Thursday, September 24, 2009

Rugi tak buat..


LONDON: Kolo Toure kelihatan letih pada minit-minit akhir permainan dalam pertarungan antara dua kelab berjiran, Manchester, kerana berpuasa.

Pemain itu enggan membatalkan puasanya menjelang perlawanan di Old Trafford Ahad lalu.

City tewas 3-4 dalam perlawanan sengit itu.

Sungguhpun berpuasa, Toure telah bermain dalam semua perlawanan untuk City sepanjang Ramadan yang baru berlalu dan kakitangan kejurulatihan City tidak mengenakan sebarang tekanan ke atas kapten kelabnya itu supaya tidak berpuasa.

Minggu lalu, Toure menegaskan kurang makanan dan air sepanjang puasa tidak menjejas persembahannya.

Beliau berkata: 'Ia tidak menjejas fizikal saya. Malah, ia membuat saya lebih kuat. Anda boleh melakukannya apabila anda yakin dalam melaksanakan sesuatu.


MENURUT Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Wan Abdul Fatah Wan Ismail, ibadat puasa mengandungi fadilat yang amat besar tanpa mengira sama ada ia wajib ataupun sunat.

Kenyataan ini, di sandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis Qudsi riwayat Imam Bukhari bermaksud: Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.

"Hakikatnya, hadis ini menyebut secara umum, tanpa mengira puasa itu sunat ataupun wajib. Di antara fadilat paling besar yang terdapat di dalam puasa enam dan puasa yang lain, iaitu Allah s.w.t. menjauhkan orang yang melakukannya daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.

"Sabda Rasululullah s.a.w. dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim bermaksud: Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t., nescaya akan Allah menjauhkannya daripadanya api neraka sejauh tujuh puluh tahun.

"Maka jelaslah di sini, dengan berpuasa kita akan dapat menyelamatkan diri daripada azab Allah s.w.t., walaupun ia hanya puasa sunat," kata Wan Abdul Fatah sewaktu ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Tambah beliau, mereka yang melaksanakan puasa enam juga akan diberi ganjaran seperti berpuasa setahun. Ini dijelaskan di dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, diikuti enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya seperti ia berpuasa selama setahun genap.

Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil daripada sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang riwayat Imam an-Nasai bermaksud: "Berpuasa pada bulan Ramadan seolah-olah berpuasa selama sepuluh bulan dan puasa enam pada bulan syawal seperti berpuasa dua bulan."

Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari pada bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.

Selain itu kata beliau, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita pada bulan Ramadan ini kita teruskan juga pada bulan Syawal, walaupun sekadar enam hari.

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana terpaksa atau kewajipan semata-mata tetapi kita melakukannya kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada Tuhannya. Semuanya bertujuan membersihkan diri dan menundukkan hawa nafsu.

Malah dari sudut kesihatan, terang Wan Abdul Fatah lagi, pada bulan Ramadan sistem pencernaan kita berehat selama sebulan pada siang hari, iaitu tanpa menerima sebarang makanan ataupun minuman.

Kedatangan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah lagi amalan masyarakat kita suka mengadakan rumah terbuka.

"Oleh itu, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.



Ramadhan dah berakhir, apakata kita mulakan puasa 6 syawal....!!!

2 comments:

Unknown said...

salam.urm..maaf lmbat komen.sbb baru terbaca je ni.maaf lg sekali..

menarik sgt bila kita cakap pasal pemain bola sepak yg berpuasa.kalau kat EPL,ramai sgt pemain yg handal itu islam.

Kat Eropah lebih-lebih lg,mmg ramai org2 feymes yg islam.Maknanya..islam semakin berkembang.so,tugas kita sekarang pula kat bumi Malaysia ni utk halang anak2 islam kita dr murtad aja.Semoga Allah beri kita bantuan...

Zahrah Az Zahrawi said...

salam..
na tnye..
Kolo ni muslim ke??
=) byk fadhilat puasa ni..
tp rmi lg yg muslim lbh memilih tuk ta na mnunaikannya sbulan stahun skali..