Tuesday, July 7, 2009

Minum air sudah...



Tidak lama lagi Ramadhan akan tiba . pada bulan puasa itu, sering kita dengar ucapan"Berbuka puasalah dengan makanan atau minuman yang manis,"katanya. Kononnya itu yang disebut Rasulullah saw. Benarkah demikian?


Dari Anas bin Malik ia berkata :
“Adalah Rasulullah berbuka dengan Rutab (kurma yang lembek) sebelum solat, jika tiada Rutab, maka baginda berbuka dengan Tamar (kurma kering), maka jika tiada kurma kering baginda meneguk air.” (Hadits riwayat Ahmad dan Abu Dawud)


Nabi Muhammad Saw berkata :
“Apabila berbuka salah seorang kamu, maka hendaklah berbuka dengan kurma.Andaikan kamu tidak memperolehnya, maka berbukalah dengan air, maka sesungguhnya air itu suci.”


Terbukti.. Rasulullah berbuka dengan kurma. Kalau tidak mendapat kurma, beliau berbuka puasa dengan air.
Samakah kurma dengan ‘yang manis-manis’? Tidak. Kurma, adalah karbohidrat kompleks (complex carbohydrate).


Sebaliknya, gula yang terdapat dalam makanan atau minuman yang m
anis-manis yang biasa kita simpulkan sebagai makanan berbuka puasa, adalah karbohidrat sederhana (simple carbohydrate).


Dari mana datangnya satu kebiasaan berbuka dengan yang manis? Tidak jelas. Malah keyakinan
buta dalam masyarakat berpendapat berbuka puasa dengan makanan atau minuman yang manis adalah ’sunnah Nabi’.


Sebenarnya bukan begitu. Bahkan berbuka puasa dengan makanan manis-manis yang penuh dengan gula (karbohidrat sederhana) akan merosakkan kesihatan.


kadang-kadang saya tersenyum amalan berbuka puasa yang ‘disunnahkan’ minum atau makan yang manis-manis. Sependek ingatan saya, Rasulullah berbuka puasa dengan kurma atau air putih, bukan yang manis-man
is.


Kurma, dalam kondisi yang asal sememangnya tidak terlalu manis.
Kurma segar merupakan buah yang mempunyai nutrisi yang sangat tinggi tapi berkalori rendah, Tapi kurma yang didatangkan ke Asia khususnya Malaysia dan Indonesia berupa kotak di bulan Ramadhan sudah berubah menjadi ‘manisan kurma’, bukan lagi kurma segar. Manisan kurma ini telah ditambah kandungan gula yang berlipat-lipat kadarnya agar awet dalam perjalanan ekspotnya.



Sangat jarang sekali kita menemui kurma import yang masih asli dan belum berubah jadi manisan. Kalaupun adapun, harganya menjadi sangat mahal.
Kenapa berbuka puasa dengan yang manis yang merosakkan kesihatan Ketika berpuasa, kadar gula darah kita menurun.


Kurma, sebagaim
ana yang diamalkan Rasulullah, adalah karbohidrat kompleks, bukan gula (karbohidrat sederhana). Karbohidrat kompleks, untuk menjadi glikogen, perlu diproses sehingga waktu makan. Sebaliknya, kalau makan yang manis-manis, kadar gula darah akan melonjak naik, ini adalah Sangat tidak sihat. Kalau karbohidrat kompleks seperti kurma asli, naiknya berperingkat.




Apa itu ‘indeks glikemik’ (glycemic index/GI)? . Glycemic Index (GI) adalah kadar perubahan makanan diubah menjadi gula dalam tubuh. Makin tinggi glikemik indeks dalam makanan, makin cepat makanan itu dirubah menjadi gula, dengan demikian tubuh makin cepat pula menghasilkan respons insulin.



Para pengamal kecergasan atau pengamal gaya hidup sihat, sangat menghindari makanan yang memiliki indeks glikemik yang tinggi. Sebolehnya mereka akan makan makanan yang indeks glikemiknya rendah. Kenapa? Kerana makin tinggi tindakbalas insulin tubuh, makin banyak badan mengumpul lemak.


Justeru.. kalau perut kosong seharian, lalu langsung dibanjiri dengan gula (makanan yang sangat-sangat tinggi indeks glikemiknya), sehingga respon insulin dalam tubuh langsung melonjak. Dengan demikian, tubuh akan cepat bertindakbalas untuk mengumpul lemak.


Inilah sebabnya, banyak sekali orang di bulan puasa yang lemaknya bertambah di tempat-tempat pengumpulan lemak seperti perut, pinggang, paha, belakang lengan, pipi, dan sebagainya.


Itu adalah kerana tubuh dipenuhi dengan insulin yang banyak, melalui makan yang manis-manis
tidak hairan kalau badan kita di bulan Ramadhan dilihat seperti ‘buah pir’, penuh lemak di daerah pinggang. Kerana keyakinan buta umum masyarakat yang mengira bahawa berbuka dengan yang manis-manis adalah ’sunnah’, maka puasa bukannya menyihatkan malah merosakkan kondisi badan


Ramai orang islam di bulan Ramadhan menjadi lemas, mengantuk, atau bertambah gemuk kerana 'dilimpahi' gula. Kerana salah memahami hadis di atas, maka kesimpulannya ‘rajin puasa = rajin berbuka dengan gula. Semoga bulan Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi ,kita ubah gaya pemakanan kita ketika berbuka puasa nanti dan seterusnya memenuhi matlamat dan hikmah berpuasa itu disamping mengejar pahala yang berganda..biiznillah..


wallahua'lam

No comments: