Kehadapan seseorang yang diingini,
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami atau isterimu?
Jawapannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi.
Tapi bagi diri ini,mungkin sama sekali tidak sama atau berlainan dengan jawapan mereka semua.
Kepada….Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya.
Assalamu'alaikum Warahmatullahiwabarakatuh,
Mohon maaf kalau ada yang tidak berkenan. Tapi mohon dibaca surat ini hingga akhir.
Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ..... Untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. “Saya hanya manusia biasa”.
Buat masa ini saya tidak mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan mendapat pekerjaan atau akan terus bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.
Saya belum menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.
Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.. Cinta saya juga biasa.
Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini agar ia menjadi luar biasa.
Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.
Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak dapat nyatakan dengan telus kenapa saya memilih anda. Saya sudah memohon kepadaNya berkali-kali, dan saya semakin kuat hati untuk memilih anda.
Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya ingin menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak BERANI menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.
Saya memohon kepada anda untuk menghitung apa yang saya katakan. Fikirlah semasaknya untuk masa depan anda walaupun sebelum ini saya pernah menerima jawapan yang anda mengatakan pasti. Semoga Allah meredhai dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin.
Dan kerana saya sedari bahawa saya manusia biasa. Masih punya Allah yang mengatur hidup ini.
Yang saya tahu saya akan selalu berusaha tapi tidak menjanjikan apa-apa. Tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kita kemudian hari. Harapannya, dapat memberikan kesenangan tersendiri buat anda.
Apa yang boleh saya maksudkan disini, dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. Paling tidak saya dapat nyatakan agar anda tidak akan kecewa kalau suatu masa nanti kita jadi miskin.
Diharapkan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban bagi kita tetapi ianya sebuah 'proses usaha'. Dan menjadi lebih indah bila proses menuju pernikahan ini mengabaikan harta, takhta dan 'nama'.
Status diri ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri kita bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang mencipta senarionya.
Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.
Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk bernikah.
Dan yang pasti, cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.
Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi hati kita seorang insan dalam pernikahan yang suci. Cinta yang tumbuh kerana suami dan isteri.
Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.
Wallahu 'alam.
Friday, June 27, 2008
Kerana Aku Manusia Biasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment