Hakikatnya, gejala pembuangan bayi di Malaysia menunjukkan peningkatan yang tiada kesudahannya. Tiada petanda atau kayu ukur yang mengatakan gejala ini semakin dipandang jijik dan seterusnya berkurangan. Waima, dibunuh atau ditinggalkan hidup, moralnya, kedua-dua perbuatan ini adalah terkutuk, kerana tidak bertanggungjawab ke atas keterlanjuran mereka.
Sebenarnya gejala pembuangan bayi adalah cerminan daripada gaya hidup tidak sihat yang ditunjukkan oleh kelompok masyarakat kita hari ini. Kita sedang melalui satu fasa yang genting di mana persoalan moral dan akhlak bukan lagi pertimbangan utama dalam setiap keputusan kita.
Gaya hidup yang berteraskan liberalisme semakin berakar dalam pelbagai golongan masyarakat. Akar pemikiran liberalisme ini bertunjangkan pandangan alam kebaratan.
Pandangan alam Barat ini menyumbang kepada kekeliruan abadi di kalangan masyarakat kita. Persoalan akhlak dan moral ditafsirkan secara relatif, seperti kisah tiga orang buta dengan seekor gajah. Ada yang mentafsirkan gajah seperti pelepah pisang kerana si buta memegang telinga gajah. Ada yang mentafsir gajah seperti tali, kerana si buta memegang ekor gajah. Ada juga yang mentafsir gajah seperti batang kelapa, kerana si buta memegang kaki gajah. Akhirnya, masing-masing mentafsirkan gajah berdasarkan ilmu pancaindera mereka yang terhad itu.
Bagi masyarakat, persoalan akhlak bukan lagi milik mutlak ulama Muslim. Akhlak boleh sahaja ditafsirkan oleh sesiapa sahaja asalkan perkara tersebut diterima ramai dan menjadi norma masyarakat.
Gejala relativisme dengan merungkaikan persoalan akhlak tidak berdasarkan aspek abadi adalah suatu kekeliruan yang nyata. Persoalan ini berkait rapat dengan pandangan alam kebaratan yang semakin berakar dalam masyarakat.
Kerana itu Prof. Naquib Al Attas mengungkapkan dengan tajam bahwa antara Islam dan Barat, ia merupakan permanent confrontation, yang akan berpanjangan. Apabila mengatakan Barat, ia bukan tertakluk kepada bentuk fizikal atau warna kulit sebagai faktor penentu, akan tetapi sebuah pandangan hidup.
Antara teras pertembungan Islam dan Barat ialah, Islam tidak mengiktiraf materialisme sebagai satu faham yang penting, manakala Barat adalah sebaliknya. Ini juga bukan bermaksud Islam menolak konsep materialistik, seperti pencarian harta, hak pemilikan harta dan penjagaan harta. Namun pada masa sama mengiktiraf bahawa peranan kerohanian adalah penyeimbang kepada tuntutan materialisme yang melingkari kita. Malah, aspek kerohanian bukan sekadar faktor penyeimbang, akan tetapi merupakan primary factor kepada rasa perhambaan kita kepada Yang Maha Esa.
Kerana kefahaman dan keyakinan faktor kerohanian inilah melahirkan sifat yang mulia dan abadi dalam kehidupan kita, seperti amanah, berakhlak mulia, jujur, tawaduk, rasa kehambaan dan sebagainya.
Barat menjadikan faham materialisme sebagai faktor dominan dalam pandangan alam mereka. Aspek kerohanian atau ilmu wahyu itu tidak diiktiraf sebagai penting kerana ia tidak boleh dicapai melalui kajian saintifik dan eksperimen di makmal. Faham materialisme berakar dalam pandangan alam mereka lalu menyebabkan tindakan mereka selari dengan kefahaman mereka. Kerana itu di Barat, perbuatan membuang bayi tidak termasuk dalam dosa besar, kerana mereka tidak memasukkan azab dan dosa dalam ‘kamus’ hidup selepas kematian mereka.
Seks Bebas
Berkaitan dengan kes pembuangan bayi, boleh dikatakan di Barat perbuatan zina dan seks bebas sudah menjadi norma dan budaya mereka. Lalu, tidak jadi isu jika mereka mampu melahirkan anak luar nikah akibat perbuatan songsang mereka. Manakan tidak, mereka mempunyai kaedah pengurusan ‘jenayah’ seperti penggunaan kondom secara bebas atau pengguguran. Aspek ‘pengurusan jenayah’ yang kemas dan teratur ini merupakan asas kepada ‘berjayanya’ perbuatan jenayah mereka. Jika mereka faham bahawa seks bebas adalah dosa dan mendatangkan mudarat, maka sudah pasti kaedah mengurus ‘jenayah’ mereka akan kelihatan janggal.
Oleh itu, isu pembuangan bayi tidak timbul di Barat kerana mereka mengurus dengan baik dan kemas ‘jenayah’ yang mereka buat.
Dalam masyarakat kita sebaliknya, oleh kerana aspek keagamaan masih menebal dalam masyarakat kita, maka ‘pengurusan jenayah’ itu seakan janggal dan tidak teratur. Dalam kes pembuangan bayi, wanita yang melahirkan bayi itu tercermin sikap rasa bersalah kerana melahirkan anak luar nikah, lalu mengambil keputusan sama ada menamatkan riwayat ataupun menyelamatkannya.
Berdasarkan budaya keagamaan yang masih tertinggal sisa di kalangan masyarakat kita, maka pelaku jenayah masih berkira dalam ‘pengurusan jenayahnya’. Lantaran itu juga, gejala membuang bayi suatu yang news worthy di negara kita berbanding di Barat.
Boleh dikatakan, gejala pembuangan bayi merupakan kekeliruan pandangan alam lapisan bawah kerana melibatkan orang awam, terutamanya mungkin golongan remaja. Kekeliruan tidak sahaja kepada orang awam, malah melekat juga kepada golongan ilmuwan dan pendidik yang dikategorikan sebagai lapisan atas atau utama, yang mereka ini menyebarkan faham kebaratan melalui institusi pendidikan kepada umat Islam. Tidak keterlaluan juga, mereka semacam ‘agen’ tidak rasmi pihak Barat.
Atas dasar itu masyarakat harus dibimbing supaya pulang ke pangkal jalan, iaitu mempunyai pandangan alam yang berteraskan agama. Persoalan ini harus ditangani dengan kaedah pendidikan kesedaran dan pencegahan.
Kedua-dua aspek iaitu didik dan cegah mesti berjalan seiringan. Program pendidikan kesedaran harus dijadikan modul utama terutama di kalangan generasi muda. Pada masa sama, budaya hedonisme disekat dengan secara bijaksana dan berhikmah

No comments:
Post a Comment