekah berkaitan hal ehwal fardhu kifayah di surau-surau dan masjid-masjid. Mudah-mudahan maklumat ini dapat digunakan untuk menjelaskan hukum-hukum yang dikuliahkan terutamanya bagi membezakan amalan mengurus jenazah antara Islam dan Bani Israel.



wallahua'lam

Wahai cermin katakan padaku..


CERMIN TAK PERNAH BERDUSTA


Tatkala kudatangi sebuah cermin,
Tampak sesosok yang sudah lama kukenali, Namun ANEH, Sesungguhnya aku belum mengenal siapa yang kulihat.

Tatkala kutatap wajah,hatiku bertanya
apakah wajah ini yang kelak kan bercahaya, bersinar indah di syurga sana?

Ataukah wajah ini yang akan hangus legam di neraka Jahanam??



Tatkala kutatap mataku,galau hatiku bertanya...
Mata inikah yang akan menatap penuh kelazatan dan kerinduan menatap Allah,menatap Rasulullah.. . menatap kekasih Allah kelak??


Ataukah mata ini yang akan terbeliak melutut
menatap neraka jahanam...

Wahai mata,apa gerangan yang kau tatap selama ini??


Tatkala kutatap mulut,apakah mulut ini yang akan
mendesah penuh kerinduan mengucap LAAILAHA ILLALLAH saat malaikat maut datang menjemput... ataukah menjadi mulut menganga dengan lidah terjelir dengan lengking jeritan pilu, yang akan menggugah sendi-sendi setiap pendengar, ataukah menjadi mulut pemakan buah zaqqum Jahanam, yang getir menghunus penghancur usus...

Apa yang engkau ucapkan wahai mulut yang malang?!
Berapa banyak hari yang remuk dengan pisau kata-katamu yang menghiris tajam, berapa banyak kata-kata yang manis semanis madu yang engkau ucapkan untuk menipu...?!

Betapa jarang engkau jujur,
betapa jauhnya engkau menyebut nama Tuhanmu dengan tulus betapa jarangnya engkau syahdu memohon agar Tuhanmu mengampuni segala dosa yang telah kau lakukan?!

Tatkala kutatap tubuhku,apakah tubuh ini
yang kelak kan penuh cahaya,bersinar di syurga sana? Ataukah tubuh yang akan hancur mendidih di dalam lahar membara Jahanam, menderita tanpa keampunan derita yang takkan pernah berakhir...

Wahai tubuh,
berapa banyak maksiat yang engkau lakukan...? berapa banyak orang yang engkau zalimi dengan tubuhmu...? berapa banyak hambamu hamba-hamba Allah yang lemah yang engkau tindas dengan kekuatanmu?!

Wahai tubuh,
seperti apakah isi gerangan hatimu? Apakah isi hatimu sebagus kata-katamu, atau sebagus kuman yang melekat ditubuhmu? Apakah hatimu seindah penampilanmu atau sebusuk kotoranmu?!

Betapa berbeza,
apa yang nampak dalam cermin dengan apa yang tersembunyi. .. Betapa aku telah tertipu... Aku tertipu oleh topeng... Betapa yang kulihat selama ini hanyalah topeng, betapa pujian yang terhambur hanyalah memuji topeng, betapa yang indah ternyata hanyalah memuji topeng...

Sedangkan aku,
hanyalah selonggok sampah busuk yang terbungkus.. . Aku tertipu.... Aku malu... Aku tertipu ya Allah... Allah...! Selamatkanlah aku...

Sunday, July 19, 2009

Hijab itu 'terrorist'..totally nonsense..


Assalamualaikum.
Kisah menyayat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherb
ini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau
B.E.R.T.UD.U. N.G. !!


Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.


Anda tau apa berlaku sesudah itu?
Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca,memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?

Howeverlast Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after
the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults.

Lagi di sini.Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan.......akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. ha... Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. ha... ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18ka
li di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali?Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan se
orang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya. "Ya, ini logik pada pandangan mereka.Tapi sesekali tidak bagi kita.Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini.

Langsung tidak d
ihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir,kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China . Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.





p/s:
Sila panjangkan cerita ini supaya kebenaran itu terserlah. Ingat Rasulullah SAW pernah pertahankan aurat wanita rakyatnya hingga keperingkat negara, begitu juga zaman pemerintahan selepasnya. Contohnya zaman pemerintahan Al-Muktasim, Khalifah sanggup menghantar angkatan tentera hanya kerana aurat seorang Muslimah, begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kena mengena dengan aurat seorang Muslimah. Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil! Mati syahid dalam mempertahankan maruah agama yang diinjak-injak atau dipijak-dipijak.....(klik nama mangsa utk informasi)


wallaua'lam



Nak buat???


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:

SYARAT PERTAMA
:
"Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangka n kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? " "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:

SYARAT KEDUA:
"Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya." Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya. ?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:

SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:

SYARAT KEEMPAT:
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? " "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:

SYARAT KELIMA:
"Kalau malaikat datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. " Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.