Saturday, March 7, 2009

Bundle dan branded..apa bezanya?







Sering kali bila kita sebut branded dan bundle apa yang selalu bermain di benak fikiran kita,mesti baju bukan?.Ada tak kita sebut kereta bundel atau branded?ada,memang ada,tapi jarang sangat.Tapi yang selalu kita sebut baju bundle dan baju branded,memang sudah kebiasaan.
Tapi bukan itu yang saya nak cerita di sini tapi berkaitan dengan wanita,antara wanita bundle dan wanita branded.Janggal sekali kan kalau di sebut begitu ,bundle kalau ikut pemahaman orang kita benda @barangan yang murah,yang sudah dipakai atau ‘second hand’.Kebanyakan terdapat di gudang-gudang manakala yang branded pula barang yang mahal dan berjenama dalam erti kata lain ‘untouchable’ yang kebanyakannya di jual di firma jualan seperti di pasar raya ,kedai dan butik.
Wanita bundle selalu kita perhatikan di mana-mana saja ..shopping kompleks,perhentian bas, pasar tani dan sebagainya.Namakan saja ,semua pasti ada.kenapa pulak dipanggil bundle ?wanita seperti ini mudah di ajak keluar oleh sesiapa saja remaja,lelaki yang dah kahwin,duda,datuk..malah pengkid pun kadang-kadang mengambil kesempatan.Sebut saja di mana,asalkan ada duit dan tempat tinggal,semua tiada masalah.
Cukup hanya mendedahkan bahagian dada , memapaki skirt paras peha,memakai wangian yang harum di seluruh badan.Pasti semuanya akan mabuk cinta dengan si wanita itu.Segala-galanya akan dikorbankan untuk meraih cintanya.Si datuk mengeluarkan duit belanja dan menyediakan apartment mewah ,si bujang bawa melancong ke luar negara,si suami bawa jumpa tok kadi dan macam-macam lagi yang di golok gadaikan.Malangnya semuanya terlepas dan kecewa. wanita ini sebenarnya hanya mahukan kemewahan dan keseronokan untuk diri sendiri,bukannya mencari kebahagiaan bersama lelaki-lelaki ini.
Tapi yang hairannya,semuanya masih lagi tak serik-serik walaupun dah berkali-kali menjadi mangsa.selagi cinta si pisau cukur ini tak dapat selagi itu lah si lelaki ini terus mengejar .lelaki begini memang tak makan saman,makin di tegur makin galak dia buat kerja yang tak berfaedah ini.Inilah lumrah manusia bila nampak saja wanita yang berdahi licin,semuanya berebut-rebut nak pikat.Apabila sudah menjadi mangsa pisau cukur, masing-masing tunding jari pada orang lain .Baru mereka tahu yang mereka ini semunya sudah di perkotak-katikan oleh si wanita ini
Seperti dalam mafhum hadis yang menyebut:
“takutlah akan dunia dan wanita,kerana fitnah yang pertama yang menimpa bani israel adalah dari wanita” dan
“aku tidak tinggalkan fitnah(godaan) yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki selain fitnah wanita” .Bagaimana pula dengan wanita branded?kerana apa mereka di panggil branded?kerana mereka ini adalah golongan wanita yang susah untuk didekati oleh mana-mana lelaki.mereka tidak sesekali membiarkan maruah diri dan hati terpikat atau memikat mana-mana lelaki .Berilah sebanyak harta yang ada,banglo mewah bertingkat-tingkat dan kereta ferrari jutaan ringgit .semunya tak terkesan bagi mereka.gelaran Datuk,Tan Sri dan Tengku tetap tidak menguis hati dan perasaan mereka sedikit pun untuk bersama golongan-golongan seperti itu.
Apa yang mereka dambakan adalah lelaki yang mampu menjadi pemimpin mereka dunia dan akhirat.seorang yang tegas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami setelah mereka berumah tangga.paras rupa harta benda hanya bonus bagi mereka tapi yang paling aula’ bagi mereka pembimbing ,pengingat,penegur dan penasihat di kala mereka alpa terbuai kemewahan dunia.siapa mereka? Hadis ada menyebut:
“Dunia itu perhiasan,sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”
Mereka adalah wanita solehah yang menjadi idaman segenap lelaki,muslim dan rijal untuk di jadikan permaisuri dan ratu di hati mereka seterusnya ibu yang baik kepada anak-anak mereka kelak.maka disini ,mana yang menjadi pilihan kita wahai para muslimin yang bundle atau yang branded?.tepuk dada,tanya minda.
Wallahua’lam

No comments: