Saturday, March 7, 2009

Adakah manusia yang berpendidikan tinggi itu benar-benar bijak…?




Betul ke mereka ini bijak?Sebelum itu saya nak mohon kalau tajuk ini menguris perasaan orang-orang bijaksana di luar sana.. “isyh… lancang sungguh mulut ko ni..agak-agak la..yang ko tuduh tu semuanya bijak-bijak belaka ,ada doktor,jurutera binaan,jurutera komputer,peguam,cikgu dan macam-macam lagi lah”.”ya…memang diorang bijak tak di nafikan..Cuma kekadang tak semua yang bijak ni bijak dalam setiap situasi”.”maksud ko..?”.”nak tahu nape?kalau nak tahu.. ko kena lah belanja aku makan boleh?”.”pulak..tak kan ni pon nak kena belanja ..ni pengeras ke rasuah..?”.”kedua-duanya hehe…”.Zainal dan Rahim pun singgah gerai mamak di seberang jalan.


Dua hari lepas saya menonton satu siri penyiasatan terbitan Amerika crime scene investigation( C.S.I).jalan ceritanya memang menarik,sebab sesiapa yang melihatnya perlu berfikir di luar kotak pemikiran untuk mengetahui sebab musabab bagaimana,siapa dan kenapa jenayah itu di lakukan.Saya akui saya memang suka tengok cerita –cerita begini dan mana-mana yang seumpama dengannya.Kalau tak silap saya ,dalam siri itu ia mengenai seorang doktor pakar lelaki yang bertugas dalam bidang rawatan plastik(plastic surgery).




Seorang pelanggan ,lisa bukan nama sebenar telah datang menemui Dr Ramon bukan nama sebenar atas tujuan untuk mengubah paras wajahnya,ketika dalam proses itu yakni dalam bilik operasi Dr Ramon telah melakukan sedikit kesilapan apabila wajah Lisa mengalami implikasi yang teruk.Lisa yang malu dengan wajahnya telah menghantar peguam untuk menyaman Dr Ramon.
bagi mengelakkan kredibiliti Dr Ramon terjejas,beliau telah menghubungi lisa untuk menyelesaikan secara baik di luar mahkamah dan mencadangkan satu proses pemulihan percuma kepada lisa.Dr Ramon telah memberikan sebotol ubat yang mengandungi 12 biji kapsul untuk di habiskan selama sebulan.


satu malam Dr Ramon datang ke rumah lisa untuk bertanya keadaannya,sebaik saja lisa mempelawa masuk ke rumah, Dr Ramon menghentak belakang kepala lisa dengan besi hingga Lisa cedera parah.tanpa berlengah-lengah Dr Ramon cepat-cepat mengangkat Lisa yang separuh nyawa itu dan membungkusnya lalu menyembunyikan di dalam peti yang besar di bawah rumah itu.


Dua hari selepas itu ,beberapa ejen C.S.I telah menemui mayat lisa di bawah rumahnya hasil laporan jiran yang mendakwa di ganggu dengan bau yang kurang menyenangkan.Mayat itu kemudiannya di bawah ke makmal forensik untuk di bedah siasat.Hasil pemeriksaan ke atas tubuh si mati,ada beberapa bukti yang menyabitkan Dr Ramon suspek yang terlibat dengan kes pembunuhan itu.Beberapa resit pembayaran kos pembedahan yang ditemui mempunyai kesan jari Dr Ramon yang serupa pada tubuh si mangsa .


Beberapa minggu kemudian ,C.S.I telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Dr Ramon untuk di soal siasat .Setelah beberapa jam di soal siasat,ternyata Dr Ramon memang terlibat dengan kes pembunuhan itu. Sepandai-pandai kera melompat ,akhirnya jatuh ke tanah juga, akhirnya beliau telah di kenakan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh dengan sengaja.


Tak sangka bahawa kecerdikan dalam bidang akademik bukan jaminan untuk seseorang itu bebas daripada melakukan jenayah. ayat yang saya ingat dalam cerita itu berbunyi”how someone in higher educational can done such a dummies crime like this”.erm..di sini saya tak kata semua yang begitu tapi satu yang kita perlu ingat,manusia itu walaupun lebih baik dari mana-mana makhluk di dunia ini dia tetap lemah Cuma Allah saja yang berkuasa.di harap kita dapat ambil iktibar dari cerita saya yang tak seberapa ini…

wallahua’lam

No comments: