Thursday, March 26, 2009

Itu urusan Dia...


Pernah tak kita tengok filem 'back to the future'zaman 90an dulu?,cerita tentang seorang lelaki muda dan seorang lelaki tua merantau mendahului masa dengan keretanya.menarik bukan,saya sendiri pernah tengok saat ia mula-mula di tayangkan di pawagam(dulu tiada cakera padat),itulah sumber media yang tersedia untuk peminat filem melihat cerita-cerita yang baru.Di sebalik cerita itu ada sesuatu yang bermain-main dalam benak,kalau lah ada kereta seumpama macam itu di jual di kedai kereta pasti ramai yang boleh melihat masa depan mereka masing-masing,bahkan boleh mengatur keadaan mereka lebih baik dari apa yang mereka alami sekarang.Bukan kah itu menarik?malangnya itu cuma cerita rekaan yang kita cuba adaptasikan dalam kehidupan kita,ingat!dunia ini ada pemiliknya dan Dia menguasai segalanya.Rezeki,jodoh,amal baik buruk dan kematian semunya datang dari Allah,Dia tahu segalanya tentang kita awal hingga akhir.

firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nahl,ayat 1 mafhumnya;
"sesuatau yang telah ditentukan oleh Allah pasti akan datang ,maka janganlah kalian minta untuk disegerakan"
Oleh kerana itu ,janganlah kita mendahului sesuatu yang belum terjadi!apakah anda mahu mengeluarkan janin sebelum waktunya dilahirkan ,atau memetik buah durian sebelum sampai waktu masaknya?Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata ,belum wujud dan tidak nampak bayangnya,sungguhpun boleh diramal belum tentu itu kenyataannya,bahkan ramalan itu sendiri di tegah sama sekali bagi kita.Lalu mengapa kita harus memikirkan kejadian-kejadian yang akan berlaku dan meramalkan sesuatu bencana yang ada di dalamnya?bukankah kita juga tidak tahu samada kita dapat bertemu hari esok seperti hari ini dan apakah esok ada kesenangan,kebahagian,kegembiraan,kesedihan atau kedukaan?
Yang jelas ,hari esok masih ada dalam alam ghaib dan belum turun ke bumi.maka tidak sepatutnya kita menyeberangi sebuah jambatan sebelum sampai hujungnya.
Sebab siapa yang tahu bahawa kita akan sampai atau tidak pada jambatan itu?boleh jadi kita akan terhenti jalan kita sebelum sampai ke jambatan itu ,atau mungkin pula jambatan itu hanyut terbawa arus terlebih dahulu sebelum kita sampai di hujungnya.Dan boleh jadi pula, kita akan sampaipada jambatan itu dan kemudian menyeberanginya
Dalam syariat,memberi kesempatan kepada fikiran untuk memikirkan masa depan dan membuka buka alam ghaib,dan kemudian terhanyut dalam kecemasan-kecemasan yang baru diduga darinya,adalah sesuatu yang tidak dibenarkan.Kerana ,hal itu termasuk thulul amal(angan-angan yang terlalu jauh).Sesungguhnya tindakan itu pun tidak masuk akal,kerana sama halnya dengan berperang bayang-bayang sendiri.Namun kebanyakan manusia di dunia ini justeru banyak yang termakan oleh ramalan-ramalan tentang kelaparan,kemiskinan,wabak penyakit dan krisis ekonomi yang khabarnya akan menimpa mereka.Padahal,semua itu hanyalah sebahagian silibus dari kuliah yang diajarkan di “universiti-universiti syaitan”
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah ayat268 mafhumnya;
“syaitan itu menjanjikan(menakut-nakutkan)kamu dengan kemiskinan dan kepapaan(jika kamu bersedekah atau menderma),dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji(bersifat bakhil,kedekut);sedang Allah menjanjikan kamu(dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya..”
Mereka yang menangis sedih menatap masa depan,adalah yang menyangka diri mereka akan hidup kelaparan,menderita sakit selama setahun,dan mengira umur dunia ini tinggal seratus tahun lagi.Padahal,orang yang sedar bahawa usia hidupnya berada di”genggaman yang lain”tentu tidak akan menggadaikannya untuk sesuatu yang tidak ada.Dan orang yang tidak tahu bila akan mati,tentu salah besar apabila menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak diketahui secara pasti hakikatnya.
Biarkan hari esok itu datang dengan sendirinya,janganlah kita menanyakan khabar beritanya,dan janganlah pula anda menunggu waktu itu.Sebab,hari ini anda sudah sangat sibuk.
Jika kita hairan ,maka lebih menghairankan lagi orang-orang yang berani menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu matahari terbit di dalamnya dengan bersedih pada hari ini.Oleh kerana itu,hindarilah angan-angan yang berlebihan dan fikirkan sesuatu yang lebih realistik
Wallau a’lam…

No comments: