Sunday, June 22, 2008

Malangnya....


Malangnya isterimu seorang artisDia sentiasa sibuk, jadualnya padatDia tiada masa untukmuAda latihan, ada ‘shooting’, ada promosiAda ‘show’, ada ‘meeting’, ada ‘dinner’Tinggallah engkau bersama anak-anak
Malangnya isterimu seorang artisKe mana-mana pergi dia jadi perhatian orangKalau berjalan bersama,engkau disangkakan drebar ataupun ‘bodyguard’Dia lebih sibuk tandatangan autografLebih sibuk membalas ‘hello’ dan lambaian peminatDaripada mendengar perkataan-perkataanmu
Malangnya isterimu seorang artisDi mata umum dan di pentasWajah dan tubuhnya disolekSenyumnya tidak putus berjam-jam demi menjaga peminatTapi di rumah…Mana kawan nak ‘make-up’‘Make-up’ saja sudah satu jamPadahal dia balik ke rumah hendak berehatMana kawan hendak senyumKan tadi sudah memaksa senyum dua tiga jam depan televisyen?Tentulah lenguh otot-otot muka dan mindaMaka buruklah mukanya di rumahCantik dan senyumnya untuk orangBuruk dan letihnya untukmuPadahal engkau suaminya
Malangnya isterimu seorang artisPeminat menonton seluruh tubuhnyaPeminat bercerita tentang ‘perhiasan-perhiasannya’Ada bahagian yang dipuji dan ada bahagian yang dikejiPadahal suami memiliki kesemua perhiasan isteriYang engkau pula, dengan orang ramai terpaksa berkongsiApakah engkau tidak terkilan di hati?
Malangnya isterimu seorang artisDi depan lensa dia berlakon pelbagai watakAda watak yang sopan ada watak yang tidak bermaruahFilem mahukan dia bersentuhan dengan lelaki,dia kena lakukanFilem mahu dia berlakon adegan atas katil bersama lelaki lain,melakonkan watak mama dan papa,dia kena lakukanFilem mahu dia beraksi sebagai mangsa yang sedang ataupun cuba dirogolDia kena lakukanWah, isterimu jadi hidangan ramai rupanya..ish ish
Malangnya isterimu seorang artisWangnya banyak pengaruhnya besarDia lebih kaya daripadamu, engkau di bawah telunjuknyaWang hasil pekerjaannya itu diberi makan anak-anakEngkau yakinkah halalnya, berkatnya?
Malangnya isterimu seorang artisDia pujaan ramaiAnak-anak lebih berbangga dengannya berbanding denganmuDialah hero mereka, bukan engkauDia dilihat lebih berjaya daripada engkauMaka anak-anak lebih mendengar cakapnyaLebih sayang kepadanyaDia idola merekaMereka pun bercita-cita nak jadi sepertinyaAduh…
Malangnya isterimu seorang artisDosanya bertabarruj di khalayak ramaidia tanggung engkaupun tanggungJika dia bertaubatpun suatu hari nantiKalian tetap akan berasa terkilan dan tidak senang dudukKerana media masih menayangkan filem-filem lakonannyaLagu-lagu nyanyiannyaKetika dia tidak menutup aurat dulu.Anak cucu cicit akan terus melihat aib isterimu
Malangnya…
Isterimu seorang artis
* Nak kahwin? Umumnya, janganlah pilih artis ataupun yang bakal menjadi artis, ataupun yang suka mengikut cara hidup artis.
* 'Artis' yang dimaksudkan adalah sebagaimana yang tertera dalam sajak di atas

No comments: