Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Tujuh golongan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah;di antaranya adalah pemerintah yang adil,
pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,
orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah,
orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!",
orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat kebesaran dan kemuliaan Allah." (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).
Itulah ciri-ciri golongan yang berjaya memperolehi naungan Allah pada waktu mereka ditimpa dengan panas terik matahari yang membakar mereka hanya sejengkal di atas kepala, itulah jaminan mereka yang memiliki takwa sebenar di sisi Allah SWT,adapun orang yang asalnya Islam tetapi mati dalam keadaan tidak Islam, sesungguhnya mereka telah memilih jalan yang salah dan merekalah yang menyekat diri mereka sendiri daripada mendapatkan naungan Allah dan syafaat Rasulullah s.a.w.
Sunday, June 22, 2008
7 golongan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment